Bismillah
Ini adalah cerita percutian 3 hari 2 malam kami di Cameron Highland bersempena cuti Aidiladha yang lepas.
"Teruk gila korang ni tak balik raya~!"
"Tak pernah dibuat orang, raya pergi melancong!"
"Takpe ke tak balik raya?"
Ada je yang bertanya macam tu. Ah mulut manusia mana boleh tutup macam mulut belanga. Biarkan saja mereka. Yang pasti mereka semua ok. Cuti Aidiladha pun kan cuma sehari. Ke Selatan mahupun ke Timur, pasti trafik sesak. Jadi kami ke Utara sajalah. Adil dan saksama. Tak balik kampong mana-mana. Semua ok :)
Hari pertama
Kami bergerak dari Kuala Lumpur seawal jam 8 pagi, Sabtu 10 September 2016. Sampai saja di Sungai Buloh, kami baru sedar yang semua orang sedang berebut untuk pulang ke kampong arah Utara. Jadi suami saya pun off trail dan guna jalan tikus yang entah ke mana-mana juga arahnya. Sedar-sedar kami sudah melepasi Bukit Tagar, lepas sikit je dari kesesakan tu.
Perjalanan kami lancar, cuma banyak kereta sebab semua orang nak balik kampung dan kau sorang je tak balik kampung. Asalnya kami nak naik ke Cameron Highland ikut Simpang Pulai, tapi disebabkan pergerakan kereta yang agak perlahan, kami masuk je ikut Exit Tapah dan bersedia dengan jalannya yang bengkang bengkok itu.
Saya secara peribadi lebih suka naik ke Cameron Highland ikut jalan Tapah ni sebab laluan dia macam teduh dan sejuk sikit. Lagipun banyak jualan hasil hutan oleh orang asli di tepi-tepi jalan untuk saya menjamu mata. Tapi itu pendapat saya sebagai seorang penumpang lah. Saya tak rasa pemandu kereta suka ikut jalan ni sebab jalannya macam ular kena palu~
Exit Tapah ke Cameron Highland |
Rasanya pemanduan kami mengambil masa hampir 2 jam juga dari Tapah ke Cameron sebab banyak kereta. Kadang-kadang terberhenti, kadang-kadang merangkak perlahan. Rancangan asal kami untuk cuba-cuba daftar masuk awal tak kesampaian apabila kami sampai tepat jam 3 petang, sedang elok untuk daftar masuk.
Hotel kami, Copthorne dari jalan depan Kea Farm. |
Saya book hotel melalui Booking.com. Saya sudah selesa dengan Booking.com sejak saya di Korea lagi. Dah banyak hotel yang saya tempah melalui website ini dan setakat ini Alhamdulillah sangat ok. Saya tak pasti dengan website lain. Kadang-kadang tengok keselesaan individu juga. Bagi saya, Booking.com adalah paling best!
Saya tempah sebulan awal dari tarikh daftar masuk sebab saya dah tahu waktu itu akan jadi waktu puncak musim perayaan berserta dengan cuti sekolah. Itu pun saya dah tak dapat katil queen, terpaksalah pilih saja single bed sebab later on boleh minta mereka gabungkan katil tu.
Saya bayar deposit 50% dan call reservation almost 4-5 kali untuk follow up memandangkan saya ini agak cerewet. Lagipun saya nak yang terbaik untuk percutian saya. Syukurlah front desk mereka sangat membantu dan sabar dengan saya.
Sebaik sampai, saya bayar lagi 50% baki bayaran dengan deposit RM100. Saya cakap pada receptionist tu:
"Boleh tak saya nak request top level dan view bukit? I saw there's a construction outside your area so I don't want the construction view"
Berdebar juga sebenarnya. Dahla call mereka banyak-banyak kali, kemudian dah sampai banyak demand pulaaaaaak.
Sebaik masuk 1103, kami bersyukur sangat sebab bilik kami antara yang paling atas dan hujung serta menghadap pemandangan bukit bukau yang indah dengan angin yang segar.
Aras 11. Hotel ini ada 13 aras kesemuanya. |
Pemandangan dari bilik kami |
Bilik kami terletak di sayap sebelah kanan. Pemandangan pula boleh dikatakan dapat wide view yang nampak luas dan puas. Terasa sangat berbaloi dengan harga yang dibayar!
