Century Bay Private Residences, Bayan Lepas Pulau Pinang


Bismillah

Sebaik mendaftar keluar dari Kamalodge, kami terus saja bergerak ke Pulau Pinang. Sebelum tu sempatlah kami free brunch di rumah kakak saya di Bukit Merah.

Perjalanan kami baik-baik saja. Untuk makan tengahari, kami singgah di Warung Kelapa Sawit di Juru untuk makan nasi dengan bawal panas rangup. Kami bukan main terkejut lagi jumpa kari kepala ikan RM 15 je semangkuk. Mana nak jumpa ni kat KL? hoihhhhh~!

Untuk ke pulau, kami pilih untuk menaiki feri pada kadar RM7.70, sama macam lalu tol juga. Kali pertama kami ke pulau dengan feri adalah pada Disember lepas, bersama keluarga kakak saya dan juga mak dan abah. Masa tu bukan main beratur panjang dan ramai orang. Kali ini, kami jadi kereta pertama yang dapat masuk ke feri, siap dapat dek atas depan sekali. Rasa macam queen sangat! Padahal naik feri je punnn.
Suasana dalam feri, tingkat atas. Masa ni ruang masih kosong. 5 minit lepas tu, orang dah mula ramai.
Pemandangan Pulau Pinang dari atas feri
Sampai je pulau, kami terus ke hotel untuk daftar masuk. Saya memang tak involve langsung proses daftar masuk ni sebab ini urusan syarikat suami. Cuma saya dengar salah seorang staf kami merungut, katanya deposit hotel ni lebih mahal dari harga bilik.

Tapi saya memang concern juga bab-bab deposit ni. Biasanya standard deposit untuk sesebuah bilik hotel adalah RM50- RM100, bergantung kepada hotel. Cuma kami pernah je bernasib baik- Deposit RM50 je untuk sebuah studio untuk penginapan 3 hari 2 malam. Heh!
Kesian jugaklah sebenarnya kalau deposit lagi mahal dari harga bilik ni. Putus urat nafsu nak bercuti, walaupun tahu akan dapat balik deposit tu.

Dapat je masuk bilik (rumah sebenarnya), haruslah kami buat ritual utama dulu- Ambil gambar! Hahahah!
Basically rumah ni ada 3 bilik, satu ruang tamu yang besar untuk bentang toto dan 2 bilik air iaitu satu dalam master bedroom siap bath tub dan satu lagi bilik air dekat ruang tamu. Rumah ni juga ada tv, air cond, peti ais, mesin basuh dan utensils siap tong gas. Tapi ada beberapa facilities yang kalau kita guna, mereka akan caj seperti tong air pada water dispenser dan tong gas.
Ruang tamu yang sangat luas, siap ada meja makan lagi. Kalau memasak, memang boleh buat kenduri dalam rumah ni.
Kami dapat master bedroom (sebab suami saya bos). Eh takkk. Sebab out of three rooms, we only utilize 2 rooms. Lagi satu pasangan tu macam kami juga, belum ada anak dan dia pun relakan je bos dia dan isteri bos dia masuk master bedroom tu. Hahahahha!
ID rumah ni boleh tahan juga cantiknya. Macam biasalah, setiap kali masuk hotel, kami suka tengok hiasan dalaman bilik-bilik ni dengan teliti sambil berangan nak ada satu macamtu. Kami yakin dan percaya bahawa berangan itu tidak membebankan kami walau sepicing. Jadi dengan itu kami pun beranganlah selagi boleh!
Pemandangan rumah orang. Tapi di kejauhan boleh Nampak Jambatan Kedua Pulau Pinang! Waktu malam lagilah cantik :)
Master bedroom kami
Bilik air agak kecil, tapi usaha nak letak bath tub tu sangatlah dihargai. Hahahahah!

Ini cerita kawasa sekitar hotel pula. Pada saya, hiasan landskap hotel ni sederhana saja, mungkin sebab ruang atau halaman yang agak terhad. Ialah hotel ini berkonsepkan kondominium. Apa yang kau boleh expect untuk halaman dia. Dah ada kolam renang besar pun dah cukup bagus.
Bercakap tentang kolam renang, saya suka betul dengan kolam renangnya. Pertama sebab tak ramai orang, dan kami boleh buat macam kolam sendiri. Keduanya ada satu ruang cetek macam kolam kanak-kanak tapi ada Jacuzzi! Cumanya kolam ni agak dalam malah saya sendiri tak lepas untuk explore sampai hujung kolam. Huuu!
Ruang makan agak terhad. Malah, menu sarapan pagi juga sangat terhad. Bayangkanlah, menu sarapan cuma ada bihun goreng dan roti dengan jem. Air jus dan teh/ susu. Salad, buah, roti canai, sup memang tak ada. Omelet dan pancake siap kena tempah, limited to one menu only per pax. Bapaklah kedekut! Hahahhahaha!
Selebihnya, hotel ni ada sediakan ruang riadah seperti meja ping pong, snooker dan gim. Merasalah juga kami berpeluh sebab main ping pong :0

Malamnya kami makan malam di Hammer Bay Ikan Bakar Special. Bab makan ni saya tak larat ceritalah. Memang puas hati, sama je macam makan ikan bakar kat Teluk Tempoyak. Pulau Pinang memang terkenal dengan syurga makanan. Tinggal lagi pandai survey dan cari saja.

Overall rate of Century Bay Private Residence was 7/10. Sesuai untuk keluarga besar. Satu unit tu boleh masuk maksimum 3 keluarga. Boleh bentang toto lagi, boleh memasak lagi. Memang berbaloi jugalah sebab kita boleh bawa bahan masak sendiri. Kalau anda bijak lagi, bawalah electric multi cooker sebagai bantuan tambahan.

Demikianlah pengalaman malam kedua percutian kami. Esoknya (hari ketiga) kami akan daftar masuk ke hotel lebih istimewa di Batu Feringghi. Tunggu ceritanya ya!

Dhiya

1 comment