Travelog Dhiya: Pulau Tioman 2017 (Tips and tricks untuk dua orang)


Bismillah

Amaran: Ini adalah entri panjang sebab cerita ni merangkap itinerari, cerita dan tips perkongsian. Siapa yang sungguh-sungguh nak pergi Pulau Tioman je akan habiskan pembacaan ni. Hahhaha!

Sebelum bercuti

Dua bulan sebelum bercuti, saya dah tengok tarikh yang sesuai, nak duduk mana, nak buat aktiviti apa dan macam-macam lagi dah mula fikir. Dua bulan, ya. Bukan minggu depan nak pergi, minggu ni baru nak terhegeh-hegeh. No no no!

Pulau Tioman ni ada beberapa kawasan tumpuan. Masa kami pergi haritu, feri hanya berhenti di tiga tempat ni saja walaupun dari apa yang saya baca sebelum ni, feri berhenti di beberapa kampung lain.:

1. Tekek: Pekan. Ada ATM, boleh nampak kereta, van, lori dan agak sibuk. Tapi kalau dah nama pergi pulau, mestilah nak tempat yang sunyi dan tenang kan?
2. Air Batang: Perhentian tengah antara Tekek dengan Salang. Pantai kat jeti tak boleh berenang. Tapi di kawasan ABC (Air Batang Chalet) boleh berenang dan snorkeling di pantai. Marine Park juga terletak di Air Batang, siap boleh pergi jalan kaki je. Di situ boleh snorkeling dan bagi makan ikan besar besar!
3. Salang: Kampung paling hujung dan perhentian terakhir feri. Pantai Salang landai dan cantik. Boleh berenang depan Chalet je. Cuma sibuk sikit sebab banyak bot teksi di pantai sebab Salang ni memang pilihan utama pelancong. Hotel sentiasa penuh.

Macam biasa, kami menempah hotel melalui Booking.com. Asalnya memang nak menginap di Salang sebab banyak review cakap best. Tapi memandangkan kami pergi masa cuti umum (Awal Muharam), kami dapat bayangkan Salang akan jadi sangat sibuk dan ramai orang, sedangkan kami cuba nak cari tempat sunyi dan tenang. Akhirnya kami buat keputusan untuk menginap di Tioman Restu Chalet di Air Batang atas beberapa sebab, antaranya:

a. Air Batang sedikit terlindung dengan pokok-pokok. Suasananya teduh, banyak pokok rendang yang menghijau. Laluan dari jeti ke chalet pun macam lorong dalam taman je.
b. Kebanyakan chalet di Air Batang terletak di pinggir pantai dan tak akan masuk jauh ke dalam sangat. Jadi kebarangkalian untuk dapat chalet depan pantai dengan pemandangan pokok-pokok yang rendang, angin yang sepoi-sepoi bahasa sangatlah tinggi.
c. Kebanyakan chalet boleh sampai dengan jalan kaki sahaja dari jeti. Berjalan pun tak akan letih sebab laluan dia macam dalam taman sambil dijamu dengan pemandangan kampung yang sangat indah

Hari Pertama

Kami bergerak ke Jeti Tanjung Gemok Rompin jam 11 malam Khamis 21 September 2017. Kenapa Jeti Tanjung Gemok sedangkan boleh juga ke Pulau Tioman Melalui Jeti Mersing?

Begini ceritanya:

Walaupun kami dah buat tempahan chalet seawal dua bulan sebelum tarikh pergi, tapi kami tak tahu yang tiket feri juga perlu ditempah jika pergi dalam waktu puncak. Mujurlah saya tergerak hati untuk call Jeti Mersing untuk tanya availability tiket. Bukan main terkejut lagi sebab pekerja Bluewater Express (servis feri yang bawa pelancong ke Pulau Tioman) beritahu yang tiket pada tarikh kedatangan kami dah habis. Tapi pekerja tu beri saya nombor telefon Jeti Tanjung Gemok Rompin untuk tanya availability tiket dan buat tempahan.
Mujurlah tiket dari Tanjung Gemok masih ada. Jadi saya buat reservation melalui telefon.
(Lesson: Buat tempahan tiket feri juga. Jangan ingat tiket feri ke Pulau Tioman boleh beli macam tiket LRT ya!)