Oh ya, bilik di Copthorne tidak mempunyai penghawa dingin. Hanya kipas saja sebab angin di luar pun sudah cukup untuk beri anda suhu macam penghawa dingin bagi.
Bumbung putih sebelah kanan tu adalah ladang unjuran dari Kea Farm |
Satu lagi kelemahan Copthorne adalah seterika dan papan menggosok tidak disediakan dalam bilik. Kita perlu ke ironing bay di luar bilik hotel, berhampiran dengan lif untuk menggosok tudung. Saya memang tak setuju lah bab ini. Sangat tak convenient. Saya call room service dan minta mereka hantarkan ironing set untuk saya. Kata mereka ironing set tak available dan minta saya iron di luar. Saya insist minta mereka hantarkan satu set dan mereka kata akan ambil balik selepas 30 minit. Last-last...dah nak daftar keluar pun mereka tak ambil balik ironing set tu. Hahahahha~!
Review kemudahan bilik sudah selesai. Sebaik katil kami digabungkan, kami pun keluarlah ke destinasi pertama. Memandangkan masa tu dah pukul 5 lebih, kami sempat tengok kaktus sahaja. Banyak kedai dan ladang ditutup pada pukul 6 petang.
My favorite angle. Saya suka betul dengan kaktus ni. Bunga dia cantik warna warni. |
Pemandangan sekitar pasar malam. Macam biasa, jalan sesak sebab orang ramai meletak kereta di tepi jalan. |
Kami juga beli sayur-sayuran yang dipaket kecil pada harga RM10 untuk 10 bungkus. Saya ambil sayur yang boleh dibuat salad sebab kami memang sudah bawa Kewpie Sesame untuk dibuat seasoning. Nampak tak persediaan nak ke Cameron tu macam manaaaa~? Semua kami bawa :)
Tak ada seasoning untuk salad? Tak ada roti? Tak ada baked bean? Datanglah ke Pasaraya Jimat dekat Brinchang ni. Dah mana Giant rupanya. Semua barang ada. Harga pun macam harga Aeon Big je. |
Salad untuk makan malam |
Setelah dicampurkan dengan Kewpie Sesame dan bersedia untuk dimakan! |
Pencuci mulut: Strawberi 2 paket besar RM15 saja. Makanlah sampai kau sendiri jadi strawberi. |
Malam itu selepas makan malam, kami hanya di bilik saja. Tiba-tiba seronok pula menonton Astro. Nak keluar waima ke bawah pun jadi malas sebab sejuk.
Hari pertama berakhir. 80% je itinerari perjalanan kami terlaksana. Ada beberapa tempat yang kami tak sempat pergi dan terpaksa dibawa ke hari berikutnya sebab kelewatan kami sampai ke Cameron Highland.
Hari kedua
Rise and shine!
Hari kedua kami bangun seawal 6 pagi semata-mata sebab nak buka tingkap dan tengok suasana dan rasa angin pagi Cameron Highland. Gigih kan? Kami berdua sangat teruja sebab ini kali pertama kami ke sini berdua. Tempat pula strategik lagi romantik. Haruslah gigih bersemangat nak teroka tempat orang!
Silakan enjoy gambar-gambar matahari terbit dari tingkap bilik hotel kami:
Tengoklah. Gambar pemandangan matahari terbit saja sudah banyak. Itu belum matahari terbenam hari pertama, kedua dan seterusnya. Berattttt~!
Masa untuk sarapan!
Masa dekat Pasaraya Jimat semalam tu, suami saya beli daging burger ni. Roti dah ada, sayur dah ada. Jadi inilah kejadiannya:
Destinasi pertama di hari kedua kami adalah Ladang Teh Bharat! Terkejut saya apabila sudah ada palang dan seorang penjaga menunggu di tepi palang tersebut. Katanya sekarang Ladang The Bharat sudah kenakan caj RM2 untuk setiap dewasa. Tapi sebab pemandangan cantik, tempat letak kereta pun sempurna, tandas pun ok, kami bayar sajalah dan bergambarlah kami dengan sakannya. Mungkin sebab berbayar, jadi tak ramai orang. Bila tak ramai orang, gambar kami jadi cantik~! Ada satu lagi ladang teh.
