Bunga Tisu Lagi


Bismillah

Ubat stress.

Bermula dengan hobi, kemudian buat untuk majlis kahwin sendiri, sekarang inilah yang mengisi masa luang saya.
Saya menerima tempahan. Tapi bukan 1000pcs punya load. Takat 50 ke 100 boleh lah, penghantaran percuma sekitar KL.

Assalamualaikum to diahalida@gmail.com untuk tempahan

Wedding Review: Bottle Jar- Beli dan DIY Hias Sendiri


Bismillah

Ini adalah cerita super back dated tak tahu nak habaq macam mana dah. But I think worth sharing with you girls out there yang masih rasa nak guna glass jar sebagai door gift majlis kahwin anda. Sounds a bit obsolete, but Insya Allah still significant.

Botol-botol kaca ni saya beli di Puchong.
Nama kedai: Quality Pack Sdn Bhd
Lokasi: Puchong, lokasi tepat dalam laman web QP
Website: Quality Pack

Rasanya semua bakal pengantin dan orang yang familiar dengan packaging akan tahu kedai ni. Orang yang buat perkhidmatan goodie bag kenduri pun kebanyakannya ambil botol di sini. QP ni terletak dalam deretan kedai biasa saja tapi nama kedai ni paling jelas dan dapat dilihat. Sure senang je nak cari.

Kenapa kena beli kat kedai ni? Sebab murah. Kalau kat luar boleh cecah RM1.00 ke RM1.50, di kedai ni masih boleh dapat bawah dari harga tu. Walaupun ada GST, tapi masih murah dan reliable.

Saya pergi dengan Yan, sewaktu lunch break je. Masa tu kerja di UPM, jadi boleh sangat melesap sekejap sebab dah tahu nak beli apa.

Masa kami sampai tu, ramai juga orang. Tapi mereka ni datang untuk tengok-tengok dulu. Kalau orang macam saya yang dah tahu nak beli apa, terus pergi ke kaunter dan beritahu nak item yang mana, kuantiti dan mereka akan terus siapkan invois.
Antara jenis botol yang dijual. Botol kaca, botol plastik dengan pelbagai bentuk dan saiz semua ada. Harga ada pada setiap produk.
Untuk pengetahuan, harga botol kaca tu tak termasuk harga penutupnya. Tapi jangan bimbang, masih bawah RM1.00 untuk botol kaca yang biasa orang buat goodie tu. Macam yang saya beli, setiap biji botol kaca sekali dengan penutupnya tu baru jatuh 68 sen. Saya beli dua kotak yang di dalamnya 30 botol setiap kotak. Nice. DIY projek lah katakan~
Kotak yang dah sedia untuk dimasukkan ke dalam kereta. Hati-hati. Berat oi~!
Selepas buat bayaran, boleh ambil barang. Kalau nak senang, sila park kereta anda di belakang kedai tu siap-siap sebab kotak-kotak botol kaca anda semua akan keluar dari pintu belakang. Memandangkan kami ni tak ada kudrat lelaki, pakai baju kurung pula- Maka dengan baik hatinya pekerja QP telah bantu kami bawa masuk kotak tu ke dalam kereta!
Botol-botol kaca saya. Botol kaca dengan penutupnya diasingkan tau.
Botol kaca tu saya memang tak bawa keluar dari kereta, sebab minggu depannya terus bawa balik ke kampung. Takut juga kalau diusung-usung- pecah- naya~!

Now it comes to design part. Part DIY yang paling saya suka! Untuk pengetahuan, saya ini bukanlah orang yang pakar dalam design. Berbekalkan sedikit minat dan bakat, saya buat sendiri saja label untuk penutup botol kaca tu. Banyak kali juga saya cuba-cuba supaya saiznya elok-elok je dengan penutup botol tu. Bila dah puas hati, saya hantar ke kedai di Seri Serdang (dekat UPM) dan minta print warna. Bayar jelah. Jangan lupa, gunting sendiri. Nama pun cheapskate dan DIY kan~!