Cara tempahan:
1. Tempahan melalui telefon, Bluewater Jeti Mersing: 07-7994811
2. Tempahan melalui telefon, Bluewater Jeti Tanjung Gemok: 09-4131362
3. Tempahan secara online: klik sini
Ok berbalik kepada cerita perjalanan kami. Kami sempat tidur dan makan sekejap di R&R Gambang sebelum keluar Exit Gambang untuk menghala ke Rompin. Perjalanan selepas itu agak mencabar sebab kami melalui jalan kampung, dalam keadaan masing-masing penat dan mengantuk. Sobs!

Tapi Alhamdulillah kami sampai ke Jeti Tanjung Gemok pada jam 6 pagi. Selepas solat subuh, saya pun beratur dan suami saya mencari tempat letak kereta. Punyalah ramai orang. Yang dah buat booking ke, beli on the spot ke- Semua kena beratur. Panjang pula tu. Terasa macam tak efisyen juga. In the end, bila dah dapat tiket, tak ikut pun waktu berlepas yang kita tempah tu. Kita akan diberi boarding pass berwarna dan kemudian tunggulah pengumuman panggilan masuk ke dalam feri mengikut warna boarding pass tu. Tapi mujurlah waktu menunggu tak lama. Instead of feri pukul 7 pagi, kami bergerak pada jam 8 pagi. Tapi menurut pekerja di situ, pergerakan feri pun bergantung kepada pasang surut air dan cuaca. Mujur sangat cuaca selama perjalanan kami sangat baik tanpa setitik hujan pun.
Boarding pass warna biru, seat nombor 69. Feri waktu pergi memang ada nombor. Tak boleh main duduk je tau. Harga: RM70 seorang (dewasa, untuk pergi balik)
Pemandangan sewaktu sedang beratur untuk masuk ke dalam feri di Jeti Tanjung Gemok
Perjalanan dengan feri Bluewater dari Jeti Tanjung Gemuk ke Pulau Tioman memakan masa 1.5 ke 2 jam. Sempat jugalah tidur sebab feri bergerak smooth je tanpa rasa gelombang kuat, mungkin sebab cuaca yang baik.

Sewaktu sampai, pekerja feri akan buat pengumuman di setiap jeti. Jadi kena alert dan tahu kita nak berhenti di mana. Jarak dari satu jeti ke satu jeti yang lain tak lama pun, dalam 5-10 minit perjalanan saja. Jadi jangan tidur lah sebab dah nak sampai!
Jeti Kampung Air Batang, Pulau Tioman
Alhamdulillah kami sampai di Jeti Air Batang, Pulau Tioman lebih kurang jam 10 pagi. Cuaca baik, pemandangan Masya Allah cantik. Lama juga kami duduk di jeti tu untuk melihat-lihat sekeliling sambil memberi ikan makan di jeti. Campak je roti, bukan main kerumun lagi. Macam tu agaknya cara mereka welcome kami :)

Bila dah hilang penat, kami mula berjalan menuju ke chalet. Perjalanan kami melalui lorong kecil yang diturap dengan simen. Di kiri kami adalah pantai dan di kanan kami adalah deretan chalet yang berbeza-beza pemilik. Ada juga gerai-gerai makan dan juga pusat latihan menyelam. Banyak pokok mangga yang rendang dan sedang berputik lebat. Ada yang boleh dicapai dengan tangan.

