9 Feb 2017, kami bertolak dari KL terus ke Taiping, atau dengan lebih spesifiknya ke Kamalodge di kaki Bukit Larut, berhampiran dengan Taman Tasik Taiping.
Sejujurnya saya tak tahu langsung hotel mana yang kami akan daftar masuk sepanjang konvoi ini. Suami saya sengaja rahsiakan daripada saya. Surprise kononnya. Tapi sebaik sampai, memang saya terkejut pun. My first impression towards Kamalodge was awesome!
Secara jujurnya, sebaik kaki menjejak Kamalodge- Saya sudah rasa seronok. Berpuluh-puluh kali saya ulang alik Taiping dan Bukit Merah, tak pernah saya betul-betul menghargai tempat ini sehinggalah lawatan kali ini. Mungkin sebab tiap kali balik Taiping, kami tidur di rumah kakak kut~
Ok berbalik kepada cerita asal.
Kamalodge ni bukanlah hotel mewah, tapi lebih kepada konsep chalet sebuah-sebuah. Masuk-masuk je kawasan chalet, terus boleh letak kereta dan berjalan masuk ke chalet. Chalet tu pula cantik je berdepan dengan kolam renang. Budak-budak memang suka sangatlah..
Jadi inilah dia Kamalodge yang saya ceritakan tu. Sampai-sampai je terus kagum sebab Nampak cantik dan suasana sekeliling yang sangat tenang dan hijau.
Cumanya, chalet kami bukan katil king atau queen. Single bed je. Tapi itu bukan masalah pun sebab kami rapatkan jelah. Kalau nak katil besar, kalau tak silap saya kena ambil bilik family yang lebih besar dan luas. Harga tak pasti. Maaf :p
Tapi untuk kami berdua, sedang elok sangat dah ni.
Hiasan dalaman Kamalodge pun sederhana saja. Tak ada yang istimewa sangat, tapi tak pula mengecewakan.
Selepas daftar masuk, kami ke Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang. Ini adalah kali ketiga saya ke sana, jadi tak rasa teruja sangat pun. Yang seronok sebab orang belanja je.Hhahaha!
Jadi inilah dia Kamalodge yang saya ceritakan tu. Sampai-sampai je terus kagum sebab Nampak cantik dan suasana sekeliling yang sangat tenang dan hijau.
Chalet kami |
Tapi untuk kami berdua, sedang elok sangat dah ni.
Sebuah chalet ni ada dua pintu, maknanya 2 bilik yang berasingan. Cuma di tengah tu ada connecting door, sesuai untuk keluarga juga. |
Lantai carpet tile. Saya memang suka karpet berbanding tile sebab kaki saya tak tahan sejuk. |
Selepas makan, kami berjalan-jalan sekitar Taman Tasik Taiping sambal berpeluang mengayuh basikal air di tasik tu. Selama ni tak pernah rasa. Datang hari keluarga baru terhegeh-hegeh nak merasa. Maafkanlah diri ini~
Malam tu mereka semua ke Night Safari. Memandangkan kami agak kepenatan, jadi kami memilih untuk berada di bilik saja. Tapi sebab sunyi, kami ke rumah kakak saya di Bukit Merah dan dapat makan malam free sambil mengambil barang kiriman emak. Hhahaha!
Jumaat, (keesokannya) kami bangun lambat dan terus bergerak ke Pulau Pinang dan sebelum tu singgah di rumah kakak saya sekali lagi untuk sarapan percuma~!
Gambar-gambar dan cerita Pulau Pinang, tunggu entri seterusnya ok~?
Salam sayang
Dhiya
cantiknye view....
ReplyDelete