Bismillah
Alhamdulillah
Mac lepas suami saya dapat umur baru. Tapi saya tak tahu nak buat apa untuk dia. Kebetulan pula waktu itu cuti sekolah dan dapat banyak jemputan kenduri kahwin, kami setuju untuk berjalan-jalan (makan percuma di rumah kenduri) je. Tapi masih rasa tak ada yang istimewanya untuk dia. Kesian pula~
Kenduri yang kami nak pergi tu kebetulan di Jelai sana, jadi saya rasa destinasi terbaik untuk percutian kali ni adalah Melaka (again~)
Tapi kali ni saya ambil hotel yang lebih istimewa memandangkan hotel Melaka sewaktu birthday saya dulu biasa-biasa saja sampai tak ada review pun. Huhuhu!
Maka kami pun mendaftar masuk di Eco Tree Hotel Melaka, Premier Suite!
Masuk-masuk je, saya sendiri pun terdiam. Suami saya lagilah tak cakap apa-apa sebab saya memang sorok bilik ni dari awal lagi.
Bilik Premier Suite ni sangat besar untuk kami berdua. Lengkap dengan meja kerja, sofa menghadap pemandangan Melaka dan bilik air yang super luas!
Yang cerah di belakang katil tu adalah tingkap kaca luas dan boleh nampak pemandangan luar. Ada sofa untuk duduk-duduk. |
Inilah sofa yang saya maksudkan tu. Seronok je duduk sambil tengok pemandangan luar |
Inilah dia pemandangan penuh ruang bilik. Memang cukup luas dan selesa untuk kami. |
Bilik air bukan main daring lagi. Semua kaca. Cuma ada shade sikit saja untuk pisahkan bilik air dengan ruang bilik.
Keadaan memang luas dan bersih.
Dan iniiiiiiii memang terbaik!
Selain duduk (mereput) di dalam bilik, tak ada aktiviti lain kecuali makan. Seingat saya, selama beberapa kali ke Melaka, kami dah banyak sangat cuba asam pedas. Merata kedai dah~
Tapi tak apa. Kami suka!
Kali ini kami ke Claypot Asam Pedas Kota Laksamana. Kebetulan pula di luar sedang hujan...Memang nikmat sungguh!
|
Tempat menunggu di foyer |
Selain bilik hotel yang cantik, kemas dan menarik, banyak lagi kemudahan lain yang saya rasa sangat ok. Kami ke restoran Teak Coffee House untuk sarapan pagi. Makanan tak banyak pilihan sangat tapi acceptable. Tempat cantik dan romantik~
Selain itu, ada juga kolam renang di tingkat atas dipanggil Sky Pool. Tapi kami tak berenang pun sebab kolamnya agak kecil. Di tepi kolam tu juga ada bar yang agak meriah kalau malam. Atas Sky Pool ni ada satu lagi deck pemerhati untuk tengok Melaka, tapi saya tak naik sebab gayat~
Gimnasium pun ada! Tapi malangnya kami lupa bawa kasut. Nampaknya lepas ni kalau masuk ke mana-mana hotel, kena bawa pakaian sukanlah sebab nak fully utilize semua kemudahan yang disediakan.
Keseluruhannya Eco Tree Hotel ni memang terbaik. Saya sangat puas hati dengan layanan dan kemudahan yang disediakan. Bilik kami pula sangatlah cantik dan saya sangat sangat berpuas hati.
Terima kasih Eco Tree sebab buat saya happy di hari jadi suami saya!
Mesti dating lagi. Nak cuba studio pula :)
Dhiya
No comments