Malam Merdeka Kami

Sebelum terlambat, aku kena kongsi cerita malam merdeka kami anak beranak.

Semua orang maklum 31 Ogos tu jatuh pada hari Rabu. So sebagai seorang isteri kepada enjinier yang sangat sibuk, kami tak ada ambil long weekend pun. Maka mereput jelah kami dapat cuti umum di tengah-tengah minggu. 
Menjelang detik 12 malam 31 Ogos lebih kurang lepas Isyak macam tu, F ajak kami tengok bunga api. Mula-mula dia ajak ke Dataran Merdeka. Tapi instinct aku kuat mengatakan tak ada apa-apa pun kat Dataran Merdeka  malam tu sebab persediaan sambutan kat sana adalah lebih kepada hari 31 Ogos tu sendiri. Aku cakap "Jom ke Putrajaya jelah" sebab memang aku tahu kat Dataran Floria akan ada bunga api sebab PM datang. 
Tapi nak hala ke Dataran Floria tu je dah jem likat. So tak dapat bayangkan macam mana nak masuk. Akhirnya kami tukar rancangan. Kami ke Ayer8 je. Itu pun masa kami sampai, keadaan dah meriah. Dah la dataran menghadap tasik tu memang sedia meriah. Semua orang datang situ sebab dari situ dapat je tengok bunga api. Kami tak terkecuali- macam orang lain juga; siap bawa tikar, camping chair dan makanan (plus mosquito repellent). Bunyi  macam pelik tapi inilah hakikat orang bandar bersantai.

Sementara menunggu jam 12malam, kami duduk-duduk sambil makan. Ada mini train dan basikal yang boleh disewa. Maka ramailah orang ke hulu ke hilir dengan train dan basikal tu, ada juga anak-anak yang main belon dan basikal atau skuter sendiri. Meriah.

Jam 12 malam, bunga api pun meletus. First ever experience for Nuha. Walaupun tak sempurna sangat - Duduk ikut dan je, tak selesa- Tapi aku nak dia explore. Anak kecil memang fitrahnya bermain, meneroka dan melihat. Sekali sekala, aku ok je untuk dia explore benda-benda macam ni. Bukan selalu pun tidur lambat kan.


Tips bawa anak ke crowd event:

1/ Pastikan anak cukup tidur, kenyang dan bawa mainan yang cukup (jangan sampai dia boring). Bawa ke tandas siap-siap atau pakaikan pampers.
2/ Bawa makanan dan air yang cukup
3/ Bawa stroller atau baby carrier sebab ada masa dia malas nak jalan so senang kalau ada baby gear ni
4/ Kenal pasti lokasi tandas just in case emergency happen lol!
5/ Mak ayah kena well prepared mental and physical. Mencabar (penat) sebenarnya sebab mereka sangat aktif. Tapi takpelah, bukan selalu.

Lepas balik ke rumah, aku baru tahu yang tak ada bunga api pun kat Dataran Merdeka dan KLCC. So manusia yang dah berkumpul sejak tengah malam di sana just stay dan tunggu event perarakan pagi tu. Sebab tu pagi 31 August tu sesak luar biasa sampai train service pun surrender dengan manusia yang ramai.

Pengajarannya; plan and study your activities. 

Dhiya

No comments