Kejadiannya bila dah siap:
Proses melekatkan pelekat DIY saya.
Saya lekatkan dengan sticky glue UHU je. Jangan guna gam yang berlendir tu sebab nanti comot dan messy!
Dah siap!
Jenuh juga sebenarnya nak melekatkan guna kuasa manual ni. Tapi mujurlah ada Nurul. Bila ada empat tangan tu, lajulah sikit. Dua mulut pun lajulah jugaaaaa!
Bila dah siap, bolehlah masukkan apa yang nak dimasukkan dalam botol tu. Macam saya, saya masukkan biskut warna warni yang alaaaaa zaman kita budak budak dulu suka sangat makan~ Saja nak menggamit memori.
Hasil mahsul
Memandangkan persiapan saya agak awal, saya simpan dulu dalam kotak lepas siap tampal label tu elok-elok.
Dan 2-3 hari sebelum majlis, kami bergotong royonglah mengisi biskut ni ke dalam botol dan berikut adalah kejadiannya:
Botol kaca ni saya tak beli banyak sebab sengaja saya buat istimewa untuk goodie rombongan pengantin lelaki dan kawan-kawan rapat saya yang datang.
Tips:
1. QP terletak di Puchong. Boleh buka Google Map untuk tengok lokasi
2. Harga bergantung kepada jenis dan saiz packaging yang anda nak beli
3. Harga botol kaca dengan penutupnya adalah asing. Tapi masih murah
4. Kalau beli banyak, bawalah kenderaan besar dan load lah dengan berhati-hati
5. Letak kereta anda siap-siap di belakang kedai bagi memudahkan urusan loading

Tips Ex-Bride to Be
Dhiya

Nasi Balut


Situasi: Lepas makan malam
Lokasi: Depan tv

A: Tadi tengahari makan apa, bang?
B: Nasi balut je
A: Nasi balut? D selalu dengar nasi bungkus je. Kreatif juga~
A: Nasi balut lauk apa, bang?
B: Ayam je. Adalah sayur sikit-sikit.
.
.
.
.
.
.
.
B: D, taknak tanya ke abang beli mana nasi balut tu?
A: Alah. Nasi tu kan selalu abang beli kat lori pakcik yang jual nasi campur dekat ofis abang tu.
B: Taklah. Nama moden dia rice wrap, abang beli kat KFC.

Kembang kempis aku tengok dia ni. Nak gelak ke nak marah tak tahulah.

Ya Rabbi!

Travelog Dhiya: Langkawi 3D2N- Day 3


Bismillah

Hari ketiga di Langkawi. Kami daftar keluar seawal jam 8 pagi sebab dah tak ada rancangan untuk kembali ke Cenang. Kami terus ke Skyride untuk menaiki kereta kabel. Waktu kami sampai, hari mulai hujan. Agak kecewa jugalah. Tapi kami teruskan juga.

Kami bersarapan di Oriental Village. Skyride ni memang terletak dalam Oriental Village dan Oriental Village ini pula macam satu kawasan yang ada kedai-kedai menjual barang cenderamata, makanan dan tempat-tempat menarik dan cantik.

Harga masuk Oriental Village: Percuma
Harga tiket Skyride: RM30 seorang (Mykad)

Satu-satunya masalah saya di Skyride ini adalah gayat. Itu memang kelemahan saya. Jangan persoalkan kenapa. Tapi saya lawan juga sebab dah alang-alang sampai, kenalah cuba. Sekali seumur hidup pun jadilah!
Pemandangan di sekitar Oriental Village. Pemandangannya cantik, tapi masa kami sampai tu, hari mendung dan hujan renyai.
Dekat dengan SkyRex ni, ada gerai makan. Kami bersarapan di situlah sementara menunggu kaunter tiket dibuka. Tapi harga dia tak samalah macam harga nasi lemak lori. Sebungkus nasi lemak di sini berharga RM2.90. Air teh o pun kami kongsi je. Lantaklaaa orang nak kata kedekut pun~
Kami antara orang yang terawal dapat naik. Cuma yang tak best sikit sebab ada hampir 200 pelancong luar yang beratur dan buat bising. Kami biarkan mereka lepas dulu. Bila dah nampak mereka turun dari Skycab (bukan lama pun mereka kat atas tu), barulah kami naik ke atas.

Saya tak enjoy sangat Skyride tu sebab saya tutup mata all the way naik ke atas (Teruk gilaaa~!). Sekali sekala gondola tu bergoyang sebab ditiup angin (mungkin). Sekali sekala suami saya paksa saya buka mata tengok pemandangan luar. Bukalah juga mata, itupun sikit saja. Sampai pada satu ketinggian, kabus dah banyak dan kami tak boleh tengok apa-apa lagi.