Orang Air Batang juga sangat peramah. Kadang kadang ada motorsikal tayar tiga lalu membawa tangki oksigen ke jeti untuk pelancong yang ingin menyelam dan kita kena beri laluan. Mereka akan senyum dan ucap terima kasih. Mereka juga rajin menegur dan bertanya nak ke chalet mana dan siap tunjuk lagi arah awalaupun jalan sepanjang chalet tu lurus je. Nampak tak baiknya mereka?
Pemandangan sepanjang perjalanan kami untuk ke chalet. Bumbung yang anda nampak tu adalah bumbung jeti.
Sebaik sampai di chalet yang ditempah, sudah ada host menunggu. Dia yang memperkenalkan dirinya sebagai Nisa yang uruskan daftar masuk kami. Jam 11 pagi, kami dah dapat masuk ke chalet. Chalet kami terletak di atas bukit, jadi pemandangan kami lebih indah sebab nampak laut yang luas dan angin yang kuat. Since saya sudah tidak tidur lebih 24 jam sejak semalamnya (sebab aktiviti tempat kerja yang ke Gua Tempurung tu), terus tersadai atas katil tertidur tak sedar apa dah!
Bilik kami. Katil selesa. Kelengkapan basic, tapi lengkap siap ada tuala. Tu yang paling penting sebab nama kata nak bawa dari KL letak dalam beg, memang beratlah feri!
Ups sorry gambar tandas. Saja nak bagitau yang chalet kami ni lengkap, bersih dan sangat strategik. Nak cari makan pun tak susah.
Beranda chalet kami. Siap ada dua kerusi dan menghadap laut. Angin kuat tak kira waktu. Masya Allah indahnya!
Pemandangan dari beranda chalet kami. Macam yang saya cakap tadi, chalet kami terletak di atas bukit, tapi masih walking distance dari jalan utama. Bumbung merah yang anda nampak tu adalah chalet jenis lain. Ada yang ada pendingin hawa. Tapi kalau dekat sangat dengan jalan, bising sikit sebab motor lalu lalang. Huhuhu~
Hari pertama kami di Pulau Tioman sebenarnya baru bermula. Dalam pukul 3 petang macam tu, kami mula untuk berjalan dan merayap. Bayangkanlah. Tengahari rembang macam tu pun kami redah je sebab memikirkan peluang dan masa yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Dari hotel kami tu, kami berjalan balik ke arah jeti untuk bergambar sebab masa tu jeti tengah kosong. Kemudian dari jeti tu pula kami ke arah kanan menuju Marine Park (walaupun tak sampai ke sana) saja-saja untuk ambil gambar.
Petang tu memang kami bergambar sesaja. No one bother us. Pulau Tioman tu kami yang punya. Oh ya. Lupa nak kongsikan: Selama kami di Air Batang, tak ramai orang Melayu di sini. Kalau ada pun merpati sepasang macam kami juga. Sebab orang berkeluarga kebanyakannya ramai di Salang atau Tekek sebab lebih banyak kemudahan mungkin. Mesej nya, kalau nak berbulan madu, Air Batang adalah tempat terbaik sebab tak ramai orang!
Jeti Kampung Air Batang. Ini pemandangan dari jeti. Dari jeti ini, kalau ke kiri anda akan menghala ke ABC iaitu chalet paling hujung di kawasan tu, dan juga chalet kami, Tioman Restu. Kalau ke kanan, anda menghala ke Marine Park Pulau Tioman sambil terdapat deretan chalet di sepanjang pantai.
Gambar waktu air tengah surut. Kalau air pasang, batu batan tu tak akan kelihatan.
Berani? Kelapa atas pokok RM10 sebiji. Entah ada air entah tidak~
Selepas puas, kami berpatah balik dan menuju ke ABC chalet. ABC chalet ni sebenarnya chalet yang paling hujung di bahagian kiri Kampung Air Batang (dari jeti, belok kiri). Depan ABC tu ada pantai yang landai dan boleh mandi manda dan juga snorkelling. Memandangkan air masih surut, sekali lagi kami hanya bergambar sajalah. Lagipun baru hari pertama. Esoknya kita akan main air sampai jenuh~
Pemandangan dari pantai landai depan ABC chalet. Bumbung biru yang anda boleh lihat tu adalah kawasan chalet ABC.
Ehem
Siang hari pertama kami sudah berakhir. Alhamdulillah. Malamnya kami makan malam di gerai makan milik Johan's Place (chalet dekat dengan chalet kami je). Makan ala kadar je sebab nak rehat. Oh ya, harga makanan di Pulau Tioman ni agak mahal. Anda perlu tahu kenapa :P. Walaupun kami dah tahu dan ada bawa makanan sendiri, tapi suami saya ni jenis pemakan dan suka mencuba. Jadi dia tak berkira sangatlah makan di Pulau Tioman walaupun harganya agak mahal.

