Kencing Manis Sewaktu Mengandung (GDM)


Bismillah

Hah jom straight to the point jom?

Kali ni aku nak cerita tentang pengalaman aku sendiri mengalami kencing manis sewaktu mengandung (GDM) dan dalam masa yang sama aku akan cerita juga bab ni dari sisi sains atas kapasiti aku yang berkecimpung dalam bidang farmaseutikal ni.

Kencing manis ni ada 3 jenis:
1. Type 1 Diabetes Mellitus (T1DM)
2. Type 2 Diabetes Mellitus (T2DM)
3. Gestational Diabetes Mellitus (GDM)

T1DM selalunya disebabkan oleh genetik manakala T2DM ni yang selalu kena pada orang yang obese dan tak jaga makan. Biasa dengar kan? Tapi GDM banyak berlaku kepada (tidak semua, tapi sangat biasa) wanita hamil walaupun sebelum mengandung mereka bebas dari sebarang penyakit diabetes. GDM akan hilang sebaik sahaja wanita itu melahirkan bayi. GDM berlaku atas banyak faktor, antaranya sejarah keluarga yang mempunyai diabetes atau pankreas (organ yang mengawal gula dalam badan) tidak dapat bekerja dengan sempurna disebabkan perubahan hormon yang berlaku disebabkan kehamilan.
Itu bahasa mudahnya.  

GDM sewaktu mengandung ni bahaya sebab badan tak boleh regulate (kawal selia) paras gula dalam darah kita. Bila badan kita tak dapat kawal paras gula dalam darah, bayi akan mendapat kesan negatif antaranya baby membesar tak ikut saiz yang sepatutnya. Bila baby terlebih besar, mulalah ada komplikasi sewaktu bersalin. Nampak tak kesan dominonya kat situ? 

Once diagnosed GDM, adalah penting untuk ibu kawal berat badan sewaktu hamil dan kawal juga pengambilan makanan. Bagi yang buat check-up di Klinik Kesihatan, korang akan mula buat check-up selang dua minggu instead of selang sebulan.

What happen to me?

Aku ada history of diabetes dalam keluarga. Itu yang buat aku 'sangkut' dan dipanggil untuk buat test MGTT (minum air gula, dalam bahasa layman). Lepas buat pulak, memang reading terang-terang above range (sikit je pun lebih nye~) dan aku terus dianugerahkan pangkat GDM pada buku pink aku. Adoyai!

Pengalaman minum air gula

Aku pun macam korang juga, perkara pertama yang aku buat adalah Google pengalaman orang lain. Hahahahaha! Macam-macam lah cerita yang aku dengar. Air gula tak sedap lah, nak muntah lah, loya lah, nak pengsan lah. Argh~!
Benda-benda negatif sedang makan otak korang!

Walaupun aku baca macam-macam cerita di internet, tapi aku cuba positif. Pada hari yang ditetapkan, nurse dah pesan jangan makan apa-apa. Sebelum minum air gula tu, darah akan diambil bagi mendapatkan bacaan fasting blood level (paras gula sewaktu tak makan apa-apa). Lepas tu barulah korang akan diberi air gula tu untuk diminum. Tips aku: Bawalah straw dan minum melalui straw supaya air gula tu terus masuk ke tekak. Hhaahahah! Manis memang la manis. Ala manis macam teh o terlebih gula kat mamak je. Sumpah tak tipu!

Lepas tu, korang kena tunggu 2 jam sebelum darah akan diambil sekali lagi. Kali ni untuk ukur bacaan gula selepas minum air gula tu. Kalau lebih dari 7.8mmol/L, ha tahniah- GDM la tu.
Keputusan ujian darah tu takkan dapat hari yang sama. Dalam seminggu juga baru tahu, itu pun kalau klinik call dan bagitau yang korang sah GDM dan perlu dapat ke klinik untuk review doktor.

Aku dulu, sebaik dapat panggilan dari klinik, murung la juga. Down tak tentu pasal. Ambil masa juga dari denial stage tu. Tapi lepas buat HBA1C (ujian darah setiap 3 bulan untuk cek gula dalam darah juga), bacaan aku memang normal je, aku terus isytiharkan diri aku sendiri sebagai bebas GDM. Saja nak gembirakan diri. Tapi dalam masa yang sama aku tetap ikut cakap nurse: jaga makan dan buat BSP

Blood Sugar Profile (BSP)

Bila dah disahkan GDM, aku kena buat check-up setiap dua minggu. Renyah la sikit sebab banyak kali nak minta time slip dan hantar ke HR. Tapi aku suka je sebab selang dua minggu boleh tau perkembangan baby

Sehari sebelum check-up, kena buat BSP. BSP ni adalah ambil darah sendiri yang cucuk sikit kat hujung jari tu. Bacaan kena catat dalam buku pink. Nurse cakap boleh pinjam mesin BSP (Glucometer) tu dari KK, atau buat di mana-mana farmasi dengan bayaran. Tapi bila aku kira-kira balik, ada baiknya kalau aku beli je glucometer tu terus. Lepas ni boleh la juga cek bacaan gula sendiri bila-bila perlu, kan?

Jadi BSP ni memang rutin aku lah sepanjang mengandung. Bacaan pun semua normal je. Aku selalu positifkan diri cakap kat diri sendiri yang makmal KK tu salah catat bacaan gula dalam darah aku sampai aku disahkan GDM padalah tak. Hahahahah!

For those yang GDM tapi tak boleh dikawal melalui diet pemakanan, selalunya doktor akan minta ibu buat suntikan insulin. Yang ni kalau kena, korang kena tanya doktor dan nurse lah ye. Aku tak berani komen sebab ni kes lain pulak.

Do's and Don'ts 

Tapi kalau dah disahkan GDM, jangan la ambil ringan ya. Korang kena jaga makan. Macam aku memang bukan kaki makan sangat, jadi takde isu besar pun. Suami aku banyakkan beli sayur dan buah. Beras kat rumah memang dah sedia beras perang. Kami ambil peluang ni untuk amalkan pemakanan yang lebih sihat. Itu je. 
Antara tips yang aku buat:
1. Kurangkan pengambilan karbohidrat macam beras, mi, bihun, kuey tiaw, roti canai
2. Buah tinggi karbo juga kalau boleh kurangkan. Contoh: pisang
3. Teh tarik boleh. Tapi jangan la tiap-tiap pagi kau bedal!
4. Buah yang aku selalu ambil: jambu batu. Vitamin C pun tinggi.
5. Banyakkan minum air masak
6. Activate yourselves. Jangan berlingkar atas katil je.
7. Minuman berkarbonat: Elakkan lah~
8. Jajan-jajan: Please say NO!
9. Kalau craving benda pelik-pelik, terus la cari buah-buahan macam jambu batu.
10. Lebihkan sayur dalam makanan. Aku kurang makan nasi, tapi suami aku rajin buat steak ala western. Jadi salad dia memang membukit. Karbo pula dapat dari kentang je. Kenyang Insya Allah~

Selama mengandung, GDM aku memang terkawal Alhamdulillah~

Minum air gula tu taklah teruk sangat. Fikir positif je. Kalau kena GDM pun, anggap la korang boleh tau tahap kesihatan korang dan boleh jadikan diri korang lebih baik. Mungkin tabiat makan yang diamalkan waktu GDM ni akan kekal hingga lepas bersalin which can make you healthier. Gembira, kan?

Selamat maju jaya!

Dhiya

No comments