Selamat Tinggal 2016


Bismillah

2016 berbaki kurang dari 2 hari. Terlalu banyak rangkuman cerita yang saya ingin coretkan. Tapi kekangan masa selalu menjadi alasan. Hari ini saya sempatkan juga untuk menulis supaya ada bingkisan kenangan untuk sepanjang tahun 2016.

Kalau tahun lepas saya menulis mengikut bulan, kali ini saya ingin menulis secara umum saja. Bukan tidak mahu mengenang , tapi rasanya tak semua boleh dicanang.

Awal tahun 2016 saya bermula dengan agak mendatar. Saya masih struggle dengan kehidupan post-graduate yang sangat mencabar. Saya sepertinya terpaksa membina semula kerjaya saya dari bawah walaupun pernah bekerja tetap sebelum ini kerana keadaan ekonomi sebaik saya tamat pengajian sangatlah tidak memberangsangkan.
Ada kalanya saya menangis kerana kurang motivasi. Saya pernah rasa sangat useless sebab tak boleh menyumbang kepada keluarga. I feel so bad :(

Tapi Allah tu kan Maha Mendengar. Saya mendapat kerja secara kontrak di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya menjelang Ramadhan. Tetapi malang sekali apabila saya dibuli teruk apabila saya tidak dibayar gaji walaupun menjelang Aidilfitri. Sudahlah pengalaman pertama beraya dengan suami, gaji pula tidak dibayar tepat pada waktu. Atas rasa kecewa, saya tekad untuk mencari kerja lain.
Alhamdulillah temuduga sehari sebelum Nuzul Quran, saya menerima jawapan menggembirakan sehari selepas Nuzul Quran. Dan di sinilah saya bekerja sekarang.

Kehidupan saya berubah 100% selepas bekerja. Memegang jawatan isteri berkerjaya bukanlah suatu yang mudah pada mulanya. Mujurlah suami saya sangat memahami. Dia tak expect ada makan malam tersedia sebaliknya kami akan memasak bersama. Dia tak letak penanda aras rumah kena siap bersapu dan kain baju mesti siap bersusun kemas sebab sama-sama baru balik kerja dan penat.
Tapi lama-lama kami sudah boleh imbangkan kehidupan kami. Masing-masing sudah faham akan tugas masing-masing.

Kehidupan kami ok, Alhamdulillah. Kami masih berdua, Alhamdulillah. Saya tak ambil hati pun kalau ada makcik-makcik yang bertanya bila nak mengandung. Hanya Allah tahu apa yang kami putuskan untuk hidup kami. Saya ok.
Tapi doakanlah kalau-kalau ada rezeki kami di tahun 2017 untuk menimang anak.

Hakikat kehidupan, kita tak boleh nak gembirakan semua orang. Kami sedar yang kami bukanlah yang terbaik. Saya pun bukanlah orang yang sempurna. Macam mana orang buat buruk pada kita, emak dan suami sayalah yang selalu ada di belakang saya memberi semangat dan nasihat. Tipulah kalau saya tak ada sekelumit pun rasa sakit hati. Tapi saya pendam diam-diam saja dengan harapan semuanya akan berubah nanti.

2017 ends very soon. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga yang menjadi tunjang kekuatan saya, serta rakan-rakan yang setia di waktu susah dan senang saya. Mereka ini, saya doakan agar Allah mudahkan urusan mereka setiap hari sebagaimana mereka selalu memudahkan hidup saya waima hanya dengan sepotong doa.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan ditemukan dengan orang yang baik-baik di sepanjang perjalanan 2017 nanti. Lebih matang, lebih bijak, lebih sabar dan semuanya lebih. Cuma satu saja yang saya harap akan kurang:

Berat badan~

Selamat tinggal 2016!

Dhiya Dahlia

Review: Samsuria Beach Resort Cherating November 2016


Bismillah

Cerita hari pertama

Kami bergerak dari rumah seawal jam 8 pagi. Memanglah daftar masuk pukul 3 petang tapi kami sengaja keluar awal dengan hajat nak menyinggah dan berjalan-jalan sekitar Cherating.

