Showing posts sorted by date for query bunga tisu batch. Sort by relevance Show all posts

DIY: Bunga Stokin Separuh Siap


Stokinnnnn?

Ha. Stokin.
Bunga stokin la~

Dulu kan...Saya selalu terbayang stokin Sandy (sarung kaki warna coklat tu) digunting-gunting dan dibuat bunga. Oh naifnya masa tu! Sekarang baru saya tahu yang memang ada sejenis fabrik sama macam kain stokin (tapi lebih nipis dan pelbagai warna) yang digunakan dalam membuat bunga stokin ni. Hihihi

Mungkin ramai yang tak tahu, saya sebelum ni sangat aktif menyiapkan DIY bunga tisu. Alhamdulillah bunga tisu saya tinggal lagi satu batch sahaja untuk disiapkan. Sebab itulah berani-berani test power membuat bunga stokin ni, itupun tak banyak- Dalam 40 pokok sahaja untuk bunga telur hantaran.
Tapi awal-awal saya bagi amaran. Bunga stokin ni lebih rumit dan cerewet untuk disiapkan. Banyak sangat steps yang perlu saya penuhi. Rather than DIY ni menjimatkan (setengah orang cakap begitu), rasanya DIY bunga stokin ni agak banyak modalnya. Cuma apa yang istimewanya nanti bunga telur ini akan jadi unik dan tidak ada di kedai-kedai selain kepuasan hati yang maksima sebab kita buat sendiri :). Tapi untuk mencapainya, kenalah terima hakikat yang kita perlu bermodal sedikit selain tenaga dan kesabaran yang tinggi.
Bahan-bahan yang diperlukan: Dawai, reben, manik atau inti bunga, manik hiasan dan kain stokin.
Dawai: 25pcs RM2.20 Boleh didapati di kedai-kedai kelengkapan perkahwinan seperti di Semua House tu. Murah pun murah. Tapi sejak GST ni, saya tak ada membeli lagi. Tapi pastilah samada harga meningkat atau tidak.
Reben: Ikut sukalah nak saiz dan warna apa. Saya beli di kampung saja.
Manik/ inti bunga: Untuk diletak di tengah-tengah bunga. Tak adalah nampak kosong sangat di tengahnya nanti
Manik hiasan: Saya beli di Fah Lean Balakong
Kain stokin: Bunga Reben Jalan TAR atau Semua House.

Step paling mencabar adalah semasa nak siapkan hal kecil-kecil ni.
Satu persatu ok. Satu demi satu. Jenuhhhh!
Dawai tu perlu dibentuk menjadi kelopak bunga satu persatu. Kalau sekuntum bunga nak guna 8 kelopak, haaaa....kiralah sendiri kalau nak buat 50 kuntum. Kalau sepokok bunga telur kena ada 2 kuntum bunga, daaaaaah kena siapkan 100 kuntum kan~
Dawai tu saya bentukkan jadi bulat 2 saiz...
Manik hiasan ini pun mujurlah ada yang dah siap. Kalau tidak, teruklah saya nak melekatkan manik pada tali tangsi tu satu demi satu. Menangis!
Reben tak anyam lagi.
Bunga yang siap pun baru yang bersaiz besar. Yang kecil masih belum dibuat lagi. 50 kuntum pun bukan main mencabarnya!
Nak dijadikan pokok lagiiilah makan masa :(
Setakat ni, inilah hasil bunga stokin saya. Nanti kalau dah jadi pokok bunga telur, saya kongsikan pula gambarnya.

Tak dibuka untuk tempahan sebab boleh tahannnnnnn renyahnya!

Stokin
Dhiya

Koleksi Terbaharu


Bismillah

Cerita DIY bunga telur saya lagi. 
Saya dah berjaya siapkan batch kedua bunga tisu ni beberapa hari lepas. Dah selamat masuk kotak, sealed dan simpan elok-elok dan hanya akan dibuka pada sehari dua sebelum hari kejadian Insya Allah.
Nak buat kerja-kerja DIY ni, memanglah kena ada passion. Kalau tak, apa yang kita buat semuanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Kalau nak dikenangkan, saya mulakan semua ini sebagai hobi semata-mata. Tapi lama kelamaan saya dapat rasakan minat itu mula menebal. Saya kumpul bahan dan mulakan projek ini sejak saya masih bekerja dan sekarang sudah habis belajar. Bayangkanlah dah berapa lama saya menghadap minat ini :)

Sekarang ada satu lagi batch bunga biru yang sedang menanti untuk 'dikerjakan'. Rasanya dalam 100 pokok juga. Harapnya saya dapat sudahkannya dengan baik kerana bermula minggu depan saya sudah mula bekerja. Takut juga kalau komitmen kerja tinggi dan tak sempat nak tengok semua ni~

Untuk B2B yang akan melangsungkan majlis sempena cuti CNY ini, tahniah dan selamat pengantin baru. Saya akan menyusul Insya Allah. Eh~

Dhiya Dahlia

DIY: Projek Bunga Tisu Sempena Cuti Semester


Bismillah

Projek DIY bermula kembali!
Harapnya dalam tempoh cuti semester ni, dapatlah saya siapkan satu set lagi (100 pcs) bunga tisu ni sambil- sambil meneruskan penulisan tesis saya.
100 pcs warna merah jambu ni mungkin agak istimewa sikit. Tengoklah bagaimana rupanya nanti. Paling tidak pun, jadilah ia macam bunga tisu batch biru putih saya yang pernah saya ceritakan dulu di sini.

