Bismillah
Allah. Entri ini saya harap dapatlah keluar
pada tarikhnya. Tapi seperti biasa, hambatan tugas di tempat kerja
benar-benar mengekang saya daripada menulis!
17
Oktober lalu, genaplah setahun saya bekerja di sini. Alhamdulillah.
Alhamdulillah. Memang ini ketetapan Allah yang terbaik untuk saya pada
masa ini. Jarak antara rumah dan tempat kerja saya hanya beberapa minit
pemanduan. Kalau naik tren pun masih boleh. :) Saya tidak perlu tergopoh
gapah untuk mengejar masa dek perjalanan jauh.
Teringat saya ketika mula-mula bekerja di sini: Saya
sangat naif , lurus dan senang dibuli. Pendek kata saya memang bukan
saya yang ada hari ini.
Ketika itu saya sedar yang banyak
tugas orang lain dihempap atas saya. Malah kadang-kadang saya
diperlakukan seperti bola di kalangan rakan sekerja sendiri. Sekejap ke
sana, sekejap ke sini- Semuanya untuk orang lain!
Tapi benarlah pengalaman itu mematangkan dan ia
tidak boleh dibeli tetapi harus dihadapi. Pendirian dan identiti saya
mula terbentuk seawal tiga bulan bekerja. Saya mula mengenal tips dan tricks dunia kerjaya.
Sejak itu, saya mula membina diri saya sendiri. Saya
bukan lagi seorang yang boleh dibuli dan diarah-arah melakukan kerja
orang lain tanpa sebab yang rasional. Saya juga sudah berani berkata
'tidak' untuk menolak apa-apa permintaan yang mengetepikan kerja-kerja
saya. Ya, prioriti adalah kata kuncinya. Saya tidak akan melakukan kerja
orang lain kalau kerja saya sendiri terbengkalai~!
Kadang-kadang memang benar- Perlu menjadi sedikit kejam demi kepentingan dan pendirian sendiri :p
Apa yang paling berharga di sini adalah networking
saya bina. Bukan setakat rakan sepejabat, tetapi saya membina jaringan
yang lebih besar dari itu. Saya gembira berurusan dengan ramai orang
terutamanya profesional yang datang ke sini atau ketika saya keluar
bertemu mereka.
Mereka secara tidak langsung telah mengajar saya kemahiran
komunikasi unggul yang sangat berguna yang tidak dapat diperolehi dari
mana-mana kelas kemahiran melainkan real life experience ini :)
Jutaan terima kasih kepada Engr. S yang banyak memberi tunjuk ajar,
semangat dan motivasi kepada saya untuk terus maju dalam diri. Saya
akui ini bukan tempat untuk saya menghabiskan usia perjuangan saya. Di
luar sana katanya banyak lagi tempat yang lebih competent dan
layak untuk saya. Tapi saya terus di sini untuk menimba sebanyak mungkin
ilmu. Selebihnya biarlah menjadi rahsia urusan saya dan ketetapan
Allah.
Saya juga sangat berbesar hati apabila diberi kepercayaan oleh
Engr. S untuk mengendalikan satu seminar di Miri, Sarawak pada bulan
April yang lalu. Dengan ilmu yang masih cetek, saya diberi tanggunjawab
dan kepercayaan sebegitu mencabar. Namun saya menemui hikmah padanya.
Selain dapat bertandang ke tempat orang, sekali lagi jaringan
persahabatan hingga jauh ke Borneo adalah 'emas' yang saya dapat
daripadanya.
Terima kasih kepada External Boss saya yang
bersusah payah melonjakkan saya hingga ke satu tahap yang sangat tinggi.
Kini saya juga Engr. Dhiya. :) Saya berjanji akan menjadi lebih
bersemangat dan berusaha lebih untuk meningkatkan kualiti diri.
Penghargaan juga buat Internal Boss saya atas cabaran yang
diberikan hingga menjadikan saya seorang ahli dan dalam masa yang sama
seorang staf di sini. Benar, bukan semua ahli adalah staf, dan bukan
semua staf adalah ahli. Tapi saya mempunyai kedua-duanya!
Setahun saya di sini, saya bersyukur atas segala-galanya. Rezeki
itu datang dari Allah, tetapi melalui usaha yang kita letakkan
untuknya.
Dan sungguh lagi benarlah janji Allah dalam Surah Ibrahim, Ayat 7:
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika
kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi
sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Allah, berkati rezekiku, mudahkan urusanku!
Salam sayang,
Dhiya :)
Allah, berkati rezekiku, mudahkan urusanku!
Salam sayang,
Dhiya :)
No comments