Perjalanan kami ke ladang teh Bharat |
Pintu masuk Cameron Valley Bharat |
Pemandangan lading teh. Kami orang pertama yang masuk ke sini, sekitar jam 8 pagi :) |
Daun teh pun segar dengan embun lagi :) |
Di bawah sana tu ada taman cantik siap ada air terjun lagi. Kami tak turun ke sana pun sebab mengenangkan nak naik balik ke atas tu nanti mesti penuh drama. |
Sebaik naik ke atas semula, kami masuk ke kedai cenderamata di situ. Kebanyakannya jual teh produk merekalah. Ada juga cawan teh. teko teh dan apa-apa sajalah yang berkaitan dengan teh. Harga tak banyak beza sangat dengan jualan di luar. Tapi selepas dibandingkan, sebenarnya beli di sini lebih murah kalau nak dibandingkan dengan harga di pasar malam.
Teh produk Cameron Vallye sendiri. Sekotak dalam RM10 macam tu. Kat Pasar Malam Brinchang banyak jual pakej 3 kotak RM27. Tapi perlu ke beli banyak-banyak? Tepuk dada Tanya keperluan atau kehendak. |
Kami sempat bersantai sekejap di beranda kedai teh di situ. Ambil gambar je. Nak minum teh, mahal la pula~
Pemandangan dari beranda kedai teh Cameron Valley |
Bayaran masuk: RM3 seorang.
Orang kata MARDI ni macam tak ada apa-apa sangat. Tapi sesiapa yang appreciate photography, di sinilah tempat yang paling baik untuk test power.
Jalan dari pintu masuk. Kebetulan kami dating tu, ada gerai-gerai jualan produk MARDI. |
Jalan kat MARDI ni boleh relaks dan tak berkejar apa sangat. Kawasannya luas. Ada taman bunga, ada kebun herba dan macam-macam lagi. Yang paling saya suka, ais krim strawberry di MARDI ini paling murah kalau nak dibandingkan dengan jualan di luar. Saya sudah survey~
Putik anggur |
Edible garden yang penuh dengan sayur-sayur sihat. Bukan kejadian sayur ni je yang sihat, yang makan pun boleh sihat. Teruslah berangan nanti bila dah ada rumah sendiri, nak berkebun macam nilah. Suami di sebelah pandang sinis je. Heh~!
Dalam pukul 11 macamtu, kami dah mula lapar. Jadi kami beli ayam goreng yang dijual di gerai MARDI tu. Saya keluar ke kereta sekejap untuk ambil Maggi goreng yang sempat saya sediakan pagi tadi di bilik hotel. Jimat belanja makan tengahari :)
Destinasi seterusnya:Big Red Strawberry dan Cactus Valley
Masuk percuma.
Kedua-dua tempat ini terletak saling berdekatan antara satu sama lain. Sebab itulah saya cadangkan pergilah kedua duanya :)
Di Big Red Strawberry ini kita boleh lihat sayur-sayuran ditanam dan dituai serta dijual terus dan segar.
Di atas Big Red Strawberry tu ada café dan bolehlah jamu perut sambil jamu mata. Sebelah café tu juga ada satu lorong menaik sedikit menghala ke taman bunga yang sangat cantik. Kebetulan tak ramai orang di situ mungkin kerana ramai yang tak sedar kewujudan lorong tu, jadi dapatlah kami ambil gambar cantik-cantik di situ!
"Buat apa kita susah-susah nak petik? Biarlah pekerja dia yang petik."
Cactus Valley. Tak berapa banyak gambar sebab tempatnya as expected; ada kaktus saja dan adalah bunga-bunga. |
Selesai satu destinasi. Rancangan kami asalnya nak balik ke hotel dan berehat sekejap. Dalam perjalanan balik tu, boleh pula teringin durian dan makanlah kami sebiji durian batu berharga RM55 sebiji. Tapi mujur puas hati. Nikmat sungguh dapat makan durian dalam suasana sejuk angina bertiup segar tu.
Nampak je tak kuning.Tapi isi padat dan sedap! |
Gerai durian yang kami singgah tu terletak betul-betul di depan Pasar Malam Brinchang |
Destinasi seterusnya: Muzium Time Tunnel
Caj masuk: RM6 seorang
Siapa yang lahir dalam range 1970-an ke 80-an, silalah masuk ke muzium ni. Sangat menggamit memori!
