Pengalaman Buka Buku Pink @ Klinik Kesihatan Kelana Jaya


Bismillah

Kali ni saya nak kongsikan pengalaman saya buat buku pink di Klinik Kesihatan Kelana Jaya. 

Untuk pengetahuan, kawasan tempat tinggal saya 'jatuh' dalam kawasan Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Macam mana saya tahu? Mula-mula saya tak tahu. Tapi saya agak-agak saja. Memandangkan saya ni tak suka benda yang tak jelas, saya terus call Klinik Kesihatan Kelana Jaya dan minta bercakap dengan bahagian Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (MCH).

Antara soalan saya adalah:
1. Saya dari XXX. Adakah kawasan saya jatuh dalam kawasan KK Kelana Jaya?
2. Saya nak buka buku pink. Macam mana prosedurnya?

Jawapan kepada persoalan saya adalah:
Betul. Kawasan rumah saya (somewhere in Petaling Jaya) jatuh dalam kawasan KK Kelana Jaya. Zon A. Untuk pengetahuan, KK Kelana Jaya ni ada beberapa zon. Jadi anda kena nyatakan secara spesifik alamat anda supaya jururawat dapat kenal pasti zon anda. 
Untuk buka buku pink, tak boleh datang terus tau. Kena datang dan bawa kad temujanji. Jadi macam mana nak dapatkan temujanji tu?
Ini caranya:
Anda kena datang sendiri ke KK Kelana Jaya dan datang ke kaunter Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Beritahu jururawat di kaunter yang anda nak buat buku pink. Jururawat akan semak tarikh period terakhir anda untuk buat anggaran usia kandungan. Kemudian baru jururawat akan tentukan tarikh temujanji berdasarkan usia kandungan. Selalunya mereka akan tetapkan tarikh 12 minggu ke atas (mungkin bergantung kepada klinik juga). Tarikh tu akan ditulis pada sekeping kad temujanji. Macam saya, tarikh temujanji buat buku pink saya adalah sebulan lebih dari tarikh saya datang untuk dapatkan tarikh ni. Lama kan? Lama sebab masa saya datang dapatkan tarikh ni, kandungan saya masih awal.

Kenapa tak boleh buat temujanji melalui panggilan telefon? Tak boleh tak boleh. Sebab kena dapatkan kad temujanji tu. Kad tu perlu dibawa dan ditunjuk kepada jururawat pada hari yang ditetapkan untuk buat buku pink tu. Faham kan~? Huhu

Hari temujanji

Ok pada hari yang telah ditetapkan, datang awal dan jangan lupa bawa kad temujanji tu. Jururawat dah ada kat kaunter tu seawal jam 7.30 pagi. Sampai je kat kaunter, beritahu jururawat yang anda datang nak buat buku pink sambil tunjukkan kad temujanji. Nanti jururawat akan semak dan berikan dua salinan buku pink untuk anda isi maklumat yang diperlukan berserta dengan nombor giliran. Bila dah siap isi buku pink tu, pulangkan balik kedua-dua salinan buku tu kepada jururawat. Selepas itu bermulalah sesi menunggu nombor anda dipanggil.

Bila nombor dah dipanggil, selalunya flow akan jadi continuous je. Mula-mula anda akan dipanggil untuk ambil berat badan, tinggi, dan bacaan tekanan darah. Kemudian anda akan di-interview oleh jururawat untuk kenalpasti status sosio-ekonomi, sejarah keluarga, sejarah imunisasi dan banyak lagi lah. 

Selepas tu anda akan diberi slip untuk ujian air kencing. Slip ni perlu dibawa ke kaunter 21  terlebih dahulu. Di kaunter urin, anda akan diberi paper cup dan selepas kencing, pulangkan balik sample ke makmal kaunter 21 tu dan tunggu keputusan. Kemudian patah balik ke bilik 32 untuk ambil darah. Untuk kali pertama ni, proses blood withdrawal ni agak mengerikan sikit sebab jururawat ambil sampai dua test tube. Huhuhu! Kemudian test tube ni dihantar ke kaunter 20, dekat dengan kaunter urin tadi. Tinggalkan je di situ, tak payah tunggu keputusan pun.