Selamat malam Pulau Tioman. Jumpa esok, dengan cabaran baharu!
Hari Kedua

Lepas solat subuh, kami dah duduk di beranda chalet. Masya Allah indahnya pemandangan pagi. Bunyi ombak dah memanggil-manggil kami untuk turun ke pantai pagi tu walaupun aktiviti kami hanya akan bermula pada jam 10 pagi.
Kami akhirnya keluar juga untuk mencari sarapan (walaupun ada je bawa roti dan tuna sendiri). Beberapa meter dari chalet kami, ada orang kampung yang menjual nasi lemak dan nasi dagang untuk juadah sarapan. Rasa nasi lemak dan nasi dagang Tioman sedap lah juga (atau kita sebenarnya yang craving makanan rutin ni~)
Nasi lemak lauk ayam: RM5. Ok je kan? Sedap pun sedap sebab rasa sangat santan dia tu. Nasi lemak KL kan nasi putih biasa je~
Kami makan di tepi pantai berdekatan dengan Restoran Hijau. Masa tu orang pun tak bangun lagi dan banyak kedai pun masih belum beroperasi. Jadi kami bolehlah tumpang tempat duduk mereka untuk bersarapan sambal menikmati pemandangan pagi.

Selepas sarapan, kami duduk sambal bergambar di kawasan yang dalam gambar ni. Tiba-tiba macam perasan ada orang 'menyibuk' bawa Go-Pro dia juga di kawasan kami tengah berdating tu. Tengok-tengok, 'ehhhh macam kenal~' Subhanallah rupanya dia adalah kawan universiti kami, satu fakulti dengan kami dan satu course dengan saya!
Katanya: "Keciknya dunia. We are all coming from KL but we met here. Punyalah banyak tempat kat Pulau Tioman ni, kenapalah Air Batang. Oh D, you married to a guy whom I know him very very well! Tak sangka korang kawin! Hhahahahahah" 
After a long chit-chat, we dismissed sebab dah nak bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya: Splash the water and get tanned!

Sebenarnya di Pulau Tioman ni banyak sangat servis yang boleh bawa anda menikmati keindahan alam. Harga selalunya standard sebab mereka tak perlukan persaingan. Macam kami, kami terus berhubung dengan Nisa, pilih pakej mana yang kita nak dan dia akan uruskan semua. Senang hidup!

