Baki


Dulu-dulu, masa saya belum ada akaun M2U-tapi nak juga beli online (masa tu melalui blog), saya akan gigih pergi ke mana-mana CDM bank penjual tu dan masukkan duit. Rasanya tak terlalu kerap pun membeli, jadi sebab itulah saya boleh ingat.

Pernah sekali saya beli VCO, harganya lebih kurang RM49 macamtulah...Saya ke Maybank dan masukkan RM50. Dua hari kemudian, barang diterima dengan baki RM1 diletak elok dalam sampul duit raya.

Itu cerita 5-6 tahun lepas. Hari ini, saya menerima screenshot kisah tak enak ini:
Weh apa hal ni?

Polisi dia sangat tak boleh diterima. Tak ada pemulangan baki, tapi baki tersebut akan ditolak dan diguna pada pembelian seterusnya. Ewah- ewah sangat!
Pembeli ada hak nak buat pembelian kedua atau seterusnya dengan penjual. Penjual tak ada hak untuk 'ikat' dan paksa pembeli macam ni. Tapi kalau dah macam ni punya 'terdesak', ingat pembeli nak berurusan lagi ke dengan penjual ni?

Dan mungkin penjual (pembeli juga) lupa, terlepas pandang atau mungkin tidak endah akan satu fenomena baru sekarang- Screenshot & share. Apa- apa yang orang tak puas hati tentang kita atau kita tak puas hati dengan orang, they (we) tend to shot and share the proof. Kalau shot and share benda baik, tak apa lah. Kalau shot and share benda-benda macamni, terutamanya hal-hal berniaga ni---Tak ke menempah tiket gulung tikar?

Baki-
Sekupang-dua
Seringgit cuma
Apatah lagi seratus-dua
Pulangkan.

Jahit baju-
Kain perca-
Pulangkan.

Melainkan pemiliknya redha.

Esok jenuh nak berenang dalam lautan manusia kat padang luas tu.
Nauzubillah!

Dhiya

Cuti Dah Habis!


Bismillah

Cuti dah habis. 
Cuti dah habis. 
Cuti dah habis. 
Oi, Dhiya
Cuti dah habis.

Esok saya akan kembali ke kampus. Sengaja saya tidak mahu balik hari ini sebab semua sedia maklum yang hari ini adalah hari penghabisan cuti selepas CNY. Jadi pastinya seluruh jalan utama di Malaysia yang menghala ke sentral sesak macam sardin. Dan bukanlah namanya saya untuk pasrah dalam keadaan begitu.

Kepulangan saya kali ini bukan sebagai seorang pelajar, tetapi sebagai seorang pekerja. Insya Allah saya akan mula bekerja sebagai RA di sana. My first ever job after resigning 2 years back. Mungkin jawatan dan gajinya nampak tidak wow, tapi saya sangat teruja untuk mula bekerja dalam bidang dan persekitaran yang baharu. Malah saya amat yakin, Allah sudah tetapkan yang terbaik di jalan ini. Sesungguhnya Dia sedang menunaikan hajat saya yang tidak mahu lagi 'pulang' dan bekerja di kota mega Kuala Lumpur.

Jauh di sudut hati, jiwa saya bagai dirobek apabila sekali lagi 'terpaksa' meninggalkan emak dan abah di kampung dan kali ini dengan komitmen yang lebih tinggi iaitu bekerja. Saya tak suka situasi itu- Sejak lama dulu lagi. Saya tak dapat lihat abah di depan mata yang selalu 'nakal' buat kerja berat walau dihalang kerana kami masih bimbangkan kesihatannya sejak keluar dari hospital November lalu. Saya juga pasti sedih kerana tidak dapat menolong emak di dapur dan membuat kerja-kerja berat yang tidak boleh dilakukannya.

Menangis

Dunia bekerja pastinya tidak sama lagi dengan dunia pengajian Master. Dulu, kalau kelas habis pada hari Rabu, saya dengan senang hati akan balik ke kempung pada hari Khamis hingga hari Ahad. 
Tapi saya sedar, hidup kita ini perlu sentiasa menganjak ke hadapan. Apa guna belajar teori tapi tidak membuka peluang untuk praktikal. Lagi pula, inilah masanya untuk saya top up balik simpanan dan memperbaiki taraf kewangan peribadi saya. Masa untuk bersemangat, Dhiya!