Kemudian, tunggu lagi nombor anda dipanggil untuk masuk ke bilik Zon A untuk berjumpa dengan jururawat. Untuk kali pertama ni, jururawat akan buat pemeriksaan fizikal yang intensif sikit. Kemudian ada tanya-tanya macam interview kat luar sebelum tu tadi. Kemudian jururawat akan beritahu tarikh EDD dan nasihat-nasihat berkenaan kehamilan. Kalau nak tanya apa-apa pun boleh masa ni. Saya dulu dapat jururawat yang baik dan sangat informatif. Banyak yang dia kongsikan walaupun kandungan masih awal.

Lepas tu, anda tunggu lagi nombor anda dipanggil. Kali ni untuk jumpa doktor pula. Doktor pun akan tanya benda yang sama je basically. Tapi dengan doktor, boleh tengok baby sebab ada sesi scan! Huhuuuu! Saya tanya doktor, boleh tak suami masuk. Dia cakap boleh, tapi untuk sesi scan saja. I is ok. Sekurang-kurangnya kami ada untuk momen tu. Tapi doktor dah cakap awal-awal kat sini mereka tak cetak gambar scan. Kerajaan tak ada duit katanya. Ups~ Tak apalah. Kami pun faham. Nak melayan mak-mak dan apak-apak yang pelbagai perangai bukan mudah. Kalau kami nak printed image, kami pergi klinik swasta je nanti. Huhu

So basically you are about to complete all stations. Sebelum balik, doktor akan bagi satu Salinan buku pink tu untuk simpanan kita. Sila simpan elok-elok. Jururawat cakap buku tu macam kad pengenalan kita. Kalau boleh bawa ke mana-mana lagi-lagi kalau dah dekat nak bersalin. Kalau hilang siap kena buat laporan polis lagi.
Nasihat saya pada yang nak ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya untuk buat buku pink, banyakkan bersabar. Klinik ni memang menerima kepadatan pesakit yang tinggi. Kadang-kadang tempat duduk pun tak cukup. Kadang-kadang ada apak-apak yang takde common sense duduk kat tempat yang dikhaskan untuk ibu mengandung siap boleh terlentok tidur di bahu isteri yang mengandung.
Please expect the worst. Tapi kalau kita berlapang dada dari awal, Insya Allah, Allah akan beri kelapangan dan kemudahan pada kita.

Masa jumpa jururawat tadi, dia ada bagi slip ubat  tak? Kalau ada, kita kena pergi ambil ubat / vitamin sebelum balik. Ambil ubat cepat je. Setakat pengalaman saya, vitamin untuk prenatal memang akan diberi terus, tak perlu ambil nombor giliran pun. Vitamin pertama saya adalah Zincofer tapi malangnya saya tak boleh makan ubat ni. Sekarang saya memang makan obimin saja. Tak pernah ada vitamin lain.

Maka berakhirlah prosedur buka buku pink, sebuah pengalaman pertama dalam kisah kehamilan saya ini. Tengok-tengok jam, dekat pukul 11 juga. Tapi memang saya dan suami memang dah ambil AL untuk momen ni. Saja tak nak terkejar-kejar dan betul-betul nak faham prosedurnya.
Lepas tu kami terus kelaparan dan makan di restoran dekat dengan FAM tu.

Alhamdulillah I am now a pink book holder!

More to write, more to share. Tunggu, ya!

Dhiya

3 comments

  1. tahniah...dah ada buku pink....eeh sekarang dah bleh tgk scan....lama taw info...dulu scan kt swsta je....interview sosio eko family? ni lg taw...thanks ya for the info...

    ReplyDelete
  2. wah terima kasih atas info. jemput ke laman web
    Buku Pink

    ReplyDelete