Kami ambil pakej RM85 di mana kami dibawa ke beberapa tempat sekitar Pulau Tioman dengan menggunakan bot laju dan kami boleh menjalankan aktiviti snorkelling. RM85 tu dah termasuk semua peralatan snorkelling, tapi tak termasuk perbelanjaan makan.
Antara destinasi kami adalah Pasir Panjang, Teluk Genting, Batu Malang (kemudian rehat dan makan tengahari selama 1.5 jam di Salang) sebelum ke Pulau Soyak dan Monkey Bay sebelum pulang.
Bunting tentang pakej yang ditawarkan. Destinasi tu tak tetap. Bergantung kepada host. Kena tanya dengan mereka ok
Menunggu bot laju yang akan membawa kami. Kami bernasib baik sebab bot kami hanya ada 6 orang saja. Dua orang dari German dan lagi dua orang dari Johor. Mudah kerja abang bot, mereka pun semuanya mesra.
Pemandangan di Coral Beach atau Pasir Panjang. Ya Allah cantik betul tempat ni, rasa macam dalam lukisan je!
Kalau tak silap, ini adalah Teluk Genting. Saya tak turun sebab masih takut. Ya, saya memang penakut air macam yang saya cerita dalam entri Gua Tempurung tempoh hari.
Tapi saya kuatkan semangat terjun juga di Batu Malang sebab tak tahan kena cabar dengan suami saya. Dalam pada takut-takut ni, beranikan juga diri tengok ke dalam air. Ada bahagian jurang dalam dan batu karang yang sangat besar. Saya jadi takut. Tapi ada tempat yang batu karang dia cantik-cantik dan tidaklah dalam sangat, sambil ikan-ikan datang mengelilingi sebab ada bawa roti sebagai umpan. Ha masa tu dah seronok dah!
Pemandangan di dalam laut. Masya Allah, Subhanallah!
Kami makan tengahari di Salang dan berehat di situ selama sejam setengah. Betullah tekaan saya. Salang kelihatan sangat sibuk dan padat dengan orang. Kata abang bot, ada kenduri kahwin juga pada hari yang sama. Jadi dapat bayangkan tak betapa sibuknya jeti salang dengan pelancong pada hujung minggu ditambah dengan tetamu kenduri kahwin? Kami rasa bersyukur sangat sebab tak menginap di Salang . Huhu!

Tapi dalam tempoh 1.5 jam tu kami enjoy jugaklah Salang sambil bergambar sakan. Tak dinafikan pantai Salang memang cantik cuma kami nak avoid crowd.
Inilah chalet yang terbiar tu. Katanya dah dekat 20 tahun tak dihuni. Buat dan bina, tapi tak dapat kelulusan untuk beroperasi. Sayangkan? Kata abang bot, kalau rasa nak bajet, taknak keluar duit untuk hotel, bolehlah tidur hotel ni sebab percuma je. Tapi rasanya satu malam je tahan kut. Hhahahahaha!
Pantai Salang
Menu makan tengahari kami. Harga jangan tanya. Tapi goreng-goreng begini, di waktu tengahari boleh cecah belas-belas ringgit.
Selepas makan tengahari, kami berjalan-jalan di sekitar Kampung Salang sambil tengok keadaan sekeliling. Pada pendapat peribadi saya, Salang memang cantik, tapi padat. Sebaik sampai dekat dengan kawasan kenduri kahwin tu, kami berpatah balik ke pantai. Nanti kena iring masuk ke majlis, payah pula~
Tamat 1.5 jam, kami ke Pulau Soyak. Di sana saya bersnorkelling boleh tahan sakan juga. Mungkin sebab dah seronok dan dah kenyang sampai tak ada gambar. Hahahah! Tapi tak apalah. Destinasi terakhir kami adalah Monkey Bay tapi Monkey Bay tak boleh snorkelling sebab airnya tak jernih dan banyak monyet.  
Hampir jam 4 petang, kami akhirnya tiba di tempat di mana kami bermula pagi tadi. Penat, tapi seronok. Hajat di hati nak ke Marine Park terus, jalan kaki je. Tapi memandangkan kami belum solat jamak qasar, kami balik ke bilik dulu solat dan turun balik untuk ke Marine Park dalam pukul 5 petang.

Marine Park

Kami berjalan kaki saja ke Marine Park ni. Patutlah dalam pakej RM85 tadi tak ada itinerari ke Marine Park sebab sesiapa yang menginap di Tekek dan Air Batang, Marine Park boleh diakses dengan berjalan kaki atau berbasikal sahaja.

Perjalanan mengambil masa 20 minit berjalan kaki. Tak penat manalah sebab leka melayan pemandangan yang sangat indah. Memandangkan kami masih ada semua kelengkapan snorkelling tadi, jadi kami tak perlu sewa apa-apa di Marine Park. Jimat duit sebab satu jaket je dah RM8. Itu belum mask dan fin lagi.


