Berjaya Siapkan Proposal!


Alhamdulillah

Proposal untuk STPD dah berjaya disiapkan Khamis lepas. Leganya tak terungkap. Subjek inilah yang 'memaksa' saya tarik diri dua semester lepas dengan alasan saya belum bersedia sebab saya masih tiada tajuk. Semester ini, saya memang tak boleh tangguh lagi. Dr. Zaha pun sudah luluskan satu tajuk untuk saya.

Walaupun hanya kertas cadangan- yang kalau disemak, mesti akan ada silap di mana-mana- Tapi setidak-tidaknya saya ada sesuatu untuk dibawa masuk ke bilik Dr. Zaha untuk dibincangkan dan untuk dihantar sebagai markah.
Masih merangkak-rangkak dalam bidang kajian yang agak mencabar.
Lama sangat rasanya tak terlibat dengan projek ilmiah macamni. Iyalah...Hampir empat tahun meninggalkan tahun akhir pengajian ijazah sarjana muda. Rindu walaupun payah. Kerinduan jenis apakah itu?

Insya Allah minggu ni saya akan bawa kertas cadangan ini kepada Dr. Zaha dan kalau tiada aral melintang, saya akan cepat-cepat mulakan penulisan tiga tajuk pertama.

Salam semangat,
Dhiya

No comments