Perjalanan kami dari rumah emak mengambil masa hanya 2 jam. Kami sampai di Cherating pada jam 10 pagi dan terus ke Santuari Penyu. Masuk percuma, tapi ada disediakan tabung sumbangan ikut keikhlasan pengunjung. Boleh tengok beberapa ekor penyu yang diletak dalam kolam air masin dan anak-anak penyu yang baru menetas. Di situ juga ada muzium penyu untuk kita lihat dengan lebih dekat akan spesies ini.
Dugong. Spesis ni dah pupus
Penyi hidup yang ditempatkan dalam kolam air masin
Keratan rentas proses kehidupan anak penyu
Karang laut 
Sedang elok tengahari, kami makan di Warung Aziz Satar. Katanya Warung Aziz Satar ni sangat terkenal. Tapi pada hemat saya, Warung Aziz Satar ini terkenal kerana namanya yang serupa dengan nama pelakon lama Aziz Satar. Warung ini bukan milik pelakon itu, cuma antara menu paling laris mereka adalah satar ikan.

Yang lainnya, saya rasa gerai ini biasa saja. Menu nasi campur pun tak banyak pilihan sangat. Cuma yang menarik perhatian adalah pelbagai masakan berasaskan goreng tepung seperti ikan, ketam, dan sotong yang dijual ikut berat. Ada juga mee calong dan keropok lekor rebus pada harga RM5/ sebungkus.
Waring Aziz Satar yang sangat masyhur dan wajib singgah kalau ke Cherating
Selepas makan tengahari, kami sengaja lajak ke Kemaman untuk melihat-lihat tempat orang kononnya.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Pantai Teluk Mak Nik.
Pemandangan di Pantai Teluk Mak Nik
Pantai ni cantik. Ada pokok-pokok rhu yang buat pantai tu teduh dan tak panas. Kami sempatlah duduk-duduk sekejap sebelum terus ke hotel untuk daftar masuk.

Daftar masuk hotel Samsuria Beach Resort Cherating:
Harga untuk satu malam: RM220
Studio satu bilik lengkap dengan peralatan dapur.
Deposit hanya RM50
Bilik studio kami. Dalam bilik ni ada TV
Ruang tamu pun ada TV. Ada 2 TV semuanya!
Peti ais pun bukan minibar calang-calang tau. Ini peti ais dua pintu!
Dapur pun super complete- Siap ada microwave, induction cooker, 1 periuk , 1 pan, sudu garpu sudip pisau semuaaaa ada
Kami pun tak sangka ada semua ni sebab sebelum ni kami pun pernah ambil studio tapi taklah sebagus ni~!
Lepas daftar masuk, solat dan duduk-duduk sekejap, kami keluar sekejap untuk mencari barang basah untuk dibuat menu makan malam. Masa tu dah petang, banyak bahan basah dah tak segar. Tapi kalau pagi, mesti ikan sotong udang ketam segar-segar belaka sebab dekat dengan jeti. Akhirnya kami beli ayam je untuk dimasak kari.

Tapi sebelum tuuuuuuuuuuuuuu, kami turun ke pantai di belakang hotel dulu. Kebetulan masa kami pergi tu, musim hujan dan ombak sangat kuat. Jadi kami hanya ambil angin dan berjalan-jalan sajalah di tepi pantai tu.
Pemandangan hotel, bahagian belakang. Lorong ni adalah lorong untuk menuju ke pantai. Cantik kannnn~!
Jalan menuju ke pantai. Tak jauh pun.
Private beach Samsuria Beach Resort
Main pasir sampai lebam!
Dah puas main pasir sampai berat nak berjalan, kami terjun ke dalam kolam renang pulak.
Kolam renang pun ok, bersih dan tak ramai sangat orang.
Masuk waktu Maghrib je, kami dah masuk hotel balik dan terus memasak. Saya tak ambil bahagian sangat sebab suami yang beria nak memasak. Jadi kasi dia 'menang' lah~
Makan malam kami
Selepas makan malam, masing-masing terdampar depan tv. Mungkin kepenatan atau mungkin kebosanan tak tahu nak buat apa atau mungkin suasana kondusif sangat sampai malas nak buat apa-apa. Kami layan HBO je sampai tertidur.

Demikianlah kami menutup tirai hari pertama di Cherating.

Cerita hari kedua

Pagi-pagi lagi kami dah keluar mencari sarapan. Memandangkan suami saya ni agak cerewet dalam bab makan ditambah dengan tak banyak kedai yang buka, dia memandu sampai ke sempadan Kemaman tu untuk mencari nasi dagang dan lain-lain menu Pantai Timur. Akhirnya kami jumpa satu gerai yang jual banyak sangat menu. Saya beli nasi dagang, nasi kerabu, nasi lemak, roti canai, air panas dan beberapa ketul kuih. Marvelous!

