Bismillah
Hai semua. Apa khabar?
B2B, apa khabar semangat DIY anda? Masih di puncak atau sedang tenggelam di dasar laut? Meh bangun meh...Saya nak kongsikan tutorial dan tips mudah untuk hasilkan bunga tisu yang fluffy ni. Saya yakin ramai sangat B2B yang tercari-cari dan tertunggu-tunggu entri macamni. Memang dah banyak blogger lain kongsi, tapi saya nak kongsikan juga cara saya.
Sebelum kita mulakan tutorial ni, lebih baik anda ambil sehelai tisu siap-siap. Kita buat sama-sama, real time. Tisu warna putih atau merah jambu di dapur pun ok. Sehelai je pun... Tak luak ke manalah~
Bahan atau alatan lain yang diperlukan:
a. Kertas tisu (Selalu orang beli kat IKEA sebab tisu ni best~)
a. Kertas tisu (Selalu orang beli kat IKEA sebab tisu ni best~)
b. Gunting
c. Dawai atau benang (untuk ikat bahagian tengah bunga)
Hamparkan tisu. Lipat dua dan gunting pada garisan tengah yang terbentuk. Anda akan dapat potongan seperti dalam gambar di bawah. Berapa pun lapisan tisu tu, biar dulu. Janji potong separuh elok-elok jangan sampai tisu terkoyak.
OK. Selepas tu barulah kita pisah-pisahkan helaian tisu ini satu persatu. Ada dua sebab kenapa kita kena buat kerja leceh ni. Pertama, kita tak mahu lapisan tisu tu melekat dan akan menyusahkan kita sewaktu nak kembangkannya nanti. Yang kedua, kita tak tahu berapa lapisan tisu tu. Untuk dapatkan bunga yang gebu, 6 lapis sudah memadai. Jadi sewaktu proses mengasingkan helaian tisu ni, bolehlah kumpulkan terus 6 lapisan untuk setiap kuntum bunga.
PERHATIAN: Proses ini sangat leceh, jadi jangan buat kalau rasa malas. Satu lagi, kesabaran yang tinggi amatlah dituntut kerana tisu ini sangat mudah koyak~
Helaian yang dah kita susun 6 lapisan tu kemudiannya kita lipat macam kita buat kipas kertas zaman sekolah dulu. Ingat kan? Kalau ingat-ingat lupa, bolehla rujuk gambar di bawah :)
Selesai melipat, ikat dengan dawai pada bahagian tengah lipatan bunga seperti dalam gambar di bawah. Ha, sampai tahap ni, mesti dah syok sebab bunga tisu anda dah nak siap :p
Potong bucu lipatan bunga menjadi bentuk separa bulat supaya kelopak bunga yang kita akan kembangkan nanti nampak cantik.
Lekuk-lekuk tu la nanti yang akan buat bunga tisu anda cantik. Ok? Jangan putus asa. Sikit je lagi bunga kita nak siap.
Selepas itu, kembangkan bunga anda dengan berhati-hati. Tarik helaian tisu satu persatu. Sabar kena tinggi sebab tisu anda pada waktu ini sangat-sangat nipis. Kemaskan lekuk-lekuk bunga supaya kelihatan kemas dan kembang serta gebu seperti gambar di bawah :)
Ha. Cuba tengok gambar di bawah ni. Antara bunga kiri dengan bunga yang di sebelah kanan, yang mana satu bunga yang anda suka?
Mestilah yang sebelah kiri kan?- Gebu, bulat, kembang elok je.
Kenapa ada setengah-setengah orang buat bunga tisu tapi end up jadi yang macam sebelah kanan tu?
Ini jawapannya:
Bunga tisu anda tak akan kembang kalau sewaktu menggunting tisu, anda gunting tisu kepada 4. Cukup sekadar gunting tisu menjadi separuh dan berbentuk segi empat tepat. Jangan gunting kepada segi empat sama. Logiknya, semasa proses mengembangkan helaian tisu tu nanti, lapisan paling bawah akan menjadi pendek dan sebab itulah kelihatan macam 'tak cukup kain'.
Maknanya gebu atau tidak bunga tisu anda- Semuanya bergantung pada langkah pertama anda.
Rasanya anda boleh faham mesej yang disampaikan. Tips ini memang terbukti sebab saya sendiri pun sedang bertungkus lumus menyiapkan bunga-bunga tisu saya. Lebat dan mekarnya sama gebu apa yang terbuku dalam hati. :p
Harapnya entri ini dapat memberi idea dan inspirasi.
Tempahan ditutup buat sementara kerana saya sedang menyiapkan tempahan untuk diri sendiri.
Sebarang pertanyaan: diahalida@gmail.com.
Jangan lupa beri salam dan kenalkan diri :)
Salam sayang,
Dhiya
No comments