Bismillah
Rabu
Terima kasih sebab masih boleh bernafas
Terima kasih sebab masih boleh senyum
Esok abah akan berada di KL untuk temujanjinya di IJN. Memang kami adik beradik yang sepakat untuk membawa abah ke IJN, rentetan dari sikap tunggu dan lihat HTAA. Lagipun, IJN dengan tempat kerja saya masih boleh digagahi juga untuk sampai walaupun semua orang tahu sesaknya sungguh teruk. Kalau di HTAA, saya bukan setakat tidak dapat hadir bekerja, malah mungkin terpaksa berhenti begitu sahaja.
Itu baru secebis kisah yang lama saya pendam dan tidak kongsikan sejak beberapa bulan lepas. Banyak lagi yang memberat, tapi saya cuba untuk tabah menghadapi semua ini. Untuk masa sekarang, abah adalah keutamaan saya. Saya mahu lihat dia tenang dan senang dengan ikhtiar kami untuk menyihatkan dia.
Emosi saya sangat rapuh kalau bercakap tentang masalah kesihatan abah. Kurang lebih 2 bulan, saya mahu abah berada bersama saya dalam satu upacara maha penting dalam hidup saya. Perlu. Amat. Maka dengan itu saya juga amat beremosi (berang) kalau ada orang luar yang cuba tunjuk pandai dalam upacara itu. Ianya milik emak dan abah. Orang luar tak ada hak untuk mengarahkan itu ini, atau saya selamanya akan hilang hormat kepada manusia jenis ini. Itu satu janji. Maruah emak dan abah akan saya jaga sampai mati.
Persiapan dah jadi ala kadar. Tak apalah. Saya tak kisah. Saya sudah lama redha dengan aturan Allah sejak abah disahkan sakit ni. Yang penting emak dan abah gembira. Tak perlu bermewah sangat.
Kawan-kawan- Mereka masih setia dengan saya. Tiada penambahan rakan baru, atau penarikan diri rakan sedia ada hanya kerana saya tidak punya apa-apa sekarang. Mereka adalah anugerah Allah yang sangat baik. Yang sudi mendengar, yang sudi menawarkan bantuan, malah ada yang sudi berkongsi rezeki- Hanya Allah yang akan membalas segalanya nanti.
Insya Allah.
Salam sayang,
Dahlia
semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT yer...
ReplyDeleteAs Salam.. Dhiya
ReplyDeleteSemoga di permudahkn segalanya..