Rabu


Bismillah

Minggu ini, battery level aku sangat rendah. Nak pergi kerja kena heret kaki. Aku rasa malas dan penat. Mungkin sebab starting day of the week aku agak penat sebab the day before (Ahad) tu aku berada di rumah mertua agak lama untuk open house yang dianjurkan oleh keluarga mertua.
Isnin, Selasa dan hari ni, suami aku outstation. Balik lambat. So maybe this is one of the factors yang aku rasa penat jugak. Tapi so far Alhamdulillah life is manageable. Aku setakat penat di mulut je. Tak adalah sampai terabai rumahtangga.

Aku bagitahu suami aku yang we need retreat. Like seriously we need at least one! Dia kata tengok lah dulu macam mana. Aku dah sedih. Aku tanya dia; ingat tak bila last kita bercuti, check-in hotel dan Nuha berguling atas katil hotel? I told him; It was on last January. Dia nampak terkejut.

Esoknya, dia ada hantar satu link ke WA aku. Bila aku buka, it's a hotel confirmation for this weekend. Dia cakap lepas hantar bibik ke airport, kita akan gerak terus. Aku pun ape lagi...Hip hip hooray lah! Lama gileeeeee kami tak bercuti. Alhamdulillah and I learn something: If you want something, tell your husband. Don't expect or don't assume he will know and understand you.

Aku akan terus sibuk sampai tengah bulan 7. Suami aku pun macam tu. Dia dah bagitahu awal-awal lepas raya haritu dah. Selalunya kalau dia yang sibuk, akulah yang akan urus ambil Nuha balik dan dia akan take responsibility hantar Nuha pagi-pagi. This is our deal. Selebihnya macam makan malam ke, kalau sempat aku akan masak. Kalau tak, aku akan order dari food delivery je. Kalau aku malas, aku suruh suami aku makan siap-siap kat luar. Kahahahahhaahhaahha!

Hey, different people is in different ship, right? Ada orang yang kerja tapi ada bibik untuk urus hal rumah tangga. Basuh baju, lipat dan iron tu memang kerja bibik dah. Ada orang yang suami kerja besar sampai isteri tak payah susah-susah kerja dan boleh buat hobi sendiri dan ada masa banyak dengan anak. Ada pasangan yang kedua-duanya perlu bekerja atas tuntutan hidup dan anak dihantar kepada pengasuh.
As for me, semua orang ada susah senangnya sendiri. Tak ada sesiapa boleh menilai sesiapa. Aku geram bila orang di sekeliling menjadi judgemental without knowing what are the struggle behind ones' life. Eh yang aku pun dah emo kenapa~

Q2 of the year almost done. Kalau dalam business, akan ada closing meeting untuk Q2 dan opening meeting untuk Q3 for audit; what works and what don't work. Same goes to our life. Aku harap next vacation kami nanti menjadi audit meeting untuk keluarga kecil kami juga, Insya Allah.

Doakan aku terus menulis
Dhiya

No comments