Marine Park, pemandangan dari jambatan biru dari Air Batang
Hari dah petang. Jadi jangan buang masa. Terjunlah! Di Marine Park ni anda boleh tengok ikan yang besar-besar belaka. Ikan-ikan ni juga sangat gelojoh kalau dijamu dengan roti. Kalau lambat, boleh jadi kita dihurungnya pula.
Ikan-ikan gemuk di Marine Park :)
Sebenarnya Marine Park ni masih dalam proses pembinaan jeti dan pelantar yang lebih sempurna. Apa yang anda lihat di atas adalah jeti sementara untuk snorkelling. Jeti sementara ni agak bergoyang kalau ombak kuat atau ada bot besar lalu. Jadi anda mungkin akan berasa pening sikit.
Dah nak dekat azan Maghrib, kami pun balik. Nampaknya hari kedua kami sudah berakhir dengan pengalaman yang sangat menyeronokkan!
 Hari Ketiga


Feri pulang kami adalah pada jam 9 pagi. Kata Nisa, kena ada di jeti sejam sebelum pukul 9. Nak dijadikan cerita, dalam keseronokan kami bercuti, di sinilah kami diuji. Feri yang dijanjikan tak kunjung tiba. Katanya kerana tak boleh keluar dari jeti Tanjung Gemok sebab air di sana sedang cetek.
Kami menunggu hingga pukul 3 petang, barulah ada feri datang. Itu pun dengan orang yang ramai, kecoh jugalah orang ramai siap berebut-rebut nak masuk ke dalam feri. Memang kenangan pahit jugalah sebenarnya. Dahla penat, panas, lapar segala. Feri pulak tak ada. Kalau tak sabar, memang boleh buat gaduh tau~ Nampaknya lepas ni kena cuba Cataferry lah~ Ehhhhh! (Cataferry ni feri mewah dan besar. Harga lebih kurang RM160 seorang)
Selepas dua jam perjalanan, kami akhirnya sampai ke Jeti Tanjung Gemok dengan selamat pada jam 5 petang. Selepas solat, kami terus ke kereta yang diparking di kawasan parking jeti dan membayar parking fee sebanyak RM36 untuk 3 hari 2 malam. Kira ok lah kan. Orang yang jaga parking tu siap verify kereta kita dengan kad pengenalan pemandu.
Terima kasih, Jeti Tanjung Gemok!
Since tak sempat nak ambil gambar jeti masa datang hari tu sebab subuh gelap dan kelam kabut, kita snap je lah masa nak balik. Dalam terminal tu ada juga kedai cenderamata Tioman (kalau tak sempat ke Tekek untuk membeli apa-apa untuk dibuat buah tangan).

All in all, Tioman adalah pengalaman yang paling indah untuk saya. Masa suami saya sebut Tioman, saya hampir cakap 'impossible' sebab macam tak mampu nak uruskan booking (booking memang selalu saya yang buat. Suami saya selalu in charge bab makan), risau nanti dapat hotel yang entah apa-apa, jauh dan banyak lagi alasan.

Sedikit tips untuk ke Pulau Tioman

1. Buat tempahan hotel dan feri lebih awal. Rancang percutian anda.
2. Minimumkan barang yang dibawa. Kalau setakat 3 hari 2 malam, tak payah bawa luggage yang besar tu. Susah nak bawa masuk feri.
3. Kalau bawa anak, cukupkan keperluan dia. Mak apak cuba minimumkan barang. Ini tak, saya tengok teddy bear pun bawak. Adoilaaaa~
4. Makan mudah kat sana. Tapi kalau di kedai-kedai runcit atau gerai, harganya agak mahal. Jadi dinasihatkan bawalah makanan sendiri.
5. Bawa keperluan ubat yang cukup. Ubat mabuk laut, ubat pening, minyak kapak, minyak angin, Panadol, minyak gamat dan apa-apa yang dirasakan perlu
6. Kalau duduk selain dari Tekek, pastikan ada ada wang tunai yang cukup. Kalau tak, sepasal pulak nak ke Tekek semata-mata nak cari mesin ATM. Urusniaga di sana guna tunai. Tak boleh guna kad debit untuk bayar RM85 tambang coral trip atau check in hotel~