Skyride ni ada dua stesen. Dari bawah, ia akan berhenti di stesen tengah dan biarkan kita tengok-tengok pemandangan. Macam saya cakap tadi, memandangakan cuaca berkabus, tak ada apa sangat yang kami boleh tengok dan ambil keputusan untuk sambung naik Skycab ke stesen paling atas sekali. Perjalanan ke stesen tengah tu dalam 15 minit (ke lama sangat sebab aku tutup mata~?). Dari stesen tengah nak ke puncak tu dalam 5 minit saja.
Pemandangan
Platform di stesen tengah.
Nak frust ke nak happy tak tahulah. Suami saya frust sebab tak dapat tengok pemandangan cantik. Saya pula happy sebab tak payah lawan gayat tengok pemandangan dari tempat tinggi!
Nampak tak motor kabel yang bulat warna oren tu? Itulah alat yang 'pegang' tali kabel gondola yang korang naik tu. Ngeri wehh~!
Pemandangan di stesen puncak. Kalau tak kabus, memang cantik rasanya. Ini nak berjalan pun rimas sebab tak nampak anak tangga kat depan hidung~
Kami menunggu agak lama di atas tu dengan harapan kabus akan hilang sebab hujan dah mula berhenti. Kami sempatlah makan tengahari di atas sana semata-mata menunggu kabus hilang. Tapi nampaknya tak ada izin untuk kami.
Pemandangan (lagi)
Ketika kami berjalan secara 'nature walk' untuk ke Sky Bridge, hujan turun dengan lebatnya. Kami berlindung di bawah bridge tu, dah macam filem aksi pula. Lama juga kami berteduh di bawah tu hingga memang tak nampak langsung harapan untuk naik ke Sky Bridge. Akhirnya ada seorang pekerja panggil kami dan 'selamatkan' kami naik semula ke atas dengan menggunakan glider. Untunglah sebab tak payah bayar RM15 glider tu!
Kami bayar RM3 untuk berjalan menghala ke Sky Bridge. Kalau naik glider tu RM15. Berjalan pun tak adalah jauh sangat. Tak sedar pun berjalan jauh sebab pemandangan agak cantik sebenarnya.
Sebaik diselamatkan, kami ambil keputusan untuk turun je lah. Kecewa ada, syukur pun ada. Nak turun ni pun satu hal pula nak menjerit nak histeria bagai. Tapi Alhamdulillah kami selamat turun walaupun meracau tak tentu hala sebab gayat~
Perjalanan turun
Apabila dah selamat turun, kami melalui kedai cenderamata dan ternampaklah objek ini:
Inilah wayar kabel yang membawa gondola yang kami naik tadi. Kredibilitinya tak perlu dipersoalkan sebab strukturnya sangat kuat. Cuma manusia penakut macam saya ni akan cari sejuta alasan untuk tak akan naik lagi Sky Ride tu.
Kami seterusnya berjalan-jalan saja di sekitar Oriental Village. Hari masih hujan. Kami pula memang sudah basah kuyup, itupun nasib bawa satu payung.
Dalam Oriental Village ni ada food court. Harga pun ok affordable, ia terletak agak terpencil di kawasan belakang. Kami makan nasi goreng dan burger di situ sebelum keluar.

Acara kami sudah habis sebenarnya. Masih ada beberapa jam untuk terbang balik ke KL. Jadi kami habiskan masa (dan duit) di HIG untuk kali terakhir bagi mengisi ruang-ruang kosong dalam beg. Rugi oi kalau AA dah allocate 7 kg, tapi kau tak utilize. Hahaahhaha!
Keluar dari HIG, kami makan laksa (untuk kali terakhir) dan singgah di Petronas untuk tukar baju yang basah kuyup tadi sambil mengemas-ngemas beg. Terasa sedih pula nak tingalkan Langkawi ni. Tapi tak apalah- Dah mai sekali, dah boleh kira pulun lah~

Kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi jam 6.45 petang. Pukul 7 solat Maghrib dan terus daftar masuk sebab penerbangan kami jam 8.15 malam. 45 minit perjalanan, kami sampai KLIA2 dan terus ke Putrajaya Sentral untuk ambil kereta. Sementara merayau (sebab lupa parking kat mana), sampai ke rumah dalam pukul 12 malam jugalah.

Parking @ Putrajaya Sentral: ~RM20
Pakej hotel + kereta + island hoppiing : ~ RM280
Tiket kapal terbang: ~RM260
Makan: ~RM100 (cincai street food dan pasar malam je)
Tiket masuk sana sini: ~RM100
Minyak kereta: Shell card penyelamat (free)
Membeli belah: ~RM150 

Demikianlah kisah pengembaraan kami ke Langkawi selama 3 hari 2 malam.

