Rindu Pada Diri Sendiri


Sejak sebulan ni, saya macam dah jadi orang baru. Banyak benda baru yang terjadi. Kadang-kadang teruja, kadang-kadang tertekan dan putus asa, dan kadang-kadang semuanya selalu berubah terutamanya emosi.

Saya rindu nak tulis dalam DDD tentang masakan. Saya rindu nak cerita pengalaman hujung minggu yang macam-macam. Saya rindu untuk best review dan banyak lagi!
Tapi betullah...Kita kena move on. Hidup pada takuk yang sama saja buat kita jadi kolot. Sebab itu saya ambil keputusan untuk buat sesuatu yang baru awal bulan ini.

Kerja baik-baik saja. Saya sekarang duduk dengan orang-orang stabil dan selesa. Saya lihat mereka masih makan walau sudah pukul 9 pagi. (Get what I mean?) Kadang-kadang attitude mereka terhadap saya yang duduk di strata bawah sikit ni pun nampak lain. Kalau korang tau aku layak jadi pegawai, mesti korang terdiam~! Wakakakakaka 
Tak apalah...Pangkat, darjat dan kedudukan tu semua sekejap saja. Bukan nak dibawa ke kubur atau bukan untuk mati reput di atas kerusi dengan jawatan itu pun. Hekhek~!

Review kahwin masih belum selesai. Ada juga beberapa cerita short vacation kami yang saya masih peram. Entah bilalah semua tu saya sempat nak kongsikan.

Masa rehat hampir tamat. Penulisan ini pun segera perlu ditamatkan. Semoga saya sempat menulis lagi nanti.

Salam sayang
Dhiya

Pesta Buku: PWTC atau MAEPS?


Sudah dua minggu PBAKL berlangsung. Bagi saya, ini adalah antara ritual tahunan wajib bagi saya. Tahun ini banyak yang berbeza. Tahun pertama ke PBAKL sebagai isteri dan tahun pertama ke PBAKL di MAEPS Serdang.

Menjadi seorang isteri, semestinya minat saya bukan lagi terhadap buku-buku novel atau bacaan fiksyen yang boleh dibaca untuk merehatkan otak. Misi pencarian buku saya kali ini lebih fokus dan sangat feminin. Saya banyak aim buku resepi dan motivasi diri. Terasa dengan sendirinya minat terhadap buku muda mudi sudah hilang dan saya sangat bersyukur dengan perkembangan yang seiring dengan usia itu.
Namun, pertukaran lokasi PBAKL yang selalunya diadakan di PWTC ke MAEPS pada tahun ini menimbulkan cakap-cakap yang pelbagai dari segenap lapisan pihak yang terlibat dengan PBAKL bermula dari pempamer hinggalah kepada pengunjung.

Sangkaan saya mudah:
PBAKL yang biasanya diadakan di PWTC telah 'bertembung' dengan satu lagi acara tahunan negara yang sangat penting yang turut menggunakan tempat yang sama iaitu Pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA 2016).

Selama beberapa tahun, saya sudah terbiasa dengan lokasi PBAKL di PWTC. Dekat dengan saya yang ketika itu tinggal di KL, pengangkutan awam yang mudah dan reruai buku yang all under one roof.
Tapi di MAEPS, saya terpaksa memandu kereta kerana shuttle yang disediakan macam tak membantu sangat. MAEPS tu kan besar. Jadi saya selesa memandu sendiri terus ke tempat letak kereta yang disediakan dengan bayaran RM3 sekali masuk. Bab bayaran tempat letak kereta ni pun satu hal juga. Awal pagi, ketika masih belum ramai pengunjung, mereka buka satu tapak dan kenakan bayaran. Kawasan lain masih lapang, tak ada pula pekerja tunggu untuk kutip bayaran. Apabila saya sudah keluar dalam 3 jam selepas itu, saya dapati kawasan yang tadinya kosong dan tiada penjaga kini sudah ada pekerja mengutip bayaran tempat letak kereta. Terasa macam....Erm~ Pandainya korang buat duit~
Dewan pameran pula dipecah kepada beberapa bahagian. Ada hall A dan C kalau tak silap. Hall A tu besar. Frankly speaking saya tak habiskan pun berjalan ke semua reruai PBAKL kerana layout pameran macam tak kemas. Saya sejujurnya merindui kedudukan reruai PBAKL di PWTC. (Cakap je lah tak boleh move on~!)

Saya harap PBAKL dapat dikembalikan ke PWTC untuk tahun-tahun yang akan datang. Kalau tidak, PBAKL terpaksa ditukar namanya kepada PBAS (Selangor) atau PBAMAEPS atau apa-apa sahajalah asalkan tiada kaitan dengan Kuala Lumpur.

*Satu lagi, tolong halang Glorier (buku dan latihan kanak-kanak) tu untuk ambil bahagian dalam PBAKL. Mereka sangat annoying. Kasihan ibu bapa yang bawa anak-anak kecil, habis semua ditahannya. Saya yang datang seorang ni pun mereka tahan dan tanya dah ada anak ke belum. (Ada, ada anak tekak!) Kakak saya sampai dah menyampah nak datang PBAKL sebab Glorier. Huh!

