Bismillahirrahmanirrahim
Memperkenalkan puteri kami, Nuha binti Muhammad Faiz.
Nuha dilahirkan di Hospital Shah Alam pada Isnin, 4 Jun 2018, 19 Ramadhan 1439 H pada jam 6.15 pagi secara normal dengan berat 3.05kg.
Nama Nuha ini diambil dari dalam surah Taaha, disebut sebanyak dua kali pada ayat 54 dan 128 masing-masing.
كُلُوا وَارْعَوْا أَنْعَامَكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّأُوْلِي النُّهَى
أَفَلَمْ يَهْدِ لَهُمْ كَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّنَ الْقُرُونِ يَمْشُونَ فِي مَسَاكِنِهِمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّأُوْلِي النُّهَى
Nuha secara tersurat bermaksud berakal fikiran, dan secara tersirat membawa maksud pemikir, bijak dan pandai.
Semoga Nuha kami membesar dengan baik, dan mendapat keberkatan atas namanya. Dan semoga seluruh kehidupannya sentiasa dirahmati dan dipelihara.
Nuha je?
NUHA
sahaja.
Memang sengaja kami pilih nama pendek ini di saat ramai ibu bapa di luar sana seakan-akan berlumba-lumba untuk menamakan anak dengan nama yang panjang, trendy dan gah.
Kami mahu nama ini disebut dan menjadi doa. Kalau nama panjang, dikhuatiri panggilan namanya nanti dipendekkan dan tidak mencapai maksud. Lagi pun kami ingin elakkan kesalahan ejaan antara Melayu dan makhraj Arab yang boleh membawa kesalahan maksud.
Insya Allah komentar tentang nama ini akan dihuraikan dalam entri yang lain.
Untuk sekarang,
Nuha lah cahaya kami.
Doakan kebaikan semua, ya!
UmmiDhiya
comelnye dia...
ReplyDelete