Bismillah
Untuk pengetahuan, aku berpantang di rumah mak di Pahang. Di kampung ni memang tak ada pakej berpantang yang tengah trending sekarang ni. Jadi aku memang tak terjebak dengan sebarang pakej berpantang 7 hari, 14 hari, 21 hari, stay in yada yada tu. Alhamdulillah mak aku sihat dan dialah yang uruskan aku. Ala urus apa sangat je pun. Mak aku tolong mandikan Nuha, rebus air mandi aku, panaskan batu tungku dan masakkan lauk berpantang. Bukannya nak kena suapkan aku makan pun kan. Alhamdulillah aku kuat dan sihat untuk menempuh tempoh berpantang.
Satu yang mak aku tak boleh buat adalah berurut. Iyalah, tak semua orang boleh mengurut. Orang dulu-dulu percaya bidan kampung je yang pandai mengurut lebih-lebih lagi mengurut orang lepas bersalin. Jadi mak aku dah tempah ada sorang makcik ni yang ada kemahiran mengurut. Dia pun seorang bidan tapi memandangkan sekarang orang bersalin kat hospital, dia dah tak buat kerja sambut kelahiran.
Memandangkan makcik ni pun kenalan mak aku di kampung tu juga, aku tak rasa awkward sangat lah. Lagipun makcik ni juga yang urut kakak-kakak aku waktu mereka lepas bersalin dulu. Makcik ni peramah sangat. Sambil mengurut, dia menyembang. Tangan dia tenaga pahlawan perang. Gilaaaaa kuat tapi dia urut lembut je. Berasa dan sedap.
Aku minta dia dating mengurut untuk tiga hari berturut-turut. Jadi memang sedaplah melayan badan selama tiga hari tu.
Bila habis tiga hari, aku bagi wang saguhati (sebab makcik ni tak tetapkan sebarang nilai upah pun, tapi kau fikir patutlah kan- Dia keluarkan tenaga dan laburkan masa). Aku juga belikan sehelai kain batik. Inilah kampung. Orang buat sesuatu memang untuk tujuan itu saja, bukan untuk untung. Kalau aku ambil pakej urut lepas berpantang tiga hari berturut-turut di KL ni, mesti dah kena beratus-ratus. Harga memang nak buat duit kekdahnya!
Aku bersyukur sebab aku masih ada kehidupan kampung dan boleh dapatkan perkhidmatan-perkhidmatan macam ni pada harga yang murah dan kualiti yang sama baik. Suasana berpantang di kampung juga aman dan tenang.
Terima kasih kepada orang di sekeliling aku terutamanya mak dan suami yang selalu ada untuk aku. Harapnya entri ni menjawab persoalan kawan-kawan blog yang email aku tanya aku ambil pakej berpantang apa. Aku tak ambil mana-mana pakej berpantang. Tu je~
Sedapnya kena urut
Dhiya
No comments