Bismillah
Destinasi terakhir percutian di Pulau Pinang, kami mendaftar masuk dan bermalam di Golden Sands Resort by Shangri-La, Batu Feringgi.
Batu Feringgi ni macam hidden gems of Penang. Punyalah jauh sebab kami dari bandar. Tapi demi sebuah tempat yang dikatakan cantik, kami sabar jelah. Jalan pun lereng bukit, tepi gaung, bawah laut. Tapi cantik. Tak boleh cakap banyak.
Sampai je di hotel, saya boleh nampak biasa lagi. Bilik yang menghadap jalan memang dapat pemandangan jalan yang sesak dan kedai-kedai macam kat Yusong (tempat mastautin kat Korea dulu).
Sementara tunggu daftar masuk, kami menunggu di foyer. Masa tu dah boleh nampak kolam renang yang sangat happening tu. Erm...Boleh tahan juga, ni!
Proses daftar masuk tak berapa menggembirakan saya. Orang ramai. 5 bilik kami, hanya 2 yang tersedia. Jadi kami tumpang dulu bilik adik kerani suami saya tu, rehat-rehat, duduk-duduk. Tapi awkward lah. Kesian sebab dia tak boleh nak freestyle dengan suami dia. Kami pun tak boleh la nak bergolek sangat walaupun bukan main penat lagi.
Kami hanya dapat bilik kami sejam selepas tu. Sabar jelah. Tapi housekeeping keep on say sorry dan nampak kelam kabut. Ada seorang kakak housekeeping ni cakap, orang ramai. Mereka tak menang tangan. Tak apalah. saya faham. Things deal with service, these are the risks.
Masuk je bilik, kami tak fikir apa dah. Bantai tidur dulu. Overall bilik sangat puas hati. Cuma semua bilik kami menghadap jalan yang macam Yusong tu. Bilik yang menghadap kolam renang dan laut tu siap ada koridor dan haruslah lebih mahal dan kebanyakannya dihuni oleh orang asing.
For the king and queen :p |
Tandas takde hose. Haih~! |
Ice machine di hujung aras kami. Tak faham kenapa kena ada ice machine ni. Untuk mandi ais barangkali. Tapi kemudahan ni bagus juga untuk yang teringin minum sejuk dalam bilik yang sejuk. Entahlah~ |
Bangun je tidur, kami bersiap untuk aktiviti air. Mak-mak budak ni bukanlah seronok mana. Tapi sengaja meraikan anak-anak staf lain. Kolam renang hotel ni ada banyak, bergantung kepada kedalaman. Jalan ke depan sikit, dah boleh sampai pantai. Pantainya pun cantik dan ada banyak aktiviti juga.
Petang tu, kami berendam dalam air bukan main sakan lagi. Kemudian kami ke pantai untuk bermain bola tampar sehinggalah hujan. Sebaik hujan reda, kami berendam dalam kolam sekali lagi sebelum balik ke bilik hotel.
Tempat rehat sekitar kolam renang |
Sunbathing chair yang menghadap laut. |
Personally, Golden Sands Resort by Shangri-La ni sangat ekslusif. Bilik hotel cantik, kawasan cantik, pantai cantik, makan sedap (hah, makannnnnn je!). Harga pun haruslah sama ekslusif. Tapi Alhamdulillah percutian ini ditaja. Kalau kena guna duit poket sendiri, memang tak kan merasalah kami hotel ni.Huhuhu!
Pemandangan bangunan hotel dari kolam renang. Inilah bilik-bilik hotel yang menghadap laut yang saya cakapkan tu. Kalau nak dibandingkan dengan bilik kami yang manghadap Yusong tu, tak dinafikan bilik ini nampak lebih ekslusif.
|
Malamnya: Kami makan malam di Hard Rock Café Penang. Ya Rabbi sungguh saya tak expect mereka bawa makan di sini. Saya pakai 'baju tidur' je. Sungguh tak lawa kalau nak dibanding dengan orang lain. Naya tau! Dahla lapar pulak tu. Saya order menu nasi dan ayam percik. Tinggal lagi tak makan pakai tangan je. Lapaq oiiii~! Padan muka kat diri sendiri!
Nasi, ayam percik @ Hard Rock Café Penang |
Tempat duduk kami yang betul-betul di bawah pentas. |
Masuk jam 11 malam, kami dah kena tinggalkan Hard Rock Café sebab dah mula ada persembahan-persembahan yang tak sesuai. Kami berjalan di gerai-gerai sekitar hotel yang tak ubah macam Chenang di Langkawi.
Jam 12 malam, kami balik dan tidur. Sedihnya dah nak balik esok :p
Sarapan: Café agak kecil. Masa kami turun tu, orang sangat ramai. Jadi kami dibawa ke café dekat dengan pantai untuk bersarapan di sana. Menu semua sama, cuma tempat sajalah berbeza. Tapi tempat ni nampak lebih selesa dan romantic. Hhahahahah. Saya sukaaa!
Mixed fruit with yogurt Ya Allah sedapnya! |
Hallway untuk ke bilik kami |
Missed! |
Jam 12 tengahari, kami daftar keluar dan tinggalkan hotel dengan harapan yang kami akan datang balik (entah bila)~
Kami terus pecut balik ke KL dan tak join yang lain untuk makan-makan sebab kami ada hal lain. Alhamdulillah sampai di KL agak awal. Esoknya pula kerja. Penat, tapi seronok.
Selamat tinggal Pulau Pinang! |
Berjalan ni memang penat. Tapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kenangan, pengalaman dan semua yang kita kutip sepanjang perjalanan tu. Tak ada yang boleh diganti dengan wang ringgit. Alhamdulillah saya ada partner in crime yang boleh berkongsi minat dengan saya. Suka berjalan (tambah suka makan) dan suka tengok tempat orang.
Walau tak sampai ke negara luar lagi, tapi kami rasa puas dapat bersama-sama ke merata tempat dalam negara.
Hutang cerita percutian ke Utara telah selesai. Insya Allah we'll move to another story.
Salam sayang,
Dhiya
bestnyaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletecantiknye view hotel....blik pown cantik...dah lama rietta xbercuti....
ReplyDelete