Nuha Food Journey: Puree Carrot & Bayam


Bismillah

Ni cerita lama ni. Puree ni aku buat masa Nuha 6-7 bulan macam tu je. Sekarang dah tak buat. Basically aku buat puree ni untuk mudahkan kerja memasak bubur Nuha masa tu. Yelah kan. Masa tu dia baby dan makan makanan halus. Jadi dengan adanya puree ni, kerja memasak aku sangat cepat. Masak nasi, letak protein lepastu letak puree. Tak payah nak terkial-kial time tu la nak potong sayur bagai.

So ini cara aku buat stok puree untuk Nuha. Selalunya puree ni tahan seminggu je. Paling lama pun seminggu lebih la.

Bahan-bahan:
1. Lobak merah
2. Bayam hijau diambil daun dan batang lembut sahaja.

Cara-cara:
1. Lobak- kupas kulit, basuh dan hiris nipis supaya cepat masak
2. Bayam- Basuh
3. Kukus sayur ni sehingga lembut
4. Blend hingga halus
5. Masukkan dalam kiub makanan
6. Bila dah beku, keluarkan dan simpan dalam zip lock plastic.
7. Keluarkan seketul dua waktu nak masak je.

Ni gambar proses penyediaan puree lobak:
Siap!
Ni gambar proses penyediaan puree bayam:
Siap!
Selamat mencuba, Mommies!

Dhiya

No comments