Masuk ke Pusat Sains Negara Secara Percuma?


Bismillah...

Yep...Percuma~
Sebab dipanggil untuk temuduga pegawai di sana. Asalnya iklan tu hanya terpapar sepi tanpa respon di laman web kampus. Tapi saya cuba je lah sebab -er...~ why not?-
Saya hantar email 24/12...Lepas tu lama tak ada jawapan. Masa tu saya fikir lantak je. Saya tak rugi apa pun. Tapi alih-alih saya dapat respon ni  pada 30/12 dan saya terus hantar resume.
Esoknya terus set tarikh.

Cis~ Hahah!

Dan rancangan pun dibuat dengan cunnya.
Dipendekkan cerita, malam temuduga tu baru saya kelam kabut nak baca apa sebab- biasalah saya memang suka last minute-~

Tapi saya yakin mesti mereka akan tanya perkara paling asas sebab saya pernah ada pengalaman temuduga agensi kerajaan macamni juga. Jadi saya baca la sikit-sikit tentang sel dan apa-apa yang berkaitan. Kadang-kadang kita rasa kita hebat sebab ada ijazah atau master dalam bidang tertentu- Fizik la, Biologi la, Kimia la...Tapi apabila ditanya benda paling asas dalam subjek tu, jawapan yang diberi adalah LUPA. Tak ke itu sangat memalukan diri sendiri~?
Terjumpa blog cikgu ni. Tumpang baca la sekejap. Rasanya monokot dan dikot ni belajar masa darjah empat.
Prokayot dan eukaryot ni saya pernah ditanya dalam temuduga. Masa tu memang tak bersedia. Total failure tau!
Yang selalu kita nampak kubah hijau Pusat Sains Negara (yang boleh bertukar warna waktu malam tu..) Ha inilah dia pandangan dari dalam.
Suasana di tempat temuduga. Temuduga dijalankan dalam pusat sumber. Seronoknya sebab ada banyak buku yang manarik. Rasa nak duduk di situ sampai petang!
Memang lama betul tak datang Pusat Sains Negara. Kali terakhir adalah semasa saya darjah 6 sempena lawatan tamat UPSR. Sedih kan?
Pusat Sains Negara ni memang saya puji sebagai salah satu pusat pendidikan sains tidak formal yang sangat membantu orang ramai mendekati ilmu Sains.
Masa saya di Dejeon dulu, ada satu tempat namanya National Science Museum yang sama fungsinya macam Pusat Sains Negara ni. Sama sangat~ Saya paling suka tengok kanak-kanak meneroka dalam tempat macamni berbanding berlari-lari dalam pusat membeli belah. Paling best, ibu bapa mereka juga sangat menyokong dan meraikan anak-akan yang datang ke National Science Museum tu.

Temuduga mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk menghabiskan semua calon. Saya calon pertama tapi malas pula nak terus balik Pahang sebab rasa nak berehat dulu. Lagipun saya dah janji dengan lagi dua orang calon untuk berjalan-jalan ke sekitar Pusat Sains Negara sebaik selesai temuduga nanti.

"Agak-agak kene bayar tak?" Tanya kawan 1 saya
"Entah la" Saya menjawab sambil buat muka mengantuk. Ohoi. Nak memandu balik ke Pahang nih!
" Eh, kan kita dah ada dalam Pusat Sains Negara, kita turun lif ni, terus je la pergi tempat pameran. Buat apa nak keluar pergi kaunter dan bayar tiket? Kita kan dijemput" Oih bijaknya jawapan kawan 2 saya ni.

Maka selepas selesai semua calon, kami pun terus merayap ke seluruh Pusat Sains Negara dengan percuma. Ngehngeh!
Gambar dari atas
Temuduga saya berlangsung di tingkat 3. Masa ni masih belum ramai pengunjung. Lagipun hari minggu. Tapi selepas tu saya tengok ramai pelancong asing. Kanak-kanak tak ramai sebab sekarang bukan musim cuti sekolah.
Konsep pantulan cahaya pada cermin telah membuatkan lorong cermin ini sangat mengelirukan. Boleh sesat! Haha.
Piano besar. Bukan main lagi anak-anak ni melompat atas tu. Rasa nak join, tapi rasa tak patut pula kan~ Takpe nak, esok acik ada anak, akan acik bawa juga anak acik meloncat atas tu!
Taman eksplorasi kanak-kanak yang sunyi sebab semua pun baru masuk musim sekolah
Masa ni juga, Pusat Sains Negara sedang menganjurkan pameran 'Science of Fear' dan '1001 Inventions: Kegemilangan Tamadun Muslim'
Tapi kami tak masuk pun sebab kena bayar tiket yang berlainan sebanyak RM8 dan RM25 masing-masing (kalau tak silap).
Maklumat lanjut: Sini dan sini
Untuk orang yang percaya Villa Nabilla tu berpuaka, ha anda mungkin boleh tengok rasionalnya dari segi ilmu sains pula.
Yang seronoknya di sini, semua alatan dan pameran boleh disentuh, dicuba dan dikaji dengan pancaindera kita sendiri. Memang sesuai untuk merangsang stimulus anak-anak. Tapi tu lah...Pusat Sains Negara ni ada kat KL je. Terbaru ada di wilayah utara. Belum ada lagi di Pahang atau di Johor.
Is Seeing Always Believing?
Bahagian ni mengetengahkan tajuk ilusi optik. Banyak sangat benda yang kita boleh cuba

Menghala keluar, ada satu pintu gerbang yang macam kat Aquaria tu. Penuh dengan ikan. Best sangaaaaaaaat! Rasa macam hidup dalam air je :)
Sebelum saya keluar dari  Pusat Sains Negara ni, ada satu kolam ikan yang kita boleh sentuh ikan-ikan dalam tu. Nampak macam kotor, tapi saya yakin macam tulah cara terbaik nak didik anak dekat dengan kejadian Tuhan. Kalau dok main game ikan dalam tab je, kita tak tahu mereka tahu ke tak ikan tu memang wujud dalam dunia sebenar. Hahah
Kolam ni cetek je. Tapi pastinya ibu bapa kena awasi juga anak-anak.

Ok dah hampir dengan pintu keluar.
Terima kasih Pusat Sains Negara. Dapat ke tak dapat kerja tu, itu hal lain. Saya pun saja suka-suka je pergi temuduga tu sebab semester depan memang saya agak relaks sikit dan tak banyak subjek.

Tapi yang pasti, memang best sebab dapat masuk Pusat Sains Negara PERCUMA. Korang tak boleh~

Ok inilah secebis rasa keterujaan orang yang dah lebih 10 tahun tak datang Pusat Sains Negara.

Selamat meneroka!
Dhiya

No comments