Backpack style, motel je, kereta Viva, sidai baju basah pun kat seat belakang je sambil drive. Lalalala

Rasanya kalau datang lagi, sewa kereta je. Tak payah sewa hotel. Kita tidur dalam kereta je. Masjid banyak kalau nak tumpang mandi. Hahhahah~!

Dhiya the cheapskate

Travelog Dhiya: Langkawi 3D2N- Day 2


Bismillah

Hari kedua di Langkawi diteruskan. Program kami pada pagi tu adalah island hopping. Pagi tu ada seorang runner telefon dan beritahu di mana untuk kami tunggu mereka. Tepat jam 9 pagi, kami dibawa menaiki van ke tempat menunggu. Masa tu dah ramai orang dari macam-macam hotel dan macam-macam pakej. Macam kami yang gamble berdua je ni, kami dimasukkan dengan satu keluarga dari Pakistan dan dua orang perempuan sekawan.
Pemandangan di pick-up point island hopping
Kami tak menunggu lama pun untuk dapat naik bot. Dalam 10 minit saja, runner tadi tu sudah arrange semuanya untuk kami. Perjalanan bermula!

Gambar-gambar pemandangan sepanjang menaiki bot:
Destinasi pertama kami adalah Tasik Dayang Bunting. Nak masuk ke TDB ni kena bayar RM3 seorang. Kemudian apa-apa aktiviti di TDB tu semua berbayar. Life jacket (wajib pakai semasa berenang) pun kena bayar RM10 seorang.
Tapi pendapat saya, tak rugi pun untuk spend sikit di sini untuk  merasa. Bukan mudah dan bukan selalu dapat datang ke TDB ni.
Oh ya, masa yang diberikan oleh pemandu bot adalah selama sejam saja. Nak berenang, nak naik itik kayuh, nak bergambar- Semua dalam sejam tu saja. Lambat, jadilah kau penghuni pulau!
Jeti untuk ke pintu masuk TDB
Tasik Dayang Bunting ini adalah tasik air tawar yang merupakan kawasan tadahan air di balik bukit. Nampak sangat jelas kekuasaan Allah, di saat kau di tengah-tengah laut- Boleh jumpa air tawar. Tazkirah sikit~
Nak mendaki ke atas tu satu hal lain pula. Boleh tahan penat dibuatnya. Tapi sebab fikir dah alang-alang sampai, maka gagahkan juga. Sila berhati-hati sebab ada monyet yang kelaparan di TDB ni. Jangan pegang plastik makanan. Simpan kemas-kemas dalam beg sandang. Kalau tak, jadilah drama 'Aku berebut dengan monyet'.
Pemandangan TDB dari atas. Masya Allah cantik sangat-sangat! Cuma saya yang rasa 'ngeri' sikit sebab tasik ni sangat luas macam laut.
Jadi inilah dia Tasik Dayang Bunting, yang dikatakan menjadi tumpuan bukan saja kerana pemandangannya yang cantik, tetapi juga menjadi tempat pengunjung yang berhajatkan anak untuk mandi dan minum air TDB. Kelakar pun ada juga. Tak apalah, kita tak akan cakap bab tu di sini. Yang penting TDB ini sangat cantik dan indah!
Ramai pengunjung yang mandi.
Tempat mandi cetek ada disediakan terutamanya untuk pengujung yang bawa anak.
Saya difahamkan tasik ini berkedalaman 15 meter. Dalam juga. Tempat berenang pun sudah disediakan dan ditandakan dengan jaring dan pelampung. Maksudnya kita tak boleh berenang sesuka hati dalam TDB ni. Ikut saja arahan keselamatan. Lagipun sejam masa yang diberi bukan boleh berenang ke seluruh pelusuk tasik tu.

Setengah jam pertama, kami sewa kereta kayuh berkuasa solar tu pada harga RM20 dan berkayuhlah kami ke tengah tasik. Boleh tahan cuak juga dibuatnya. Tapi nak merasa punya pasal, beranikan sajalah diri. Selepas puas bergambar bagai, kami balik ke tebing dan baki lagi setengah jam kami guna untuk berenang. 
Cukup sejam, kami baru gerak ke jeti untuk dapatkan bot kami. Itu pun dah dikira orang terakhir. Ouh!
Destinasi seterusnya adalah Pulau Singa Besar. Di situ tak ada aktiviti apa sangat melainkan melihat burung helang yang banyak terdapat di situ. Kadang-kadang pemandu bot akan bawa kulit ayam dan campak ke dalam air untuk beri helang makan dan penumpang dapatlah tengok dengan lebih dekat. Malangnya sewaktu kami sampai di sini, hari mulai hujan dan helang sudah mula mencari tempat teduh. Tapi dapatlah tengok sekejap sebelum hujan tu.
Destinasi terakhir adalah Pulau Beras Basah. Nasib tak berapa menyebelahi kami sebab hari masih hujan. Nak turun mandi atau bergambar pun macam dah tak semangat. Akhirnya kami sepakat je untuk balik ke tempat pick up tadi dan menamatkan aktiviti island hopping ini.

