Pakaian
1. Sebagaimana baju dibasuh hari-hari (setiap kali sampai rumah dari pejabat, saya akan on mesin basuh dulu), begitulah juga melipatnya. Saya tak akan tangguh bab ini sebab ia akan menjadi bukit atau kubu kalau dah masuk 3-4 hari.
2. Baju kerja kami tak dilipat, sebaliknya digantung kemas. Jadi jimatlah masa melipat di situ. Kami hanya melipat baju harian saja. Kalau dah siap lipat, selalunya kami akan susun masing-masing baju kami. Suami saya akan angkut baju dia dan susun ikut baju malam, tshirt harian, baju pagoda dan begitulah saya. Sebab tu jangan bertangguh, nak menyusun pun senang.
3. Gosok baju sekali banyak. Tak semestinya setiap Ahad kena ada 5 pasang baju dah tersedia untuk seminggu. Saya gosok baju 2 kali seminggu iaitu setiap Isnin dan Khamis. Jadi tak adalah ganggu hujung minggu sangat. Kadang-kadang hujung minggu naklah buat benda lain kan.
Dapur
1. Sebelum balik kerja, selalunya dalam kepala dah tahu nak masak apa. Kalau kata makan luar, kira rehat lah sikit Alhamdulillah. Masak lauk makan malam tak perlulah kari, masak lemak cili api, nasi beriani bagai~ Cukuplah dengan sejenis lauk ringkas dan ulam timun. Kalau nak bersambal jugak, buat sekali banyak dan simpan dalam balang. Kadang-kadang saya goreng bihun atau spageti saja.
2. Oh sejak kebelakangan ni saya dah jumpa rentak untuk bawa bekal ke pejabat. Selalunya semua menu termasuk nasi saya dah siapkan malamnya lagi. Bangun pagi tinggal panaskan (kalau perlu) dan letak dalam lunch box saja. Lauk pun mudah-mudah je macam sardin, sayur campur, ayam rempah, udang berlada.
3. Cepatkan aktiviti di dapur dengan buat stok. Cili kisar dan penumis selalunya memang dah tersedia dalam peti ais saya. Ikan atau ayam yang beku, selalunya saya akan keluarkan dari peti siap-siap sebaik sampai ke rumah dari pejabat. Kadang-kadang kalau lambat nak cair, saya defrost saja guna microwave.
Bilik air
1. Kami berdua bahagi tugas di bilik air. Saya tak kisah untuk jaga tandas sebab suami saya dah menyanggup nak jaga bilik air. Maka kami banyak 'bertanding' untuk pastikan kawasan jajahan masing-masing berada dalam keadaan bersih.
2. Jangan tunggu kotor atau berlumut baru nak cuci. Sambil mandi pun boleh buat. Lagipun kalau dicuci selalu, barulah nampak sentiasa bersih
Ruang tamu
1. Sapu selang sehari. Rumah kami tak berdebu teruk pun. Jadi menyapu selang sehari tu kira ok
2. Mengemas: Selalu! Tapi memandangkan rumah kami tak sepah mana (belum sepah sebab belum ada baby yang pandai 'mengemas'), saya rasa tak beban sangat pun. Hanya susun-susun bantal di sofa dan betulkan langsir saja.
3. Jangan bertangguh dalam mengemas. Kalau sambal lalu tu nampak ada getah gelang makan satay semalam di lantai, ambil terus. Bukan buat-buat tak nampak. Kalau ada nampak sampah atas meja makan atau sofa, terus ambil waktu bangun nak ke tandas atau dapur. Kata orang, kena pandai menyambil.
Setakat ini, itulah yang saya buat dalam keluarga kecil kami. Esok ada anak kecil, kita bincang lain ya.
Puasa dah dekat. Tips di dapur tu mungkin membantu anda. Saya pun cedok dari perkongsian orang lain di kalangan kawan-kawan dan dari alam maya.
Hope it helps.
Counting for Ramadhan!
Dhiya
Setuju.. i buat ni setiap hari.. jimat masa..
ReplyDelete