Sekian
Luahan pencinta PBAKL


Kita Masih ada Pilihan


Hari ini saya terbaca dua kes yang hampir sama berlaku pada hujung minggu baru-baru ini.

Hidup ini penuh dengan pilihan. 
Sama juga dengan mati- Kita juga perlu pilih untuk mati dengan cara yang bagaimana. (Maaf kalau terkasar, ya)

Ini bukan kes tren tu keluar dari landasan dan pergi langgar rumah orang. Ini kes orang yang ceroboh jalan khas tren tu.

Come on, users atau orang sekeliling atau yang tinggal dengan kawasan yang hampir dengan landasan keretapi. Kelajuan keretapi boleh mencecah 300km/j walaupun dari jauh anda akan nampak pergerakan mereka sangat lambat. Mereka tak boleh membrek dan berhenti dengan tiba-tiba kerana akan menyebabkan inertia yang seterusnya boleh membawa kemalangan besar.
Jadi kita yang ada dua kaki dan satu akal yang hebat inilah kena elak kawasan laluan keretapi ini.

Sekali lagi-
Pesanan khidmat masyarakat-
Jauhi landasan keretapi
Anda turun
Mungkin tak akan naik balik
Hidup ini satu pilihan!



11 Mei 2016


Kalau tak belajar susah
Kita hanya tahu senang

Hidup ini mana ada boleh goyang kaki
Lantas makanan boleh sampai depan mulut
Lalu minuman ada yang suakan

Hidup senang lenang
Hanya dalam Syurga
Itu pun jika layak awal
Layak lambat
Ke mana destinasi kita
Sendiri fikir~

Baru


Bismillah

Inilah Dhiya yang baru

Kerja baru
Jadual hidup baru
Uniform baru

Demi mencari sesuatu yang lebih baik

Terima kasih mak, abah dan suami yang mendoakan dan menyokong. Tak banyak, sikit pun harapnya membantu. Lillahi Taala

Salam sayang
Dhiya
Ofis baru~
Kikiki!

Ketenangan Hati


Bismillah

Salam Jumaat

Peringatan untuk (saya) yang lupa :)

Dhiya

Head Voice vs. Heart Voice


Bismillah

Kadang-kadang, kita kena mengaku yang kita terlalu ego sedangkan suara hati kita tidak begitu. Saya pun ada konflik begini. Selalu saja berperang dengan perasaan;

Antara marah dan sayang
Antara benci dan simpati
Antara dendam dan kemaafan

Susah sangat nak mujahadahkan hati untuk jadi baik dan paksa jadi baik. Saya cuba elakkan negative vibes dengan menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti dengan orang-orang baik, membaca buku-buku bermanfaat dan menikmati hobi supaya dapat melupakan rusuh hati yang kadang-kadang datang tiba-tiba.

Insya Allah semoga Allah bantu kita semau untuk berubah menjadi orang yang lebih baik. Buang jauh-jauh 'suara kepala' dan belai lembut-lembut 'suara hati'. Semoga yang baik-bak sahaja menjadi milik kita.

Dhiya

Kongsi Ilmu


Bismillah

Apalah yang nak dibanggakan sangat dengan dunia ni

Duit kita, Allah punya
Tubuh badan kita, Allah punya
Ilmu kita, Allah punya

Semua Allah punya
Patutlah ustazah saya di KISAS dulu selalu cakap, jangan kedekut ilmu. Cari, beri dan kongsi. Kita yang memberi ini tak akan rugi apa-apa pun. Sedikit pun tak. Rupanya hari ini saya jumpa analogi yang sangat jelas.

Jadi adik-adik yang sedang belajar, jangan kedekut untuk berkongsi ilmu, ya. 
Kakak-kakak yang berniaga dengan resepi turun temurun tu, jangalah lokek berkongsi. Allah dah kata kita tak akan miskin kalau memberi. Siapa tahu perniagaan kakak-kakak lebih terkenal selepas itu. Amin.

Dhiya

Emak


Bismillah

Mood bercuti di kampung. Sekejap lagi dah nak balik ke KL.
Mak, D akan selalu jadi Baby mak.

I love you

Dhiya

Adik, Jadi Engineer Bukan Macam Yang Kau Tengok Dalam TV


Assalamualaikum

Ini adalah pesan seorang kakak lulusan kejuruteraan kepada adik-adik di luar sana

Adik,

Tahniah sebab keputusan SPM kau cemerlang atau boleh dikatakan cemerlang yang membolehkan kau sambung belajar dalam bidang sains sewaktu Matrikulasi dan seterusnya membawa kau ke alam universiti.

