Bismillah
Ini adalah cerita super back dated tak tahu nak habaq macam mana dah. But I think worth sharing with you girls out there yang masih rasa nak guna glass jar sebagai door gift majlis kahwin anda. Sounds a bit obsolete, but Insya Allah still significant.
Botol-botol kaca ni saya beli di Puchong.
Nama kedai: Quality Pack Sdn Bhd
Lokasi: Puchong, lokasi tepat dalam laman web QP
Website: Quality Pack
Rasanya semua bakal pengantin dan orang yang familiar dengan packaging akan tahu kedai ni. Orang yang buat perkhidmatan goodie bag kenduri pun kebanyakannya ambil botol di sini. QP ni terletak dalam deretan kedai biasa saja tapi nama kedai ni paling jelas dan dapat dilihat. Sure senang je nak cari.
Kenapa kena beli kat kedai ni? Sebab murah. Kalau kat luar boleh cecah RM1.00 ke RM1.50, di kedai ni masih boleh dapat bawah dari harga tu. Walaupun ada GST, tapi masih murah dan reliable.
Saya pergi dengan Yan, sewaktu lunch break je. Masa tu kerja di UPM, jadi boleh sangat melesap sekejap sebab dah tahu nak beli apa.
Masa kami sampai tu, ramai juga orang. Tapi mereka ni datang untuk tengok-tengok dulu. Kalau orang macam saya yang dah tahu nak beli apa, terus pergi ke kaunter dan beritahu nak item yang mana, kuantiti dan mereka akan terus siapkan invois.
Antara jenis botol yang dijual. Botol kaca, botol plastik dengan pelbagai bentuk dan saiz semua ada. Harga ada pada setiap produk. |
Untuk pengetahuan, harga botol kaca tu tak termasuk harga penutupnya. Tapi jangan bimbang, masih bawah RM1.00 untuk botol kaca yang biasa orang buat goodie tu. Macam yang saya beli, setiap biji botol kaca sekali dengan penutupnya tu baru jatuh 68 sen. Saya beli dua kotak yang di dalamnya 30 botol setiap kotak. Nice. DIY projek lah katakan~
Kotak yang dah sedia untuk dimasukkan ke dalam kereta. Hati-hati. Berat oi~! |
Selepas buat bayaran, boleh ambil barang. Kalau nak senang, sila park kereta anda di belakang kedai tu siap-siap sebab kotak-kotak botol kaca anda semua akan keluar dari pintu belakang. Memandangkan kami ni tak ada kudrat lelaki, pakai baju kurung pula- Maka dengan baik hatinya pekerja QP telah bantu kami bawa masuk kotak tu ke dalam kereta!
Botol-botol kaca saya. Botol kaca dengan penutupnya diasingkan tau. |
Botol kaca tu saya memang tak bawa keluar dari kereta, sebab minggu depannya terus bawa balik ke kampung. Takut juga kalau diusung-usung- pecah- naya~!
Now it comes to design part. Part DIY yang paling saya suka! Untuk pengetahuan, saya ini bukanlah orang yang pakar dalam design. Berbekalkan sedikit minat dan bakat, saya buat sendiri saja label untuk penutup botol kaca tu. Banyak kali juga saya cuba-cuba supaya saiznya elok-elok je dengan penutup botol tu. Bila dah puas hati, saya hantar ke kedai di Seri Serdang (dekat UPM) dan minta print warna. Bayar jelah. Jangan lupa, gunting sendiri. Nama pun cheapskate dan DIY kan~!
Kejadiannya bila dah siap:
Proses melekatkan pelekat DIY saya. |
Dah siap! |
Jenuh juga sebenarnya nak melekatkan guna kuasa manual ni. Tapi mujurlah ada Nurul. Bila ada empat tangan tu, lajulah sikit. Dua mulut pun lajulah jugaaaaa!
Bila dah siap, bolehlah masukkan apa yang nak dimasukkan dalam botol tu. Macam saya, saya masukkan biskut warna warni yang alaaaaa zaman kita budak budak dulu suka sangat makan~ Saja nak menggamit memori.
Hasil mahsul |
Dan 2-3 hari sebelum majlis, kami bergotong royonglah mengisi biskut ni ke dalam botol dan berikut adalah kejadiannya:
Botol kaca ni saya tak beli banyak sebab sengaja saya buat istimewa untuk goodie rombongan pengantin lelaki dan kawan-kawan rapat saya yang datang. |
1. QP terletak di Puchong. Boleh buka Google Map untuk tengok lokasi
2. Harga bergantung kepada jenis dan saiz packaging yang anda nak beli
3. Harga botol kaca dengan penutupnya adalah asing. Tapi masih murah
4. Kalau beli banyak, bawalah kenderaan besar dan load lah dengan berhati-hati
5. Letak kereta anda siap-siap di belakang kedai bagi memudahkan urusan loading
Tips Ex-Bride to Be
Dhiya
murah betul harganya...berbaloikan pergi beli sendiri...
ReplyDeletemurahnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteBoleh bagi contact no?
ReplyDeletecontact no siapa, awak? saya atau kedai? kalua qp punya nombor, awak boleh google saje. tp utk urusan tempahan dgn saya, blh email diahalida@gmail.com.
Delete