Bismillah
Last weekend kami tak ke mana-mana sebab Ahad ada open house di rumah mertua. Nak balik rumah parents aku pun macam alang-alang. Jadi babah Nuha ajak berjalan dan spend the Saturday at somewhere yang menenangkan, dan bukan dalam mall.
Ting! Taman Burung Kuala Lumpur!
Sebenarnya Taman Burung Kuala Lumpur ni nampak je dari office aku. Hari-hari nampak jaring gergasi tu tapi aku tak pernah pulak buka mulut nak ajak dia ke sana. My bad!
Nuha pulak sekarang ni macam dah kenal sangat dengan haiwan terbang ni. Kalau aku ambil dia dari rumah mama, dia akan tunjuk ke arah tiang elektrik depan rumah mama tu yang kadang-kadang ada burung bertenggek.
So going to Taman Burung Kuala Lumpur is the right decision!
Kami sampai kat Taman Burung Kuala Lumpur tu dalam pukul 11pagi. Orang tak ramai sangat pun. Parking banyak dan tak perlu berebut. Taman Burung Kuala Lumpur dibuka setiap hari 9.00 am hingga 6.00 pm setiap hari walaupun cuti umum.
Enterance rate:
Adult (Mykad) : RM25
Senior citizen (Mykad) : RM6
Child (Mykid) : RM6
Senior citizen: > 60 years old
Child: > 3-11 years old
Total damage was RM50 je sebab Nuha free. Kami letak Nuha dalam stroller sebab kawasan taman burung ni agak besar. Kalau pakai carrier, aku bimbang kau menangis sakit pinggang. Katanya no outside food allowed tapi aku memang pembawa bekal Nuha yang paling tegar. Dalam tu ada je café dan restoran cuma harga dia mahal sikitlah. Waffle je RM7.50. Air mineral RM4. Sila menangis.
Tapi aku rasa tempat ni sangat worth it untuk family especially yang ada anak kecil. Burung-burung kat sini bebas dan ada yang melintas depan mata je. Agaknya kalau Nuha dah boleh berjalan, dia akan kejar burung tu sampai dapat. Burung pun banyak berbanding dengan ada satu tempat yang aku pernah pergi dulu. Harga mula-mula datang murah, datang kali kedua dah macam harga Bird Park Kuala Lumpur ni. So baik pergi sini kan?
Lama jugak kami kat dalam tu. Seingat aku, aku keluar dari taman burung ni sambil dengar bunyi azan. Ha dalam dua jam jugaklah di dalam tu. Tapi masa kat dalam tu, tak terasa pun lama sebab tempat tu sangat santai, banyak tempat duduk untuk rehat-rehat kalau penat dan agak teduh so tak panas dan kurang penat :)
Kepada mak ayah yang tak tahu nak bawa anak-anak ke mana waktu hujung minggu, you can consider this place. Anak-anak korang mesti suka punya. Tandas, surau, tempat makan semua ada. Just enjoy yourself seeing the bird.
Lepas balik dari tengok burung, sekarang ni Nuha lagi excited bila aku ambil dia dari rumah mama. Dia akan tunjuk-tunjuk arah tiang lampu tu sambil panggil burung. Terkadang rasa sedih sebab tak mampu lagi nak sediakan rumah yang ada halama depan rumah supaya Nuha boleh tengok burung dan bermain. Insya Allah one fine day Nuha akan dapat. Doakan ummi babah ya.
I rate this place as 9/10
Salam sayang-
Dhiya