Bismillah
Cuti dah habis.
Cuti dah habis.
Cuti dah habis.
Oi, Dhiya
Cuti dah habis.
Esok saya akan kembali ke kampus. Sengaja saya tidak mahu balik hari ini sebab semua sedia maklum yang hari ini adalah hari penghabisan cuti selepas CNY. Jadi pastinya seluruh jalan utama di Malaysia yang menghala ke sentral sesak macam sardin. Dan bukanlah namanya saya untuk pasrah dalam keadaan begitu.
Kepulangan saya kali ini bukan sebagai seorang pelajar, tetapi sebagai seorang pekerja. Insya Allah saya akan mula bekerja sebagai RA di sana. My first ever job after resigning 2 years back. Mungkin jawatan dan gajinya nampak tidak wow, tapi saya sangat teruja untuk mula bekerja dalam bidang dan persekitaran yang baharu. Malah saya amat yakin, Allah sudah tetapkan yang terbaik di jalan ini. Sesungguhnya Dia sedang menunaikan hajat saya yang tidak mahu lagi 'pulang' dan bekerja di kota mega Kuala Lumpur.
Jauh di sudut hati, jiwa saya bagai dirobek apabila sekali lagi 'terpaksa' meninggalkan emak dan abah di kampung dan kali ini dengan komitmen yang lebih tinggi iaitu bekerja. Saya tak suka situasi itu- Sejak lama dulu lagi. Saya tak dapat lihat abah di depan mata yang selalu 'nakal' buat kerja berat walau dihalang kerana kami masih bimbangkan kesihatannya sejak keluar dari hospital November lalu. Saya juga pasti sedih kerana tidak dapat menolong emak di dapur dan membuat kerja-kerja berat yang tidak boleh dilakukannya.
Menangis
Dunia bekerja pastinya tidak sama lagi dengan dunia pengajian Master. Dulu, kalau kelas habis pada hari Rabu, saya dengan senang hati akan balik ke kempung pada hari Khamis hingga hari Ahad.
Tapi saya sedar, hidup kita ini perlu sentiasa menganjak ke hadapan. Apa guna belajar teori tapi tidak membuka peluang untuk praktikal. Lagi pula, inilah masanya untuk saya top up balik simpanan dan memperbaiki taraf kewangan peribadi saya. Masa untuk bersemangat, Dhiya!
Cuti dah habis.
Kena terima hakikat.
Jalan terus ke depan.
Jangan undur.
Apa yang mendatang.
Kita tempur.
Dhiya
Cuti dah habis.
No comments