Bismillah
(Sambil lepas nafas panjang)
DIY bunga telur stokin saya akhirnya berjaya disiapkan.
Dulu, saya sangat kurang sabar. Walaupun masih belum siap, saya tetap tulis juga entri tentang bunga stokin ni
di sini. Tapi ok jugalah. Sekurang-kurangnya saya dah tak perlu tulis balik cerita yang sama. Saya akan tambah mana yang kurang saja :)
Pastinya, entri kali ini saya akan kongsikan dengan pembaca hasil kerja tangan saya yang paling grand setakat ini (Siapa lagi nak puji diri sendiri haaa~)
Proses menyiapkan bunga stokin ni mengambil masa sebulan lebih juga, bermula dari penyediaan bahan, kerja-kerja penyediaan dan kerja-kerja mencantum. Itu belum lagi saya kira 'cuti' menjaga abah di hospital tempoh hari dan urusan-urusan lain.
Itu pun, saya tak dapat siapkan 50 kuntum sebab rasa dah terlampau banyak sangat. Akhirnya saya siapkan 40 kuntum saja dengan harapan 40 kuntum rasanya dah cukup untuk dicucuk penuh menjadi bunga pahar.
Berikut saya kongsikan gambar-gambar persiapan bunga stokin saya hinggalah ianya menjadi sekuntum pokok bunga telur. Insya Allah, kalau saya boleh buat, anda juga boleh buat!
Sekali lagi, kepada B2B pencinta DIY- Kemahiran sahaja tidak cukup untuk menjadikan impian DIY anda satu realiti. Apa yang lebih penting adalah semangat yang tak boleh luntur, sabar dan minat yang tinggi. Kalau rasa nak DIY tu pada tahap hangat-hangat tahi ayam saja, keluarkanlah wang dan berbelanjalah. Takut juga kalau nanti DIY tak siap, masa semakin suntuk dan apa pun tak menjadi.
Banyak lagi yang akan saya tulis. Mungkin sampai selepas majlis besar pun. Jangan bosan ye :)
Salam sayang,
Dhiya Dahlia
cantik nyaa... buat sendiri puas hati ! :)
ReplyDeleteBakat seni..
ReplyDeletewah cantik n kreative nya...
ReplyDeleteterima kasih :) jenuh juga nak menyaipakn ni. huhu
ReplyDelete