Saya teringat balik momen zaman kanak-kanak saya sewaktu di kampong Perak dengan arwah Tok dan zaman kanak-kanak saya dengan mak dan abah.
Siapa yang lahir dalam range 1970-an ke 80-an, silalah masuk ke muzium ni. Sangat menggamit memori!
Saya teringat balik momen zaman kanak-kanak saya sewaktu di kampong Perak dengan arwah Tok dan zaman kanak-kanak saya dengan mak dan abah.
Mak dan Tok ada cermin bulat tu. Sampai sekarang pun masih ada. |
Tin Milo! |
ABM matematik. Tapi zaman saya sekolah rendah dulu, tak ada pula papan ni. Mesti zaman kakak saya dulu ada ni. Nanti saya tanya dia. |
Ini memang sangat lagenda! Kartun kertas tang kita boleh tukar-tukar baju tu. |
Dulu-dulu mana ada telefon pintar. Mak saya buat saya pintar dengan mainan macam ni saja. Mudah, tapi otak kau jalan. Alhamdulillah jadi manusia sekarang~ |
Saya ada piano ni. Sama sangat! Abah yang belikan dan abah pandai buat lagu guna piano mini ini. Ya Allah rindunya! |
Kuda kayu ni ada di rumah Tok. Saya selalu berebut dengan sepupu. |
Malaysia pernah menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998. Masa itu saya masih di sekolah rendah tapi sangat bangga tengok keupayaan Malaysia. Tiap-tiap hari akan duduk depan tv tengok acara sukan. |
Koleksi mug korporat |
Saya pernah hidup dalam zaman TV ini. |
Air botol kedai simpang. |
Hezeline Snow ni masih ada kat pasaran tak? Saya ingat dulu masa mak dan abah nak berangkat menunaikan haji, saya darjah 2. Saya Nampak mak letak krim ni dalam beg dia. |
Memori sungguh semua ni! |
Dulu kedai Cik Nor ada jual susu ni. Saya pernah minta mak belikan susu ni. Kesian mak. Sobsss |
Saya baru tahu yang DARLIE sekarang, dulunya adalah DARKIE |
Saya ada tabung ayam tu! |
Saya ada tabung Bank Rakyat tu juga! |
Lesung batu pelbagai saiz |
Kerusi gunting rambut. Dulu selalu ikut abah gunting rambut tapi saya takut tengok kerusi ni sebab macam kerusi elektrik yang bunuh orang tu. |
Memori dapur tok |
Susu cap junjung, anyone? |
Rumah asal kami di Pahang guna suis macam ni. Saya selalu buat-buat lupa tutup suis lampu sebab takut nak tolak punat hitam tu sebab kadang-kadang macam keluar api. Hahahahh! |
Memori sangat. Dulu pernah merasa tidur dengan lampu ni. |
Tengok harga teh dulu-dulu. Tengok pula harga kopi sekarang. Harga Starbuck tu sama dengan bercawan-cawan teh 20 tahun dulu. |
Ini paling paling paling menggamit memori. Say ada anak patung tu dan mak pernah jahitkan baju untuk anak patung tu. I love you mak! |
Balik hotel. Berehat tak sampai sejam dan kami bersiap-siap untuk makan malam ulangtahun perkahwinan kami kononnya. Hahahah!
Kami memilih untuk menikmati steambot di Restoran Glory 78. Kami keluar sebaik selepas Maghrib dan sempatlah bermain-main sekejap di lobi dan halaman hotel.
Restoran steamboat ini tak perlu buat tempahan awal. Boleh pergi terus saja melainkan datang satu bas, kenalah buat tempahan ya. Saya sudah tanya pekerjanya.
Harga sudah naik. RM26 seorang, minimum 2 orang. Jadi kena bayar RM52 untuk satu set stembot tersebut. Tak boleh ambil satu orang saja sebab minimum dua orang tu maknanya 1 pinggan diisi dengan sayur dan 1 pinggan lagi diisi dengan ayam ikan udang segala. Kalau minta satu je, kemungkinan besar kau makan steambot sayur saja tu ada~
Pandangan luar restoran steamboat. Kalau dari Copthorne menghala ke Tanah Rata, restoran ini terletak di sebelah kiri jalan. |
Suasana di dalam restoran. Kami sampai seawal jam 8 malam. Memang belum ramai orang lagi. Tak lama lepas tu memang terasa restoran agak penuh walaupun malam itua dalah malam raya! |
Pinggan 1: Lauk pauk |
Pinggan 2: Sayur-sayuran. Sebab tu mereka syaratkan minimum 2 order sebab ada dua hidangan yang berlainan. |
Kuah tomyam. Ya Allah sedapnya
|
Sebenarnya lama juga kami makan di restoran tu sebab bukan mudah nak habiskan steambot yang banyak tu. Tak mengalah, lepas kami makan kami ke Pasar Malam Brinchang sekali lagi untuk beli strawberi. RM15 untuk 2 paket. Sorga!