Selepas bersarapan, kami sekali lagi terjun ke kolam sebelum daftar keluar. Ini memang ritual yang kami tak boleh lepaskan sejak dari dulu lagi! Selepas itu kami sekali lagi ke pantai sebab nak ambil angin pagi.
Suasana pagi di private beach hotel kami. Masa ni tak ramai orang, tak macam waktu petang semalam.
Selesai mandi, kami bersiap untuk mendaftar keluar. Kami singgah di gerai keropok lekor di sepanjang jalan sebelum pintu gerbang Terengganu tu untuk membeli sedikit keropok. Harga semua sama je sebab mereka bersaing rapat di situ. Kebanyakan pengusaha keropok lekor memproses keropok mereka di situ dan anda boleh tengok depan mata macam mana keropok lekor diuli dan direbus.
Membeli belah!
Selesai membeli belah, kami terus balik sebab kami ni mengejar masa nak balik ke KL pula. Perjalanan kami diiringi hujan renyai dan semua pun dan mengantuk dan kepenatan.
Perjalanan balik ke rumah mak. Baru saya sedar: Chenor dengan Temerloh memang 3 km je ke? Macam mana deorang kira ya?
Dalam perjalanan, kami singgah membeli ikan Patin dan sebaik sampai di rumah, kami terus memasak. Kami tidur sekejap dan cepat-cepat bersiap untuk balik ke KL pula. Begitulah ceritanya.

Kalau nak fikir penat, memanglah penat. Tapi sebab kami bawa mak dan abah (sengaja saya tak cerita dari awal), kami anggap ini adalah hadiah dari kami untuk mak dan abah yang banyak sangat bersusah payah untuk kami berdua selama ini.

Cerita travelog yang banyak-banyak saya tulis ni bukan untuk menunjuk-nunjuk. Saya terima banyak email bertanya tentang tempat-tempat yang saya dah pergi dan Alhamdulillah saya entertain mereka dengan hati yang terbuka. Saya tak boleh review sangat tentang bajet sebab setiap orang ada bajet sendiri. Mungkin pada saya RM300/ malam tu dah cukup mahal, tapi orang lain mungkin rasa masih ok. Bab makan pun begitu. Saya mungkin cakap restoran A tu sedap tapi mungkin orang lain rasa lain pula. We are different, friends. :)

Banyak lagi entri travelog lepas ni. Insya Allah saya berazam untuk konsisten menulis sepanjang tahun 2017. 

Terima kasih kerana membaca!

Dhiya

Pantai Jeram


Bismillah!

This entry is basically to introduce you our (my husband, to be exact) new gadget which in line with our new interest.
My husband decided to buy this sport action camera (something very similar to GoPro, but we can't afford to buy one) because he found that there is a need for us to have it. Ever since we got married, we travelled a lot and brought the big chunk Nikon DSLR. After few times of travelling, we had agreed that our baby Nikon is now a toddler and too big for short getaway and backpacking trips. So that's why my husband bought this tiny camera.

A day after buying the camera, we went to Pantai Jeram. Initially we planned to go to Sekinchan paddy field but it's too far for us. Pantai Jeram will do. Not a big issue at all, as long as we can get to know our new baby better.

It's a high tide peak season at that time. Weekend and sunset were the best combination for us to enjoy sightseeing and playing around with our camera.

So here're the pictures snapped by using our newly bought action camera. We're very happy with the performance so far. The photos captured are all awesome. We love the under water photos during our short vacation in Cherating last 2 fortnight.
The video recordings are also sharp and decent. The connection with the apps is real in time, with no delay. We like it super much.
Wide lens produce wide view photo.
Since the camera can be connected to the smartphone, we can instantly upload the photos and upload them into the social media. (Sorry I don't do this. The more you show, the less you have~!) That's my personal policy. 
People were enjoying the sunset. Pantai Jeram provides you a vast parking space and a lot of stalls. It's very suitable for families. Bring along your kids' tricycle and kites and they will be happy enough.
For those who are looking for hotels and homestay around Pantai Jeram, yes you can. There're so many budget hotels and homestays around the location including Kuala Selangor, Sungai Besar and even Sekinchan!

And most importantly, you have to try Aroma Ikan Bakar Jeram. It's just nearby Pantai Jeram. Enjoy the original taste of seafood at the jetty. You will like it!

My Pantai Jeram and baby camera review ends here. More reviews are coming.

Bye!

Dhiya Dahlia

Bayu Marina Resort, JB


Bismillah

Hujung Oktober lepas, kami ke JB untuk menghadiri kenduri sepupu di Hutan Bandar JB. Kami bawa sekali emak dan abah sebab memang niat nak bawa jalan-jalan.