Cuti dah habis. 

Kena terima hakikat.
Jalan terus ke depan.
Jangan undur.
Apa yang mendatang.
Kita tempur.

Dhiya
Cuti dah habis.

Koleksi Terbaharu


Bismillah

Cerita DIY bunga telur saya lagi. 
Saya dah berjaya siapkan batch kedua bunga tisu ni beberapa hari lepas. Dah selamat masuk kotak, sealed dan simpan elok-elok dan hanya akan dibuka pada sehari dua sebelum hari kejadian Insya Allah.
Nak buat kerja-kerja DIY ni, memanglah kena ada passion. Kalau tak, apa yang kita buat semuanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Kalau nak dikenangkan, saya mulakan semua ini sebagai hobi semata-mata. Tapi lama kelamaan saya dapat rasakan minat itu mula menebal. Saya kumpul bahan dan mulakan projek ini sejak saya masih bekerja dan sekarang sudah habis belajar. Bayangkanlah dah berapa lama saya menghadap minat ini :)

Sekarang ada satu lagi batch bunga biru yang sedang menanti untuk 'dikerjakan'. Rasanya dalam 100 pokok juga. Harapnya saya dapat sudahkannya dengan baik kerana bermula minggu depan saya sudah mula bekerja. Takut juga kalau komitmen kerja tinggi dan tak sempat nak tengok semua ni~

Untuk B2B yang akan melangsungkan majlis sempena cuti CNY ini, tahniah dan selamat pengantin baru. Saya akan menyusul Insya Allah. Eh~

Dhiya Dahlia

Keputusan Peperiksaan Semester 1 2014/ 2015


Jumaat, 13 Februari 2015.

Perasaan yang bercampur baur. Sedih atas pemergian tokoh agama, susah hati dengan perkembangan submission Projek 2 saya yang penuh dengan kerenah. Itu belum lagi mengenangkan borang pink saya yang 'ditendang' macam bola hanya kerana 3 tandatangan. Paling saya gusar, hari ini keputusan peperiksaan akan diumumkan.

Seawal jam 9 pagi, saya cuba masuk ke dalam sistem pelajar tapi keputusan masih belum boleh diakses. Dalam masa yang sama, saya masih 'berperang' untuk mendapatkan beberapa tandatangan yang diperlukan untuk proses menghantar Projek 2 saya. Ya Allah, memang menuntut kesabaran yang sangat tinggi!
Dalam pada kalut tu, seorang rakan sekelas saya telah menghantar mesej mengatakan yang keputusan telah boleh disemak. Tak sempat  nak cuak pun. Saya masih perlu ke SERI dan kedai fotokopi untuk urusan Projek 2.

Apabila selesai semuanya, barulah saya dapat duduk itupun kerana terlalu lapar dan dahaga :(. Sambil-sambil itulah saya telah semak keputusan peperiksaan saya.
Alhamdulillah. Apa yang saya boleh katakan, keputusan peperiksaan saya OK. Masih dalam julat kecemerlangan paras gwiyomi dan masih boleh tepuk bahu sendiri :) Namun keputusan yang diumumkan masih belum rasmi kerana Projek 2 saya masih dalam status TL (Tidak Lengkap) dan apabila saya ke pejabat untuk bertanya tentang hal ini, pihak pentadbiran menyatakan markah saya akan dimasukkan ke dalam sistem pada minggu hadapan kerana slot pembentangan saya tempoh hari pun memang sedikit lewat dan di luar jadual yang ditetapkan oleh jabatan.
Jadi Insya Allah, minggu hadapan akan ada satu lagi keputusan yang boleh dikatakan rasmi dengan mengambil kira markah dan gred Projek Penyelidikan 2 saya. Harapnya PNGK saya masih boleh berubah dan meningkat dengan penuh bergaya. Bab-bab PNGK ni, saya memanglah tamak sikit~ Huhuhu!

Terima kasih kepada semua yang ada di sisi saya selama dalam jalan juang ini. Walaupun belum rasmi, tapi keputusan ini adalah penanda aras kepada perjuangan saya selama dua tahun ini. Insya Allah, masih banyak hal yang menanti di depan. Saya akan terus berada pada momentum dan motivasi aras tinggi untuk menghadapinya.