Betullah, luas perjalanan banyak pengalaman. Kami memandu balik meninggalkan Jeti Tanjung Gemok dengan seribu kepuasan menghala ke rumah emak sebab tak larat nak memandu terus ke KL. Mujurlah ada rumah mak untuk transit satu dalam dan mujurlah memang kami dah ambil cuti tahun pada keesokan harinya (25 September) sebab memang dah tahu akan penat punya.

Terima kasih cinta, terima kasih kenangan. Moga kembara kita membawa berkah dan mengajar kita erti hidup.

Salam sayang,
Dhiya Dahlia

25 comments

  1. assalamualaikum ..tq sis sbb share tips n pgalaman di Tioman..berhajat ke sana thn dpn di sp barakah air btng chalet ( insyaallah mg ad rezeki ) ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SP Barakah ni kalau tak silap chalet mula2 sekali selepas jeti. belok kiri terus Nampak sp barakah. all the best :)

      Delete
  2. waaa bestnye. cantik gila air dia. nak pegi nak pegi :D

    ReplyDelete
  3. salam sis, harga snorkeling rm85 tu per head ke skli utk 2 org?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Tasya, RM85 tu harga untuk seorang. Kami pergi berdua jadi RM170. Tp worth it sangat sbb termasuk dengan snorkelling accessories dan pemandangan dalam laut sangat sangat cantik. Saya baru balik dari Krabi ni, kat krabi pun takde coral secantik tioman.

      Delete
  4. Replies
    1. Hi Azaham,

      Kg Juara ada pantai cantik. Cuma kedudukannya terletak di the other side of tekek, air batang dan salang. cuba awak tgk peta pulau tioman kalau nak Nampak lebih jelas. Kalau nak ke kg juara, kene turun di tekek (kalau tak silap saya) dan ambil 4wd service (ada bayaran lain) untuk ke kg juara. Tapi kalau nak privasi, kg juara ok rasanya :)

      Delete
  5. Sis ada simpan no snorkelling tu lagi x?��

    ReplyDelete
  6. Hi suwaibah, ni nombornya: 0199196619 nisa tioman Restu

    ReplyDelete
  7. hi sis...sy cdng nk ke sana chinese new year 2019...3rd anniversry..😂..sy booking thru agoda ..lpas tu sy kena call syrikt feri tu lah ye...klau di kwsn sy...jeti tnjung gemok adlh y pling dekat...sbb sy dr gemas n9.sis pakeh untuk snorkelling rm85/head kan..trmsuk accsries,bile nk pulang kan tu sbb sy baca sis ke marine park pun bwk accsories y sama ye? tak perlu terus pulngkn ke?..feri tu mmg pgi jeye...tempat paking tu pulak 24jm bukk ke sis?..byr lepas keluar dr situ ataw kene byr dulu ye parking nye?...sy booking restu chalet dr agoda tp pyment di sana,...;brpe ye cash y perlu dibawa...sbb xboleh pki card kan...tq sis💖

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Sya,

      jawapan saya:

      1. since awak pilih peak season, you better call the ferry for reservation.
      2. ye pakej snorkelling rm85/head termasuk aksessori. lepas balik island hopping tu, saya jumpa balik Nisa tu dan tanya dia; boleh ke kami nak guna lagi aksesori ni sebab ptg nanti nak pergi marine park pulak? Dia kata blh je. so it's all about manis mulut dan cuba2 tanya :) org timan baik2 belaka insya allah
      3. Feri harga pergi balik. Waktu balik tu just tgu je kat jeti.tapi tiket kena simpan sebab nanti dorg nak cek
      4. tempat parking kat tg gemok kalau tak silap buka je 24H sebab kami sampai 6 pagi, kereta dah penuh. park kereta, nanti kena daftar. bgtau no plate. Nanti masa keluar ada org tgu kat exit utk verify owner kereta dan no plat, masa tu baru bayar.