Macam biasa, kerja saya adalah mencari tempat best untuk tidur! Kali ini kami pilih Bayu Marina Resort, berupa sebuah studio pada harga RM158 untuk satu malam. Pada hemat kami suami isteri, RM150 (+-) untuk sebuah studio adalah sangat berbaloi tambah-tambah siap ada sarapan untuk dua orang!
Memandangkan kami daftar masuk 4 orang dewasa, kami bawa satu comforter dan biarlah mak dan abah tidur atas katil. Kami dapat landing depan TV pun dah cukup sedap.

Kenduri went well. Saya kagum betul dengan majlis yang dibuat di Hutan Bandar JB ni. Siapa-siapa punya kenduri kat sini, pasti meriah dan cantik. Hutan Bandar JB ni ada satu tapak macam dewan terbuka dan di sekitarnya ada chalet (macam bilik kecil) dan sangat sesuailah untuk letak rombongan pengantin yang bertandang. Untung mak saudara saya ni. Kenduri dia memang seronok ditambah dengan persembahan zapin dan kompang di tengah-tengah dewan terbuka tu.

Saya tak akan cerita lebih tentang kenduri tu. Privasi keluarga saya tetap jaga. Yang saya nak emphasize adalah hotel yang saya duduk ni dan pengalaman kami di JB selama 3 hari 2 malam ni.
My very first consideration. Saya tak suka tandas yang tak ada paip hos. Mujurlah Bayu Marina Resort memahami perasaan saya :)
Studio ni memang luas dan sesuai dengan kami. Mak dan abah pun nampaknya suka
Table top siap dengan microwave dan water heater. Pinggan tak ada, cawan ada dua. Penyelesaiannya adalah pergi 7-11 dan beli pinggan kertas dan cawan kertas. Tak payah sentap kalau hotel sediakan kemudahan ala-ala je. Nama pun hotel. Kalau nak super sempurna, sila balik rumah. Hahahah!
Pantri bilik studio kami
Ada satu flat screen TV dan set meja makan
Ada satu set sofa menghadap TV
Dah bersedia mendarat sebab kami dah bentang toto. Seharian kenduri, sedap sungguh dapat luruskan tulang sambil tengok TV!
Katil Queen tu kami biarkan mak dan abah je yang baring. Biar mereka rasa pula sebab kami dah jenuh.
Untuk pengetahuan, semua kemudahan Bayu Marina Resort ini terletak di tingkat 9. Di situ ada kolam renang, gim dan kafe. Petang lepas kenduri tu, kami sempatkan juga terjun ke kolam ni sebagai acara wajib. Pemandangan dari kolam renang ni cantik juga sebab boleh nampak selat di bawah tu. Kolam renang tu ada penghadang kaca yang mana pemandangan di bawahnya adalah sungai/selat
Maafkan kami kerana upacara terjun kolam ini sudah menjadi acara wajib. Emak pun geleng kepala je tengok kami sebab dah macam budak-budak katanya.
"Dulu kecik-kecik kan dah bagi terjun paya tu, tak cukup lagi?"

Pagi sebelum balik tu, kami turun ke bawah untuk bersarapan. Emak dan abah agak culas nak turun. Emak-emak, abah-abah ni biasalah. Tak biasa sangat. Pagi sebelumnya abah merasalah bersarapan di cafe tu dengan suami saya. 

Bila dah biasa keluar masuk hotel ni, rasanya barulah saya faham yang menu makanan sama je kat mana-mana. Tak ada apa yang istimewa sangat melainkan variasi yang pelbagai.

Pukul 12, kami daftar keluar. Babai percutian versi JB!

Review summary:
1. Daftar masuk: Laju dan receptionist sangat mesra.
2. Bilik studio satu bilik yang kami ambil ni sangat luas.
3. Dapur: OK
4. Bilik air: OK
5. Kolam renang: Best!
6. Tempat letak kereta: Kena tahu pilih sebab petak kereta di situ ada yang resident punya.
7. Lif: Super fail. Ada 4 lif, tapi sangat perlahan. Dahla elevated park (kat atas), nak daftar keluar di bawah kena naik lif, nak pergi ke bilik pun kena naik lif. Jenuhlaaaaa nak menunggu sebabnya selalu tak berhenti di tingkat yang kita tunggu tu. Kalau berhenti pula, mesti penuh. Kau nak suruh aku terjun ke bawah ke~?

JB ini sibuknya macam KL. Bersabarlah banyak-banyak. Hahahaha~!

Demikianlah cerita percutian saya ke JB dan menginap di Bayu Marina Resort. Semoga menjadi guideline kepada anda. 

Terima kasih.