Tahniah, diri sendiri. Tahniah, rakan-rakan seperjuangan!

Salam sayang,
Dhiya
PPFG, UKM Bangi

Gagal Temuduga PTD


Bismillah

Alhamdulillah. Keputusan temuduga PTD dah diumumkan. Seperti yang saya agak, keputusannya adalah negatif. Saya gagal dalam temuduga jawatan ini buat kali ketiga.
 
Rasanya saya kena berhenti berharap untuk jawatan ni. Kita buat cool je. Banyak je jawatan lain sebenarnya. 
Terbaharu, saya ada dipanggil untuk temuduga Pegawai Penyelidik Agensi Nuklear Malaysia pada 29 Januari lepas. Dalam pada kalut dengan macam-macam hal pada minggu tersebut, saya gagahkan juga untuk buat semuanya, satu-persatu, perlahan-lahan. Alhamdulillah minggu lepas berlalu dengan baik :) Doakan agar keputusan yang akan diumumkan pada bulan hadapan menyebelahi saya.

Tak apalah. Mungkin rezeki saya bukan dalam skim ini. Ada pintu lain untuk saya masuk ke dalam sektor kerajaan nanti. Amin.

Salam optimis
Dhiya

Seminggu Disunting


Alhamdulillah

Hari ini-
Seminggu lepas-

Semuanya berjalan lancar
Walau dalam seminggu sebelumnya, saya sangat sibuk
Urusan tesis
Temuduga SPA
Itu ini yang sangat macam-macam
Hingga terpaksa berulang alik Pahang- Bangi sampir 3 kali dalam tempoh 2 minggu.

Penat itu
Rupanya Allah balas dengan kemanisan
Cinta ini akan disebarkan
Kasih ini akan kita kongsikan
Sama-sama merasa
Sama-sama gembira
Atas nama Tuhan
Maha Pemberi Izin
Untuk kita bersama

Terima kasih
Mak abah
Atas izin restu dan doa

Maaf atas kelemahan
Moga kita saling menerima
Apa adanya

Dhiya Dahlia

Tutorial & Tips Hasilkan Bunga Tisu Gebu


Bismillah

Hai semua. Apa khabar?
B2B, apa khabar semangat DIY anda? Masih di puncak atau sedang tenggelam di dasar laut? Meh bangun meh...Saya nak kongsikan tutorial dan tips mudah untuk hasilkan bunga tisu yang fluffy ni. Saya yakin ramai sangat B2B yang tercari-cari dan tertunggu-tunggu entri macamni. Memang dah banyak blogger lain kongsi, tapi saya nak kongsikan juga cara saya.

Sebelum kita mulakan tutorial ni, lebih baik anda ambil sehelai tisu siap-siap. Kita buat sama-sama, real time. Tisu warna putih atau merah jambu di dapur pun ok. Sehelai je pun... Tak luak ke manalah~

Bahan atau alatan lain yang diperlukan:
a. Kertas tisu (Selalu orang beli kat IKEA sebab tisu ni best~)
b. Gunting
c. Dawai atau benang (untuk ikat bahagian tengah bunga) 

Ok mari kita mulakan!

 
Hamparkan tisu. Lipat dua dan gunting pada garisan tengah yang terbentuk.  Anda akan dapat potongan seperti dalam gambar di bawah. Berapa pun lapisan tisu tu, biar dulu. Janji potong separuh elok-elok jangan sampai tisu terkoyak.
OK. Selepas tu barulah kita pisah-pisahkan helaian tisu ini satu persatu. Ada dua sebab kenapa kita kena buat kerja leceh ni. Pertama, kita tak mahu lapisan tisu tu melekat dan akan menyusahkan kita sewaktu nak kembangkannya nanti. Yang kedua, kita tak tahu berapa lapisan tisu tu. Untuk dapatkan bunga yang gebu, 6 lapis sudah memadai. Jadi sewaktu proses mengasingkan helaian tisu ni, bolehlah kumpulkan terus 6 lapisan untuk setiap kuntum bunga. 
PERHATIAN: Proses ini sangat leceh, jadi jangan buat kalau rasa malas. Satu lagi, kesabaran yang tinggi amatlah dituntut kerana tisu ini sangat mudah koyak~