Balik dari pasar malam, kami ambil angina malam di sekitar lobi hotel. Masya Allah sejuk sangat! |
Selamat hari raya Aidiladha! Jangan Tanya kami raya macam mana. Anggap saja kami beraya di perantauan :)
Kami bersiap-siap untuk daftar keluar agak awal sebab ada beberapa tempat yang kami kena pergi sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur.
Sesi bergambar di depan lobi hotel lagi :) |
Daftar keluar |
Bayaran masuk: RM8 seorang tapi berbaloi rasanya. Percayalah.
Pintu masuk Cameron Lavendar |
Cuma kami agak kecewa sebab orang sangatlah ramai. Dari nak letak kereta lagi dah susah. Masuk ke dalam sesak pula. Tak apalah, sekurang-kurangnya kami dah berjaya sampai ke sini :)
Cameron Lavender selesai dijajah! Masa untuk balik sebab kena terima hakikat yang cuti kami sudah berakhir. Esoknya sudah kena kembali bekerja!
Dalam perjalanan balik, kami buat final shopping session sambil lalu saja. Mana yang nampak, mana yang teringin, kami berhenti saja tepi jalan.
Bekal nasi goreng yang saya sediakan sebelum daftar keluar tadi maki makan di tepi jalan sambil menikmati pemandangan ladang teh. Sekali lagi, jimat belanja makan tengahari kami :)
Pemandangan ladang teh di stesen teh 2 (kalau tak silap). Tempat yang saya cakap kalau nak turun, tangganya agak curam tu. |
Perjalanan balik ke KL diteruskan. Kami singgah di Lata Iskandar untuk makan durian sekali lagi dan solat jamak di wakaf yang disediakan di situ.
Kami sampai rumah dah malam. Badan penat. Esoknya dah kerja. Tapi itulah harga yang perlu dibayar untuk sebuah kembara. Emak saya pun tak kisah kami punya hobi begini. Katanya, buatlah apa saja yang korang teringin. Esok dah ada anak, caranya lain pula. Mungkin ke Korea atau Europe lepas ni, kita angkut stroller. See...Mak iolls sangat supportive!
All in all, Alhamdulillah percutian kami ke Cameron Highland sangat seronok. Total damage tak sampai RM1000 termasuk hotel dan belanja membeli segala. Rahsianya adalah kami banyak jimat dekat bab makan. Kami bawa multi-cooker dan banyak memasak sendiri di bilik hotel.
Terima kasih kepada pembaca yang sudi dan setia membaca entri super panjang ini. Maafkan saya sebab saya telah spam entri ini dengan gambar. Harapnya pengalaman saya ini dapat membantu anda untuk merancang percutian ke Cameron Highland dengan lebih kemas dan jimat.
Terima kasih
Dhiya
salam..
ReplyDeletewahhh full page penuh gambo..
pnjng pula..hehe..
kumpul story ea..
bestla g cameron..yaya pernh g sekali je..tu pun 2 hari 1 malam..
mmg xcukop la kann..xdpt lagi makan askem strwberi,wafle strberi semua la yg ade kaitan dgn strwberi kat sane..ikhikhk =p
yela...lain kan rase buah kat ats sane dgn yg da smpai bwah ni..^_^
dah lama tak ke cameron.. 4 tahun rasanya.. muzium tu memang mengamit kenangan dulu.. banyak yang pernah tengok dan guna..
ReplyDeletedah lama xpergi cameron....bestnye.....
ReplyDeleteWahh bestnya.. last pergi cameron tahun 2010 tak salah. Bulan depan insyaAllah nak pergi lagi. Tak sabar!
ReplyDeletewah....cantiknya....cantiknya....
ReplyDeleteJemput baca cara saya menangani masalah asthma yang saya hadapi