Bismillah
Alhamdulillah
Tak terucap dengan kata.
Secara rasminya saya telah menyelesaikan semua subjek pengajian Sarjana saya. Apa juga keputusannya kelak, saya terima dengan hati yang redha kerana saya telah berusaha sehabis baik untuk semua ini.
Tadi selepas pembentangan, air mata saya tak dapat dikawal. Walaupun hanya pembentangan Projek 2 (bukannya viva research pun), tapi emosinya sangat berat. Hanya saya yang tahu betapa mencabarnya perjalanan semester akhir saya ini. Tapi hari ini Allah beri kelapangan dada yang sangat infiniti nilainya. Sujud syukur dipersembahkan kepada Allah SWT dan jutaan terima kasih atas redha dan restu dari emak dan abah yang sangat sabar dengan saya.
Insya Allah saya akan siapkan pembetulan hari ini juga supaya saya boleh hantar tesis ini paling lewat pada hari esok. Saya tak boleh lama di sini kerana komitmen saya terhadap keluarga sangat tinggi di saat ini. Abah akan menjalani rawatan susulan di Kuantan minggu hadapan. Memang tak ada apa yang perlu dibimbangi sangat, cumanya ketiadaan abah dan akak akan menjadikan saya sebagai salah seorang 'orang penting' dalam memastikan kelancaran di rumah.
Insya Allah.
Banyak sangat yang ingin ditulis dalam DDD.
Pelbagai cerita, pengalaman dan perkongsian.
Nantikan.
Dhiya
No comments