Event: Floria 2022

Bismillah

Another school holiday event was Floria 2022. Semua orang tau kan Floria 2022 dipanjangkan dari 4 Sept ke 11 Sept (last day of school holiday) sebab nak bagi peluang kepada ramai lagi orang untuk datang termasuklah aku. Dah la event dekat je dengan rumah, tak cool la kalau tak join the hype tengok bunga! Hahaha!

Kami memang nak pergi tapi sebab initially it ends on 4th kan, memang tak sempat la sebab pendek sangat masanya. In fact masa kami cuba-cuba nak datang masa awal-awal tu, dia punya jem memang teruk sampai buat F putus asa.
Tapi tiba-tiba on the last day, kebetulan kami semua macam fresh je pagi tu. F terus ajak kami semua sarapan lepas tu terus ke Floria. Masa sampai tu, orang masih baru nak datang dan ngam-ngam parking dah mula penuh. Yelah, awal pagi lagi kan. 
Marigold ni yang buat lawa


Orang dah start ramai

Taman diraja katanya

Ini kalau malam memang cantik



Arrangement bunga yang pelbagai warna tu yang buat dia nampak lawa


My kinestatic baby. Tak boleh tak dapat outdoor.

Heading back home. Bawah bendera tu jalan orang masuk. Ramai wei

Tak lama lepas tu, memang terasa agak cramp dengan orang yang dah mula ramai. Tapi kami elak-elak jelah. Paling lama kami tersadai kat pantai Floria tu sebab Nuha nak main pasir. Itu pun dia minta nak mandi. Ya robbi nak, kita tak ada bawa baju extra. Takkan nak sambung tengok bunga dengan air menjejeh gitu hahaha. Lesson learned: Bawak baju extra untuk anak.

Bagi aku, towards end of the day, banyak bunga-bunga yang dah rosak- layu, kena pijak atau dah lompong samada diambil pengunjung atau mereka dah kemas-kemas sebab dah nak last day kan. Tapi masih nampak cantik dengan warna-warna bunga yang pelbagai. Dari pemerhatian aku, bunga yang tahan lama dan bagi warna yang vibrant dalam Floria ni adalah marigold yellow and orange je. (Nama lain dia: bunga tahi ayam) hahaha. Bunga tu pun tak ada sangat orang nak ambik kut. Kau rasa nak ke mereka display orked lama-lama kat situ? Mau hilang benda alah rare tu.

Tempat makan ada. F suka kedai kopi dalam tu tapi nantilah kita datang time tenang-tenang. Time Floria ni sesak. Dalam tu juga ada jeti untuk naik cruise. Banyak je angle cantik-cantik untuk ambil gambar tanpa orang lain photobomb kau. Asalkan pandai cari peluang je. 

Dah hujung-hujung tour tu, hari pun dah nak mula panas, Nuha pun dah mengaruk mengantuk segala- Kami pun gerak keluar. Sekali tengok entrance ha kauuu nampak ramai betul manusia yang baru datang. Tak cukup dengan yang tolak stroller, yang tolak wheelchair pun ada. Begitulah orang bandar nak berlibur. Asal ada tanah nak pijak, di situlah kita menghurung. 
Ramainya orang. Semua nak bergambar.

Pastu dah tak larat. Balik pun dah kena usung. Biasalah, drama. Hahaha!

Tips untuk ke Floria next series:

1/ Masuk percuma. Parking banyak je. Just tengok lokasi. Kau lambat, kena park jauh dan kena jalan. Gitulah.
2/ Pakai pakaian dan kasut yang selesa. Malas nak elaborate dah
3/ Keperluan anak: stroller, pampers, makanan dan minuman, wet tissue, topi, payung, kipas
4/ Tandas ada banyak disediakan. Tapi kalau tak kena timing, maybe kena beratur
5/ Makanan minuman ada dijual tapi please expect a crazy price

Till we meet next time!

Dhiya

No comments