      5. ye bayar hotel kat sana. saya bawa dlm 500 je (tak termasuk hotel). sebab we don't spend for shopping at all. tekek jauh nak pegi. kami just spend hotel, ferry dan makan je. tu pun tak habis. tapi kalau tetiba duit habis, blh je pergi tekek. sana ada atm utk withdraw money.

      6. dating tioman tu satu je yang penting: KAMERA.

      Delete
  8. hi sis,tq respond...sy a book 3chalet di kwsn y berlainn tekek-cheers chalet, airbatg- restu chalet,kg paya-aman tioman,tp sy bila sy riki2 aman tioman tu mcm lebih tu chinese,cheers chalet pulak mcm ok je..tp tula ...msti pack sgt kan..sbb cuti,,jdi sy rse mungkin still air btg sbgai pilihan utama..situ byk restaurnt ke sis,y sng nk cr mkn xperlu jln jauh2😂😂..boleh ke trus whtapp nisa tu nk ty apa2😁😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. air batang lebih tenang. makan pun senang mcm y saya cerita dalam entri saya di atas.jalan kaki je boleh jumpa gerai makan. Haritu saya memang communicate dgn Nisa (kadang-kadang sepupu dia) via wasap je and they are very helpful.

      Delete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. hi dhiya,tq again respond..td sy just go thru google sje2 cek jadual feri kot2 ad..bila sy bukk link y awk bagi tu,die mintak nama ,date pegi apa semua kan..sy pun msukkn date tu...tp xde availability date 5/2 😭😭😭..tp hrtu sy call jeti tg gemok die ckp bole tmph online strt 15/1..ni bru brpe hribulan dah tak xde..klo ad pun td kt mersing..jauhnya sy dr gemas n9 ke mersing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huu. I really don't have idea on this. tp cubalah call balik jeti tanya kenapa jual awal sampai dah habis. last choice, you may op for cataferry. mahal sikit tp rasanya ada je tiket tu. try dulu ya.

      Delete
  11. haha dhiya..letih sy call kainter tg gemok..no tel tu fax..lg 1 no ditmtkn smntra😂😂sadis betul...last2 sy call jeti mersing n ceritakan mslh sy..sy ckp sy cek tiket dkt 1lm web tu..lpas tu puan tu ckp tiket tu..mcm contoh syarikat A sllu bwa penumpang ke p.tioman..jd syrikt feri bg die booking dlu seat 5o la cmtu..jd bila dorg punya dah full nt open je booking dorg terus dpt...msih jugk kne tgu 15/1 ni...😂😂 doakn sy dhiya..teringin sgt nk ke sana lpas bca blog awak...hahaha

    ReplyDelete
  12. salam. package snorkeling awak ambik boleh share contact num dia?

    ReplyDelete
  13. salam. package snorkeling awak ambik boleh share contact num dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Saya beli dengan chalet saya. Boleh cari nombor dia kat komen atas2. Ada yang dah pernah minta haritu.

      Delete
  14. Salam puan..chalet tioman restu ni jauh tak dari jeti?tq.

    ReplyDelete
  15. Salam Puan...just nak tanya pendapat since kami merancang nak ke Tioman bawa satu family besar inc. warga emas and 3 children below 3...rasanya sesuai ke bawa g snorkeling tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam asfa, warga emas tu kena tgk la tahap kesihatan atau resilience mereka. Ada yang jenis suka lasak. Ada yang uzur dan prefer nak chill2 je. fyi, snorkelling takes more than half day tau. kalau jenis y pening atau mabuk laut, better takyah join snorkeling.deorang pun akn duduk atas bot menunggu je. kesian. kalau kids below 3, kalau saya lah (saya ada anak 20 bulan skrg), saya tak prefer bawak naik bot n snorkelling sebab they are still fragile. this is my personal opinion ya. <3

      Delete