Pesta Buku: PWTC atau MAEPS?


Sudah dua minggu PBAKL berlangsung. Bagi saya, ini adalah antara ritual tahunan wajib bagi saya. Tahun ini banyak yang berbeza. Tahun pertama ke PBAKL sebagai isteri dan tahun pertama ke PBAKL di MAEPS Serdang.

Menjadi seorang isteri, semestinya minat saya bukan lagi terhadap buku-buku novel atau bacaan fiksyen yang boleh dibaca untuk merehatkan otak. Misi pencarian buku saya kali ini lebih fokus dan sangat feminin. Saya banyak aim buku resepi dan motivasi diri. Terasa dengan sendirinya minat terhadap buku muda mudi sudah hilang dan saya sangat bersyukur dengan perkembangan yang seiring dengan usia itu.
Namun, pertukaran lokasi PBAKL yang selalunya diadakan di PWTC ke MAEPS pada tahun ini menimbulkan cakap-cakap yang pelbagai dari segenap lapisan pihak yang terlibat dengan PBAKL bermula dari pempamer hinggalah kepada pengunjung.

Sangkaan saya mudah:
PBAKL yang biasanya diadakan di PWTC telah 'bertembung' dengan satu lagi acara tahunan negara yang sangat penting yang turut menggunakan tempat yang sama iaitu Pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA 2016).

Selama beberapa tahun, saya sudah terbiasa dengan lokasi PBAKL di PWTC. Dekat dengan saya yang ketika itu tinggal di KL, pengangkutan awam yang mudah dan reruai buku yang all under one roof.
Tapi di MAEPS, saya terpaksa memandu kereta kerana shuttle yang disediakan macam tak membantu sangat. MAEPS tu kan besar. Jadi saya selesa memandu sendiri terus ke tempat letak kereta yang disediakan dengan bayaran RM3 sekali masuk. Bab bayaran tempat letak kereta ni pun satu hal juga. Awal pagi, ketika masih belum ramai pengunjung, mereka buka satu tapak dan kenakan bayaran. Kawasan lain masih lapang, tak ada pula pekerja tunggu untuk kutip bayaran. Apabila saya sudah keluar dalam 3 jam selepas itu, saya dapati kawasan yang tadinya kosong dan tiada penjaga kini sudah ada pekerja mengutip bayaran tempat letak kereta. Terasa macam....Erm~ Pandainya korang buat duit~
Dewan pameran pula dipecah kepada beberapa bahagian. Ada hall A dan C kalau tak silap. Hall A tu besar. Frankly speaking saya tak habiskan pun berjalan ke semua reruai PBAKL kerana layout pameran macam tak kemas. Saya sejujurnya merindui kedudukan reruai PBAKL di PWTC. (Cakap je lah tak boleh move on~!)

Saya harap PBAKL dapat dikembalikan ke PWTC untuk tahun-tahun yang akan datang. Kalau tidak, PBAKL terpaksa ditukar namanya kepada PBAS (Selangor) atau PBAMAEPS atau apa-apa sahajalah asalkan tiada kaitan dengan Kuala Lumpur.

*Satu lagi, tolong halang Glorier (buku dan latihan kanak-kanak) tu untuk ambil bahagian dalam PBAKL. Mereka sangat annoying. Kasihan ibu bapa yang bawa anak-anak kecil, habis semua ditahannya. Saya yang datang seorang ni pun mereka tahan dan tanya dah ada anak ke belum. (Ada, ada anak tekak!) Kakak saya sampai dah menyampah nak datang PBAKL sebab Glorier. Huh!

Sekian
Luahan pencinta PBAKL


No comments