Tapi aktiviti air kami tak berakhir di situ. Selepas dihantar balik ke hotel, kami merayap ke Pantai Cenang dan bergambar sakan pula di situ. Ombak sangat kuat, walaupun hujan dah berhenti. Agak tak sesuai untuk mandi. Sebab itu kami hanya main di gigi air saja.
Bila dah puas, barulah kami balik ke hotel. Masa tu dalam pukul 12.30 tengahari. Kami bersiap-siap untuk itinerari seterusnya:

Kilang gamat Nusantara.

Rasanya bukan nama ke Langkawi kalau tak ke tempat signature ni. Langkawi memang sinonim dengan gamat. Sebab itulah kami cuba cari masa dan peluang untuk tengok dari dekat kisah gamat ni dan beli sedikit untuk mak dan abah sebab semua pun tahu khasiat gamat ni.
Inilah dia kawah untuk merebus gamat. Jakun la juga sebab inilah kali pertama tengok.
Antara herba lain yang digunakan dalam proses pembuatan minyak gamat.
Emak gamat. Kalau kecut, beginilah rupanya. Tapi menurut orang tempatan, kalau direbus balik, emak gamat ni boleh mengembang balik kepada bentuk asalnya dan boleh dibuat sup.
Siap membeli gamat, kami terus ke Beras Terbakar. Tapak Beras Terbakar je lagi yang tinggal. Tapak tu terletak di halaman rumah persendirian yang sangat cantik. Sebelum ke tapak tu, kita akan lalu gerai-gerai jualan pakaian yang sangatlah menggoda jiwa. Kain, baju, pelikat, semua cantik-cantik!
Rumah persendirian. Jangan pula buka kasut dan masuk.
Beras terbakar yang tinggal diletakkan di dalam kotak kaca, untuk tontonan pelawat.
Dulu-dulu, orang kata-Kalau kita kuis atau gali tanah tu, kita boleh nampak beras berwarna hitam yang dikatakan beras terbakar tu. Tapi selepas berpuluh-puluh tahun, haruslah beras tu decomposed menjadi tanah. Yang tinggal hanyalah tapak yang dipagarkan sebagai tanda sahaja.

Destinasi seterusnya adalah Tanjung Rhu. Tapi nasib sekali lagi tak menyebelahi kami sebab cuaca gelap dan hari mulai hujan. Kami berkurung dalam kereta saja menunggu hujan teduh.
Sebaik hujan berhenti, kami ke Pantai Pasir Hitam. Pantai ni tak boleh dibuat mandi. Tak ada orang mandi pun. Jangan jadi pelik dari orang ya. Gambar di bawah mungkin boleh menjawab kenapa pantai ini pasirnya hitam:
Pemandangan Pantai Pasir Hitam.
Bila hari dah malam, kami balik ke Cenang. Kami makan malam di kawasan Cenang saja. Serius tak perlu susah hati sebab di Cenang sangatlah banyak tempat makan. Insya Allah tak mati kelaparan. Kami pilih untuk makan street food saja sebab Old Town ke, KFC ke  was too mainstream for us. Kat KL pun boleh jumpa.

Lepas makan, kami berjalan kaki sambil melihat telatah orang di Cenang. Nak balik hotel pun, awal lagi.
Bila dah malam sikit, kami ke Secret Recipe sebab macam lapar. Beli kek, kemudian kami berjalan kaki melepak di Pantai Cenang. Aktiviti malam ni sangat santai. Tak ada membeli belah sangat.  
Walkaway ke Pantai Cenang.
Malam kedua di Langkawi Selesai. Secara keseluruhannya, kami puas hati la walaupun ada hujan sikit-sikit. Hujan tu pun bukan bawah kawalan kita.

Entri seterusnya adalah entri terakhir. Hari ketiga di Langkawi sebelum terbang balik ke KL~!

Salam sayang, 
Dhiya