Bercuti Panjang


Ini adalah entri backdated- 12 November 2012

Bismillah

Assalamualaikum

Baru dijerat orang atas lagi. Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran! Kadang-kadang memang rasa teraniya dengan tindakan mereka ini. Mentang-mentanglah kita ini hanya orang bawah, kepala kita macam mudah dipijak-pijak. Semoga yang salah itu akan diperbetulkan jalannya. Amin!

Saya fikir insiden tadi adalah asbab untuk saya mula memikirkan perancangan hadapan. Kalau bukan lima ke sepuluh tahun kelak pun, cukuplah merancang untuk lima ke sepuluh hari ke hadapan.
Insya Allah saya akan mula bercuti panjang mulai esok. Bersempena dengan Diwali dan Awal Muharram selang sehari selepasnya, saya mengambil peluang untuk lari dari lambakan tugas dan tipu daya manusia pemangsa ini. 

Kebetulan abah pula memang berhajat untuk mengadakan kenduri doa selamat hujung minggu ini. Rasanya memang molek sangatlah kepulangan saya- dapat bertemu famili yang nilainya lebih dari infiniti.

Lebih dari itu, saya hanya perlukan sedikit masa untuk bersendiri dan meraikan privasi diri. Saya perlukan ruang untuk bersendiri kerana dengan cara itu membuatkan saya berfikir. Soal perjuangan masa kini, kisah masa silam dan perancangan masa hadapan adalah atas pilihan saya. Kerana itu saya memerlukan masa untuk diri sendiri- Setelah penat menjaga dan mementingkan keperluan hati dan perasaan orang lain.

Alhamdulillah. Kini sudah di kampung. Inilah hakikat saya. Desa permai ini tidak pernah mengecewakan saya. Damainya tidak pernah ada di Kota Mega.

Akan menulis lagi nanti. Tunggu!

Salam sayang,
Dhiya

No comments