Entri ni sarat dengan emosi mak-mak.
Sejak ada anak, pertimbangan utama aku adalah anak. Anak dah mandi? Anak dah susu? Anak menangis? Anak pakai baju apa? Selesa tak? Beli kat mana?
Haaaaaaaaaaa
Soalan beli kat mana tu sebenarnya agak best nak jawab. Quite general, but can be narrowed down.
Jujurnya, aku (lately I feel more friendly to use this) sejenis mak yang tak kisah sangat tentang jenama atau trend. Suami aku pun sama, tapi dia agak cerewet dalam bab harga (nak yang murah sokmo) dan keselesaan (nak yang selesa tahap kayangan). Hahahaha.
Tapi aku rasa oklah daripada dia tak endah langsung kan~
Basically barang-barang keperluan baby boleh dikelaskan kepada beberapa jenis. Kami beli merata.
Breast pump dan baby carrier: Fabulous Mom
Pampers: So far kami pakai Mamy Poko, beli je di mana-mana pasaraya. Kadang-kadang ada promosi hujung minggu, kami beli je walaupun stok masih ada. Setakat ni kami tak ada pengalaman beli banyak dari baby fair. Kalau ada pengalaman tu nanti aku akan kongsikan di sini, samada berbaloi atau tak.
Disposable wet tissue: Pasaraya je. Tapi yang dok ada dapat dari hadiah pun tak habis lagi. Terima kasih yang bagi hadiah berbakul-bakul. Sangat berguna~!
Baju: Haaaaaaa ni part paling best. Having a baby girl is awesome. Aku ni berpinar-pinar mata tengok baju, headband and all girly stuffs. Tapi setakat ni aku masih berjaya menahan nafsu dari membeli barang-barang fancy ni. Aku cuma ada pengalaman membeli baju-baju baby sebagai persiapan awal dulu je. Kami banyak membeli baju baby di warehouse sale. Dengar je Pureen ke, Fiffy ke buat sale, sanggup kami pergi walaupun sampai ke Balakong. Hahah! Tapi percayalah, semuanya 200% berbaloi. Sebagai contoh, purata sepasang baju baby umur 3-6 bulan adalah RM10, tapi kami pernah ke jualan gudang Fiffy, sepasang baju baby boleh dapat RM5. Baju baru tau~ Nampak tak nampak takkkk?
Jualan gudang Pureen ni di PJ. Memang berbaloi-baloi sangat! |
Jualan gudang Fiffy di Balakong. Nampak tak baju sepasang RM5 tu~? hadoihhhhh! Kasut comel-comel tu pun RM5 je.
|
Lagi satu, aku layan je bundle item ni. Aku pernah beli bundle sleepsuit dan rompers dari seorang seller di FB ni. Semua cantik-cantik, dengan syarat belilah yang berstatus 'like new'. Harga memang jauh lebih murah berbanding di pasaraya besar. Iyalah, aku berfikiran baju-baju tu nak pakai sekejap je sebab baby kan cepat membesar. Jadi beli je lah yang bundle asalkan lawa. Lalalalala~
Keperluan baby ni pada aku tak banyak pun melainkan disposable items macam pampers dan wet tissues. Baju- Kalau kau sejenis yang trendy, dok kerja nak groom anak je- Ha banyak la duit yang bocor. Nak pulak semua baju yang berjenama je. Tak layan yang murah-murah ni. Takut sangat baju anak kau tersama dengan baju anak orang lain~
Selebihnya, aku banyak ke Sogo, AEON dan kedai keperluan baby macam Fabulous Mom tu. Ada juga yang aku beli dari Shopee seperti sabun basuh Pureen sebab masa tu harga dia murah sangat. Berbaloi baloi~
Kesimpulannya, beli barang keperluan baby kena rajin mencari. Sabun, mandian, losyen apa semua tu lebih baik jangan beli banyak sebab kita tak tahu kulit baby kita macam mana. Takut baby tak sesuai dengan produk tu. Kami dulu memang tak beli langsung sampai baby dah nak masuk umur 3 bulan lebih sebab jenuh nak habiskan travel pack / sample pack dan hadiah-hadiah. Huuu!
Yang tengah hunting keperluan baby, enjoy yourselves!
Salam sayang,
Dhiya
No comments