Akak ucapkan tahniah juga sebab dapat bidang pengajian yang agak glamour di alam semesta ini. Kau ada potensi dapat tittle Ir. tanda kau seorang profesional. Tapi akak nak nasihatkan kau supaya jangan ghairah sangat. Tak semua yang graduate dari bidang Engineering ini akan jadi Engineer, dan tidak semua Engineer kerjanya di pejabat, relaks dan gaji banyak.
Adik,

Meh sini akak nak cerita. Akak dan suami akak kedua-duanya adalah graduan dalam bidang kejuruteraan. Sebaik tamat pengajian, akak memang tak mahu jadi Engineer. Empat tahun belajar di universiti akak sudah mula sedar akan kehidupan yang bakal dilalui kalau menjadi seorang Engineer (Kejap lagi akak cerita). Akak mula jadi realistik dengan kemampuan dan matlamat jangka masa panjang akak.

Di suatu sudut dunia yang lain, suami akak (masa tu kami masih belum kenal la) yang merupakan graduan dari bidang kejuruteraan Mekanikal UM mula bekerja sebagai Engineer di salah sebuah syarikat konsultan. Menjadi graduate Engineer, kau jangan ingat suami akak masa tu dapat gaji 3-4 ribu sebulan. Gaji permulaan dia pun tak sampai 2K. Ini akak cerita pengalaman dia bekerja di syarikat kejuruteraan biasa okeh. Jangan kau sebut nama Petrosains ke, Slumberjer ke, Sell ke apa...

Selama dia bekerja dan dah mula kenal akak, akak tengok yang golongan manusia seangkatan dengan dialah paling tak ada life. Kerja hakiki dia bermula 9 pagi hingga 5.30 petang. Tapi akak tahu dia pernah datang ek pejabat seawal jam 4 pagi dan pernah juga pulang ke rumah bujangnya pada jam 2 pagi. Semuanya kerana mengejar deadline. Kau tahu tak apa itu deadline? Kalau tak tahu, akak anggap kau ni memang kaki hantar assignment lambat atau tak pernah buat assignment. Kalau hantar assignment lambat, kau hanya takat hilang 3-4 carry mark, kan? Tapi dalam kerja, kau lambat- Prestasi kau terus dipandang teruk dan susah sekali nak dapat kepercayaan bos lagi. Maka susahlah kau nak dapat kenaikan gaji atau apa-apa sokongan dari superior kau.

Jadi Engineer, kau jangan mimpi sangat nak pakai smart-smart. Pakai long suite duduk atas kerusi besar dalam bilik berhawa dingin dengan meja yang luas, kemas dan bersih. Sejak berkahwin, akak uruskan pakaian seorang yang dipanggil Engineer. Akak tengok dia selesa dengan seluar kakis jenama Snail warna gelap-gelap saja sebab kalau warna cerah senang nampak kotor, dan baju kemeja cotton lengan pendek. Ada hari yang dia kena site meeting, dia akan minta akak sediakan seluar jeans dan baju T saja. 
Hujung minggu lepas dia bawa akak ke pejabatnya sebab dia ada hal penting tentang hal kerjanya (Tengok~ Hujung minggu pun kena masuk pejabat, dik!), akak Istighfar panjang tengok work station dia. Bermacam-macam dokumen bertingkat-tingkat dah nak sama tinggi dengan akak. Dokumen kontrak tebal-tebal dan berat. Katanya itulah yang dia selalu bawa kalau ada meeting dengan client. Akak tak sedar akak termenangis kat situ sebab baru akak tahu kenapa suami akak selalu mengadu sakit bahu dan sakit badan setiap kali balik ke rumah. Akak juga tengok ada dua gelas yang masih ada baki air teh tarik yang tak berbasuh. Katanya kalau tak sempat makan, teh tarik yang di order dari mamak bawah dicicah biskut kering sajalah yang dia akan jamah.

Adik, 

Kau jangan banyak sangat tengok drama petang-petang kat tv tu. Semua tu tak realistik langsung. Mana ada orang muda-muda baya kau sudah boleh bawa kereta BMW ke pejabat. Mana ada orang baya-baya kau boleh kahwin dan bawa isteri masuk ke rumah yang fully furnished siap boleh kasi hadiah kunci kereta pada isteri kau tu. Takde. TAKDE. 
Ini akak cakap sebagai orang biasa tau. Jangan kau cakap kau anak Dato ke Tan Sri atau apa-apa.

Kerja Engineer bukanlah kerja releks dan gaji banyak. Kerja Engineer lah kerja yang penuh tanggungjawab. Akak malaslah nak hurai panjang. Tapi kata kuncinya, kerjalah apa-apa pun- Semuanya adalah tentang tanggungjawab. Percayalah kesimpulan akak ini.
Akak yang bukan Engineer ini pun bertanggungjawab dengan apa yang akak buat. Tak ada istilah releks.

Nasihat akak, bertanyalah kepada orang yang arif. Jangan kau tengok drama, terus kau percaya dan terasa nak jadi macam watak tu. Jangan.
Kepada adik-adik yang masih tak pasti nak ambil kursus apa selepas Matrikulasi atau SPM, bolehlah tanya akak untuk sedikit idea dan inspirasi. Akak tak kata akak ni hebat. Tapi akak nak bantu kau supaya jelas dalam matlamat. Jangan terawang-awang.
Emailkan soalan ke diahalida@gmail.com.
Beri salam, kenalkan diri elok-elok. Kita sembang cara adik beradik, ok?