Adik, Jadi Engineer Bukan Macam Yang Kau Tengok Dalam TV


Assalamualaikum

Ini adalah pesan seorang kakak lulusan kejuruteraan kepada adik-adik di luar sana

Adik,

Tahniah sebab keputusan SPM kau cemerlang atau boleh dikatakan cemerlang yang membolehkan kau sambung belajar dalam bidang sains sewaktu Matrikulasi dan seterusnya membawa kau ke alam universiti.

Akak ucapkan tahniah juga sebab dapat bidang pengajian yang agak glamour di alam semesta ini. Kau ada potensi dapat tittle Ir. tanda kau seorang profesional. Tapi akak nak nasihatkan kau supaya jangan ghairah sangat. Tak semua yang graduate dari bidang Engineering ini akan jadi Engineer, dan tidak semua Engineer kerjanya di pejabat, relaks dan gaji banyak.
Adik,

Meh sini akak nak cerita. Akak dan suami akak kedua-duanya adalah graduan dalam bidang kejuruteraan. Sebaik tamat pengajian, akak memang tak mahu jadi Engineer. Empat tahun belajar di universiti akak sudah mula sedar akan kehidupan yang bakal dilalui kalau menjadi seorang Engineer (Kejap lagi akak cerita). Akak mula jadi realistik dengan kemampuan dan matlamat jangka masa panjang akak.

Di suatu sudut dunia yang lain, suami akak (masa tu kami masih belum kenal la) yang merupakan graduan dari bidang kejuruteraan Mekanikal UM mula bekerja sebagai Engineer di salah sebuah syarikat konsultan. Menjadi graduate Engineer, kau jangan ingat suami akak masa tu dapat gaji 3-4 ribu sebulan. Gaji permulaan dia pun tak sampai 2K. Ini akak cerita pengalaman dia bekerja di syarikat kejuruteraan biasa okeh. Jangan kau sebut nama Petrosains ke, Slumberjer ke, Sell ke apa...

Selama dia bekerja dan dah mula kenal akak, akak tengok yang golongan manusia seangkatan dengan dialah paling tak ada life. Kerja hakiki dia bermula 9 pagi hingga 5.30 petang. Tapi akak tahu dia pernah datang ek pejabat seawal jam 4 pagi dan pernah juga pulang ke rumah bujangnya pada jam 2 pagi. Semuanya kerana mengejar deadline. Kau tahu tak apa itu deadline? Kalau tak tahu, akak anggap kau ni memang kaki hantar assignment lambat atau tak pernah buat assignment. Kalau hantar assignment lambat, kau hanya takat hilang 3-4 carry mark, kan? Tapi dalam kerja, kau lambat- Prestasi kau terus dipandang teruk dan susah sekali nak dapat kepercayaan bos lagi. Maka susahlah kau nak dapat kenaikan gaji atau apa-apa sokongan dari superior kau.

Jadi Engineer, kau jangan mimpi sangat nak pakai smart-smart. Pakai long suite duduk atas kerusi besar dalam bilik berhawa dingin dengan meja yang luas, kemas dan bersih. Sejak berkahwin, akak uruskan pakaian seorang yang dipanggil Engineer. Akak tengok dia selesa dengan seluar kakis jenama Snail warna gelap-gelap saja sebab kalau warna cerah senang nampak kotor, dan baju kemeja cotton lengan pendek. Ada hari yang dia kena site meeting, dia akan minta akak sediakan seluar jeans dan baju T saja. 
Hujung minggu lepas dia bawa akak ke pejabatnya sebab dia ada hal penting tentang hal kerjanya (Tengok~ Hujung minggu pun kena masuk pejabat, dik!), akak Istighfar panjang tengok work station dia. Bermacam-macam dokumen bertingkat-tingkat dah nak sama tinggi dengan akak. Dokumen kontrak tebal-tebal dan berat. Katanya itulah yang dia selalu bawa kalau ada meeting dengan client. Akak tak sedar akak termenangis kat situ sebab baru akak tahu kenapa suami akak selalu mengadu sakit bahu dan sakit badan setiap kali balik ke rumah. Akak juga tengok ada dua gelas yang masih ada baki air teh tarik yang tak berbasuh. Katanya kalau tak sempat makan, teh tarik yang di order dari mamak bawah dicicah biskut kering sajalah yang dia akan jamah.

Adik, 

Kau jangan banyak sangat tengok drama petang-petang kat tv tu. Semua tu tak realistik langsung. Mana ada orang muda-muda baya kau sudah boleh bawa kereta BMW ke pejabat. Mana ada orang baya-baya kau boleh kahwin dan bawa isteri masuk ke rumah yang fully furnished siap boleh kasi hadiah kunci kereta pada isteri kau tu. Takde. TAKDE. 
Ini akak cakap sebagai orang biasa tau. Jangan kau cakap kau anak Dato ke Tan Sri atau apa-apa.

Kerja Engineer bukanlah kerja releks dan gaji banyak. Kerja Engineer lah kerja yang penuh tanggungjawab. Akak malaslah nak hurai panjang. Tapi kata kuncinya, kerjalah apa-apa pun- Semuanya adalah tentang tanggungjawab. Percayalah kesimpulan akak ini.
Akak yang bukan Engineer ini pun bertanggungjawab dengan apa yang akak buat. Tak ada istilah releks.

Nasihat akak, bertanyalah kepada orang yang arif. Jangan kau tengok drama, terus kau percaya dan terasa nak jadi macam watak tu. Jangan.
Kepada adik-adik yang masih tak pasti nak ambil kursus apa selepas Matrikulasi atau SPM, bolehlah tanya akak untuk sedikit idea dan inspirasi. Akak tak kata akak ni hebat. Tapi akak nak bantu kau supaya jelas dalam matlamat. Jangan terawang-awang.
Emailkan soalan ke diahalida@gmail.com.
Beri salam, kenalkan diri elok-elok. Kita sembang cara adik beradik, ok?

No comments