Doakan.

Salam sayang,
Dhiya

DIY: Bunga Tisu Batch Biru Putih


Bismillah
Rakan-rakan DIY- apa khabar kalian?
Bagaimana dengan projek DIY anda?

Apa?
Fade up?
Oh please don't!

Ok ni saya nak kongsikan koleksi bunga tisu saya, batch bunga putih dengan reben biru. Mana tahu kalau boleh jadi idea untuk anda. Untuk pengetahuan, saya bukanlah orang yang bagus sangat dalam bidang seni ni, tapi saya suka cuba sampai dapat dan puas hati.
Batch biru putih dah selesai. Dalam stok saya sekarang ada warna ungu, dusty pink dan baby blue. Moga Allah beri kesempatan masa untuk saya siapkan semua tu dalam tempoh masanya. Sekarang ni pun macam dah sipi-sipi, hint dah ada. Tiba-tiba gelabah. Haih~
Paling leceh dalam bab ni adalah kaedah penyimpanan la. Bunga-bunga yang dah siap kena disimpan dalam kotak supaya tidak tertindih atau berdebu. Bila dah banyak kotak tu- Masalah ruang pula akan timbul. Bilik saya sekarang ni memang dah macam stor je- Penuh dengan kotak. Aigooo!
Rakan-rakan DIY, harap ini memberi inspirasi kepada anda. Jangan cepat putus asa k.

Bersemangat!
Dhiya

Wordless Wednesday: DIY Bunga Tisu. Tunjuk Sikit Je :p


Bunga telur tisu saya.

Tak boleh tengok banyak-banyak~

Dah siap seal dan masuk kotak. Next batch is coming!

Salam sayang,
Dhiya

DIY reben: Sibuk nak cerita juga!


Off- Korea story.

Baru semalam cucuh api di WhatsApp- pada salah seorang rakan baik, pasal bunga telur DIY. Saya kata gambar yang dihantar tu ekslusif. Tak ada di blog.

Tapi

Tapi

Tapi

Terasa nak kongsikan juga sekeping dua gambar cerita DIY ni. Bukan pasal the whole bunga telur, tapi one part of it iaitu simpulan reben.


Bunga kembang saya tu rasanya tak payah la dibincangkan lagi. Dah banyak kali saya tayang kat sini. Sebenarnya part reben ni saya sangatlah stress sebab tak tahu nak simpul macamana (sebenarnya la).
Tengok gambar bunga orang, elok je reben tu tersusun dekat bunga tisu tu. Dalam hati saya membebel apesal korang buat jadi, aku buat terus ke laut~???
Puas saya google sana sini mencari tutorial sampai saya hampir putus asa dan untuk batch pertama simpulan reben ni, saya TERPAKSA tempah dari orang untuk buat benda mudah macamni.
 
Abaikan tracking number Poslaju tu. Melainkan kalau ada yang nak tempah simpulan reben ni dari saya. Harga murah, harga blogger je :p
Setelah melakukan R&D yang agak lama, akhirnya saya berjaya menghasilkan simpulan reben ni sendiri! (Tepuk bahu sendiri). Ramai yang tanya apa besar sangat keperluan benda ni? Heh~ Tak apalah kalau ada yang cakap macam tak perlu. Tapi esok lusa kalau saya tunjuk gambar bunga telur yang dah siap, mesti ada yang tanya balik macamana nak buat simpulan reben ni. (flip hair~) Haha!- Ok. gurau.

Kesimpulan:

1. Jangan cepat putus asa atas setiap apa yang kita lakukan.
2. Teruskan berusaha sehingga dapat apa yang kita mahukan. (sama je maksudnya dengan 1.)
3. Jadi pekak ni kadang-kadang bagus. Kita akan abaikan cakap-cakap negatif yang boleh menjatuhkan semangat kita. (Tapi jangan jadi pekak badak)
4. Sikit- sikit lama-lama jadi bukit.
5. Berjimat cermatlah!

Ni yang dah gigih sangat buat semua ni kenapa? Dah confirm ke?- Diri sendiri bertanya kepada diri sendiri.

Terdiam sekejap.

Belum confirm. Tak tahu pun apa yang ada di depan.

Lantaklah. Sekurang-kurangnya saya sedang berusaha ke arah itu dan saya mahu memudahkan apa yang sepatutnya mudah.
Kalau bunga-bunga telur tu (dan raw material nya) bukan ditakdirkan jadi hak saya, saya akan berikan kepada rakan-rakan saya. :)

Salam sayang,
Dhiya