Bayu Marina Resort, JB


Bismillah

Hujung Oktober lepas, kami ke JB untuk menghadiri kenduri sepupu di Hutan Bandar JB. Kami bawa sekali emak dan abah sebab memang niat nak bawa jalan-jalan.

Macam biasa, kerja saya adalah mencari tempat best untuk tidur! Kali ini kami pilih Bayu Marina Resort, berupa sebuah studio pada harga RM158 untuk satu malam. Pada hemat kami suami isteri, RM150 (+-) untuk sebuah studio adalah sangat berbaloi tambah-tambah siap ada sarapan untuk dua orang!
Memandangkan kami daftar masuk 4 orang dewasa, kami bawa satu comforter dan biarlah mak dan abah tidur atas katil. Kami dapat landing depan TV pun dah cukup sedap.

Kenduri went well. Saya kagum betul dengan majlis yang dibuat di Hutan Bandar JB ni. Siapa-siapa punya kenduri kat sini, pasti meriah dan cantik. Hutan Bandar JB ni ada satu tapak macam dewan terbuka dan di sekitarnya ada chalet (macam bilik kecil) dan sangat sesuailah untuk letak rombongan pengantin yang bertandang. Untung mak saudara saya ni. Kenduri dia memang seronok ditambah dengan persembahan zapin dan kompang di tengah-tengah dewan terbuka tu.

Saya tak akan cerita lebih tentang kenduri tu. Privasi keluarga saya tetap jaga. Yang saya nak emphasize adalah hotel yang saya duduk ni dan pengalaman kami di JB selama 3 hari 2 malam ni.
My very first consideration. Saya tak suka tandas yang tak ada paip hos. Mujurlah Bayu Marina Resort memahami perasaan saya :)
Studio ni memang luas dan sesuai dengan kami. Mak dan abah pun nampaknya suka
Table top siap dengan microwave dan water heater. Pinggan tak ada, cawan ada dua. Penyelesaiannya adalah pergi 7-11 dan beli pinggan kertas dan cawan kertas. Tak payah sentap kalau hotel sediakan kemudahan ala-ala je. Nama pun hotel. Kalau nak super sempurna, sila balik rumah. Hahahah!
Pantri bilik studio kami
Ada satu flat screen TV dan set meja makan
Ada satu set sofa menghadap TV
Dah bersedia mendarat sebab kami dah bentang toto. Seharian kenduri, sedap sungguh dapat luruskan tulang sambil tengok TV!
Katil Queen tu kami biarkan mak dan abah je yang baring. Biar mereka rasa pula sebab kami dah jenuh.
Untuk pengetahuan, semua kemudahan Bayu Marina Resort ini terletak di tingkat 9. Di situ ada kolam renang, gim dan kafe. Petang lepas kenduri tu, kami sempatkan juga terjun ke kolam ni sebagai acara wajib. Pemandangan dari kolam renang ni cantik juga sebab boleh nampak selat di bawah tu. Kolam renang tu ada penghadang kaca yang mana pemandangan di bawahnya adalah sungai/selat
Maafkan kami kerana upacara terjun kolam ini sudah menjadi acara wajib. Emak pun geleng kepala je tengok kami sebab dah macam budak-budak katanya.
"Dulu kecik-kecik kan dah bagi terjun paya tu, tak cukup lagi?"

Pagi sebelum balik tu, kami turun ke bawah untuk bersarapan. Emak dan abah agak culas nak turun. Emak-emak, abah-abah ni biasalah. Tak biasa sangat. Pagi sebelumnya abah merasalah bersarapan di cafe tu dengan suami saya. 

Bila dah biasa keluar masuk hotel ni, rasanya barulah saya faham yang menu makanan sama je kat mana-mana. Tak ada apa yang istimewa sangat melainkan variasi yang pelbagai.

Pukul 12, kami daftar keluar. Babai percutian versi JB!

Review summary:
1. Daftar masuk: Laju dan receptionist sangat mesra.
2. Bilik studio satu bilik yang kami ambil ni sangat luas.
3. Dapur: OK
4. Bilik air: OK
5. Kolam renang: Best!
6. Tempat letak kereta: Kena tahu pilih sebab petak kereta di situ ada yang resident punya.
7. Lif: Super fail. Ada 4 lif, tapi sangat perlahan. Dahla elevated park (kat atas), nak daftar keluar di bawah kena naik lif, nak pergi ke bilik pun kena naik lif. Jenuhlaaaaa nak menunggu sebabnya selalu tak berhenti di tingkat yang kita tunggu tu. Kalau berhenti pula, mesti penuh. Kau nak suruh aku terjun ke bawah ke~?

JB ini sibuknya macam KL. Bersabarlah banyak-banyak. Hahahaha~!

Demikianlah cerita percutian saya ke JB dan menginap di Bayu Marina Resort. Semoga menjadi guideline kepada anda. 

Terima kasih.

No comments