Helaian yang dah kita susun 6 lapisan tu kemudiannya kita lipat macam kita buat kipas kertas zaman sekolah dulu. Ingat kan? Kalau ingat-ingat lupa, bolehla rujuk gambar di bawah :)
 
Selesai melipat, ikat dengan dawai pada bahagian tengah lipatan bunga seperti dalam gambar di bawah. Ha, sampai tahap ni, mesti dah syok sebab bunga tisu anda dah nak siap :p
Potong bucu lipatan bunga menjadi bentuk separa bulat supaya kelopak bunga yang kita akan kembangkan nanti nampak cantik.
Lekuk-lekuk tu la nanti yang akan buat bunga tisu anda cantik. Ok? Jangan putus asa. Sikit je lagi bunga kita nak siap.
Selepas itu, kembangkan bunga anda dengan berhati-hati. Tarik helaian tisu satu persatu. Sabar kena tinggi sebab tisu anda pada waktu ini sangat-sangat nipis. Kemaskan lekuk-lekuk bunga supaya kelihatan kemas dan kembang serta gebu seperti gambar di bawah :)
 Ha. Cuba tengok gambar di bawah ni. Antara bunga kiri dengan bunga yang di sebelah kanan, yang mana satu bunga yang anda suka? 
Mestilah yang sebelah kiri kan?- Gebu, bulat, kembang elok je. 
Kenapa ada setengah-setengah orang buat bunga tisu tapi end up jadi yang macam sebelah kanan tu?
Ini jawapannya:
Bunga tisu anda tak akan kembang kalau sewaktu menggunting tisu, anda gunting tisu kepada 4. Cukup sekadar gunting tisu menjadi separuh dan berbentuk segi empat tepat. Jangan gunting kepada segi empat sama. Logiknya, semasa proses mengembangkan helaian tisu tu nanti, lapisan paling bawah akan menjadi pendek dan sebab itulah kelihatan macam 'tak cukup kain'.
Maknanya gebu atau tidak bunga tisu anda- Semuanya bergantung pada langkah pertama anda.

Rasanya anda boleh faham mesej yang disampaikan. Tips ini memang terbukti sebab saya sendiri pun sedang bertungkus lumus menyiapkan bunga-bunga tisu saya. Lebat dan mekarnya sama gebu apa yang terbuku dalam hati. :p
Harapnya entri ini dapat memberi idea dan inspirasi.

Tempahan ditutup buat sementara kerana saya sedang menyiapkan tempahan untuk diri sendiri.
Sebarang pertanyaan: diahalida@gmail.com.
Jangan lupa beri salam dan kenalkan diri :)

Salam sayang, 
Dhiya

Pembentangan Projek 2 (Tesis)- Alhamdulillah Selesai!


Bismillah

Alhamdulillah

Tak terucap dengan kata.

Secara rasminya saya telah menyelesaikan semua subjek pengajian Sarjana saya. Apa juga keputusannya kelak, saya terima dengan hati yang redha kerana saya telah berusaha sehabis baik untuk semua ini.

Tadi selepas pembentangan, air mata saya tak dapat dikawal. Walaupun hanya pembentangan Projek 2 (bukannya viva research pun), tapi emosinya sangat berat. Hanya saya yang tahu betapa mencabarnya perjalanan semester akhir saya ini. Tapi hari ini Allah beri kelapangan dada yang sangat infiniti nilainya. Sujud syukur dipersembahkan kepada Allah SWT dan jutaan terima kasih atas redha dan restu dari emak dan abah yang sangat sabar dengan saya.

Insya Allah saya akan siapkan pembetulan hari ini juga supaya saya boleh hantar tesis ini paling lewat pada hari esok. Saya tak boleh lama di sini kerana komitmen saya terhadap keluarga sangat tinggi di saat ini. Abah akan menjalani rawatan susulan di Kuantan minggu hadapan. Memang tak ada apa yang perlu dibimbangi sangat, cumanya ketiadaan abah dan akak akan menjadikan saya sebagai salah seorang 'orang penting' dalam memastikan kelancaran di rumah.

Insya Allah.
Banyak sangat yang ingin ditulis dalam DDD. 
Pelbagai cerita, pengalaman dan perkongsian.
Nantikan.

Dhiya