SEGALANYA MUNGKIN BLOG CONTEST - (Urban Vibe Event, You Rock!!)



Bismillah...

Fuuuhhhh~!

Sebenarnya lama saya pendam entri ni. Lama sangat ambil masa nak teruskan atau tak.
'Nak join ke tak?'
'Mampu ke?'
'Malulah~'
'Nampak beria-ia sangat je'

Adouh. Betullah kata orang- Kalau kita asyik fikir benda negatif je, kita tak akan ke mana-mana.

Sebenarnya saya dah tahu tentang Pameran Pengantin Malaysia ni sejak salah seorang rakan saya, Bil sibuk membuat persiapan majlis perkahwinannya pada Mei 2012. Masa tu saya perasan yang dia sangat aktif berblog dan ada menyertai contest ini juga.
Tapi iayalah kan...Masa tu saya masih single and happy go lucky. Rasa tak penting sangat pun benda-benda macamni. 
Sejak semuanya menjadi serius (sambil buat muka serius) semasa saya di Korea tempoh hari, saya dapat rasakan semuanya berubah.
Saya gali balik entri lama Bil tentang persediaan perkahwinannya, ber- blogwalking mencari cerita bride-to-be Malaysia dan saya mula sibuk mengikuti closed group tentang perkahwinan di FB. Padan muka. Sekarang baru kau tahu!

Jadi sebaik mengetahui yang Pameran Pengantin Malaysia 2014 akan diadakan dalam masa terdekat. Saya sedikit teruja walaupun masih rasa tak tahu dan tak yakin untuk nak bersiap dan bermula dari mana. Tapi saya percaya Pameran Pengantin Malaysia 2014 akan memberikan saya inspirasi dan idea untuk saya dapat bermula dengan lebih yakin.

Untuk yang belum tahu, Pameran Pengantin Malaysia 2014 akan diadakan seperti berikut: 

Pameran Pengantin Malaysia 2014
Tempat: Wangsa Walk Mall (dekat NZ Curry House, tempat wajib zaman belajar dulu)
Tarikh: 14-16 Febuari 2014 (Jumaat- Ahad)
Masa: 10 Pagi - 10 Malam
Bayaran Masuk: PERCUMA
Pameran Pengantin Malaysia 2014 ditaja bersama oleh The Fotokraft dan disokong oleh Majalah Pengantin sebagai majalah rasmi serta Lensagrafix sebagai jurugambar rasmi. Klik SINI untuk mendapatkan info lanjut di FB.
Secara peribadi- Saya sebagai seorang bakal pengantin sangat menghargai inisiatif penganjuran Pameran Pengantin Malaysia 2014 ini atas beberapa faktor:

[1] Pameran Pengantin Malaysia 2014 menjadi one stop center kepada semua pembekal persediaan perkahwinan.  Konsep semua-di-bawah-satu bumbung ini sangat bagus dan memberi peluang sama rata kepada semua pembekal untuk bersaing secara sihat agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Bukankah ini satu kelebihan kepada pembekal?

[2] Pameran Pengantin Malaysia 2014 menjadi tumpuan dan rujukan bakal-bakal pengantin yang masih tercari-cari idea dan konsep yang ingin diketengahkan untuk hari bahagia mereka. Paling pasti, inilah kelebihan yang akan diperolehi oleh saya dan pengunjung yang lain!

Semua orang (kalau boleh) ingin memiliki pengalaman raja sehari yang terindah. Iyalah...Nikah kahwin ni kan sekali je seumur hidup (Kes selain dari tu ada, tapi saya tak bincangkan di sini tau). Jadi semestinya bakal pengantin perlu tempoh yang agak panjang untuk membuat survey dan mengambil keputusan demi yang terbaik untuk hari bahagia. Pameran Pengantin Malaysia 2014 yang menyediakan semua-dalam-satu telah memudahkan kerja-kerja bakal pengantin. Semua pembekal keperluan persiapan perkahwinan akan berada di sana dan bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik!

Pelamin, busana pengantin, penyedia makanan, kad dan semuanya ada di sana-
Memenuhi impian dan citarasa anda.
(Oh saya pula yang dah tak sabar)
-------------------------------------------------------
Semasa saya bekerja dulu, saya pernah menjadi eksekutif pelaksana bengkel-bengkel penting termasuklah bengkel antarabangsa berskala besar. Anda tahu tak- Di sebalik setiap kejayaan dan gahnya sesuatu acara, kita perlu tahu siapa tulang belakang pelaksananya.

Sama juga dengan Pameran Pengantin Malaysia 2014 ni. Pertama kali saya tahu tentang acara ini, saya terus study tentang organizer nya terlebih dahulu, iaitu Urban Vibe Event
Klik untuk melawati laman web Urban Vibe Event
Dan first impression saya adalah:
WOW!

Urban Vibe Event merupakan sebuah syarikat pengurusan dari Malaysia yang telah di tubuhkan pada tahun 2005. Ia merupakan sebuah syarikat milik bumiputra. Urban Vibe Event menyediakan khidmat dalam menganjurkan atau melaksanakan pengurusan sesebuah pameran. Antara tugasan yang dilaksanakan adalah seperti mengatur promosi, pameran dan pameran perdagangan melibatkan dalam dan luar negara. Antara tempat-tepat yang pernah dijayakan anjuran pamerannya adalah di sekitar kompleks membeli belah sekitar Lembah Klang dan Selangor.

Urban Vibe Event bukan sahaja menjayakan pemeran yang bertemakan "pameran pengantin" malah antara pameran lain yang pernah dijayakan adalah seperti  'Merdeka Celebration', 'Ramadhan Eid Mubarak', 'Property & Home Exhibition'. Selain itu Urban Vibe Event juga menyediakan perkhidmatan seperti perundingan, penjadualan hiburan , penyediaan tapak dan hiasan.  
 
Antara pelanggan
Urban Vibe Event adalah dari syarikat-syarikat pelaburan, perkhidmatan , kecantikan dan produk kesihatan, barangan kraftangan, hotel, katering, pakaian, aksesori, butik pengantin, elektronik, perabot rumah dan produk peralatan rumah , kecergasan, spa dan banyak lagi. Misi
Urban Vibe Event adalah untuk mempunyai hubungan sepanjang hayat dengan pelanggan dan rakan kongsi perniagaan dengan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti.

----------------------------------------------------
Sekarang saya sedang cuba membayangkan betapa mereka sedang bekerja keras untuk memastikan acara penting Pameran Pengantin Malaysia 2014 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Big clap for them!!!

Hey, kepada pengantin di luar sana-
Jangan selalu fikir negatif. Jangan pernah rasa tidak layak untuk semua ini. Semua orang berhak mendapat kegembiraan.
Ingat, tak salah pun untuk berangan-angan kerana SEGALANYA MUNGKIN.

Saya bermula dengan segalanya hampir tidak pasti dan tidak yakin.
Urban Vibe Event telah membawa saya ke tahap cita-cita yang paling hampir.

Memang

Urban Vibe Event, You Rock!

Memang!

Salam sayang, 
Dhiya

No comments