Allah.
Tak boleh mengelak. Esok SSB saya. Itu pun bukan buat kerja-kerja saya. Ada kerja orang lain yang dah siap menunggu. Itu pun bila isu OT diutarakan, culas saja jawapan yang diberi. Setelah diugut, barulah persetujuan dicapai. Sungguh, saya sudah tawar hati untuk menolong orang kalau hak saya terabai. Bukan wang ringgit sangat yang saya kejar, tetapi nilai masa, tanggungjawab dan hak!
Mesyuarat EETD tadi pun boleh tahan juga. Aktiviti paling hampir, saya akan ke Westport. Disember sudah ditempah.Dua aktiviti- Satu di Genting (tak pernah hayat saya naik ke Genting!) dan satu lagi di tempat biasa. Januari hingga Mac sudah ada agenda. Itu belum masuk komitmen saya dengan YES. Mereka sudah ada rancangan hingga bulan Jun. Allah. Kurus keringlah saya!
Clocked-out tepat jam 7.46 malam. Allah.
Kecut perut betul saya untuk pulang ke rumah sewa kalau matahari dah tenggelam.Gelap hitam di luar. Hujan renyai... Tapi Alhamdulillah, Allah dah aturkan jalan untuk saya. Saya bertembung dengan kak Imah yang juga ingin pulang. Nah, saya tumpangkan dia hingga ke stesen LRT terdekat dengan rumah saya. Jimat baginya, bertemanlah saya pulang ke rumah. Cantiknya perancangan Allah!!!
Esok saya akan meraikan SSB saya. Tepat jam satu, saya akan pulang ke kampung. Saya tahu saya 'berhutang' dengan seorang kawan sekolah saya. Majlis resepsinya akan diadakan esok di Gombak. Tapi saya tidak ada kekuatan untuk hadir tunjuk muka. Banyak sebab- Antaranya memang saya terpaksa pulang ke kampung yakni alasan yang tidak boleh dipersoalkan sesiapa.
Maaf kerana tiada hadiah atau apa. Hanya doa dari jauh, semoga berbahagia.
Selamat Pengantin Baru, Muhammad Muhibbuddin dan pasangan. :)
Insya Allah, doakan saya. Tahun 2013 adalah tahun untuk saya secara serius akan bercakap tentang isu ini.
Esok balik kampung.
Esok balik kampung.
Walaupun sekejap, tetapi saya nak kejar berkat dan pahala pulang ke pangkuan emak dan abah. Sementara masih belum terikat dan diikat, baiklah saya utamakan mereka!
Kawan-kawan sekampung, jumpa kalian di desa!
Masa untuk berehat,
Dhiya Dahlia
No comments