Bismillah
Cerita hari pertama
Kami bergerak dari rumah seawal jam 8 pagi. Memanglah daftar masuk pukul 3 petang tapi kami sengaja keluar awal dengan hajat nak menyinggah dan berjalan-jalan sekitar Cherating.
Perjalanan kami dari rumah emak mengambil masa hanya 2 jam. Kami sampai di Cherating pada jam 10 pagi dan terus ke Santuari Penyu. Masuk percuma, tapi ada disediakan tabung sumbangan ikut keikhlasan pengunjung. Boleh tengok beberapa ekor penyu yang diletak dalam kolam air masin dan anak-anak penyu yang baru menetas. Di situ juga ada muzium penyu untuk kita lihat dengan lebih dekat akan spesies ini.
Dugong. Spesis ni dah pupus |
Penyi hidup yang ditempatkan dalam kolam air masin |
Keratan rentas proses kehidupan anak penyu |
Karang laut |
Sedang elok tengahari, kami makan di Warung Aziz Satar. Katanya Warung Aziz Satar ni sangat terkenal. Tapi pada hemat saya, Warung Aziz Satar ini terkenal kerana namanya yang serupa dengan nama pelakon lama Aziz Satar. Warung ini bukan milik pelakon itu, cuma antara menu paling laris mereka adalah satar ikan.
Yang lainnya, saya rasa gerai ini biasa saja. Menu nasi campur pun tak banyak pilihan sangat. Cuma yang menarik perhatian adalah pelbagai masakan berasaskan goreng tepung seperti ikan, ketam, dan sotong yang dijual ikut berat. Ada juga mee calong dan keropok lekor rebus pada harga RM5/ sebungkus.
Waring Aziz Satar yang sangat masyhur dan wajib singgah kalau ke Cherating |
Pemandangan di Pantai Teluk Mak Nik |
Daftar masuk hotel Samsuria Beach Resort Cherating:
Harga untuk satu malam: RM220
Studio satu bilik lengkap dengan peralatan dapur.
Deposit hanya RM50
Bilik studio kami. Dalam bilik ni ada TV |
Ruang tamu pun ada TV. Ada 2 TV semuanya! |
Peti ais pun bukan minibar calang-calang tau. Ini peti ais dua pintu! |
Dapur pun super complete- Siap ada microwave, induction cooker, 1 periuk , 1 pan, sudu garpu sudip pisau semuaaaa ada |
Kami pun tak sangka ada semua ni sebab sebelum ni kami pun pernah ambil studio tapi taklah sebagus ni~! |
Lepas daftar masuk, solat dan duduk-duduk sekejap, kami keluar sekejap untuk mencari barang basah untuk dibuat menu makan malam. Masa tu dah petang, banyak bahan basah dah tak segar. Tapi kalau pagi, mesti ikan sotong udang ketam segar-segar belaka sebab dekat dengan jeti. Akhirnya kami beli ayam je untuk dimasak kari.
Tapi sebelum tuuuuuuuuuuuuuu, kami turun ke pantai di belakang hotel dulu. Kebetulan masa kami pergi tu, musim hujan dan ombak sangat kuat. Jadi kami hanya ambil angin dan berjalan-jalan sajalah di tepi pantai tu.
Pemandangan hotel, bahagian belakang. Lorong ni adalah lorong untuk menuju ke pantai. Cantik kannnn~! |
Jalan menuju ke pantai. Tak jauh pun. |
Private beach Samsuria Beach Resort |
Main pasir sampai lebam! |
Kolam renang pun ok, bersih dan tak ramai sangat orang. |
Makan malam kami |
Demikianlah kami menutup tirai hari pertama di Cherating.
Cerita hari kedua
Pagi-pagi lagi kami dah keluar mencari sarapan. Memandangkan suami saya ni agak cerewet dalam bab makan ditambah dengan tak banyak kedai yang buka, dia memandu sampai ke sempadan Kemaman tu untuk mencari nasi dagang dan lain-lain menu Pantai Timur. Akhirnya kami jumpa satu gerai yang jual banyak sangat menu. Saya beli nasi dagang, nasi kerabu, nasi lemak, roti canai, air panas dan beberapa ketul kuih. Marvelous!
Selepas bersarapan, kami sekali lagi terjun ke kolam sebelum daftar keluar. Ini memang ritual yang kami tak boleh lepaskan sejak dari dulu lagi! Selepas itu kami sekali lagi ke pantai sebab nak ambil angin pagi.
Suasana pagi di private beach hotel kami. Masa ni tak ramai orang, tak macam waktu petang semalam. |
Membeli belah! |
Selesai membeli belah, kami terus balik sebab kami ni mengejar masa nak balik ke KL pula. Perjalanan kami diiringi hujan renyai dan semua pun dan mengantuk dan kepenatan.
Perjalanan balik ke rumah mak. Baru saya sedar: Chenor dengan Temerloh memang 3 km je ke? Macam mana deorang kira ya? |
Dalam perjalanan, kami singgah membeli ikan Patin dan sebaik sampai di rumah, kami terus memasak. Kami tidur sekejap dan cepat-cepat bersiap untuk balik ke KL pula. Begitulah ceritanya.
Kalau nak fikir penat, memanglah penat. Tapi sebab kami bawa mak dan abah (sengaja saya tak cerita dari awal), kami anggap ini adalah hadiah dari kami untuk mak dan abah yang banyak sangat bersusah payah untuk kami berdua selama ini.
Cerita travelog yang banyak-banyak saya tulis ni bukan untuk menunjuk-nunjuk. Saya terima banyak email bertanya tentang tempat-tempat yang saya dah pergi dan Alhamdulillah saya entertain mereka dengan hati yang terbuka. Saya tak boleh review sangat tentang bajet sebab setiap orang ada bajet sendiri. Mungkin pada saya RM300/ malam tu dah cukup mahal, tapi orang lain mungkin rasa masih ok. Bab makan pun begitu. Saya mungkin cakap restoran A tu sedap tapi mungkin orang lain rasa lain pula. We are different, friends. :)
Banyak lagi entri travelog lepas ni. Insya Allah saya berazam untuk konsisten menulis sepanjang tahun 2017.
Terima kasih kerana membaca!
Dhiya
bestt
ReplyDelete