Bismillah
Hari ini sedikit senang.
Abah dan emak di kampung sihat
Insiden 24 Mei 2015 saya sudah tenang
Semalam saya kemalangan, tapi sudah selesai cara baik
Apa lagi nikmat yang saya mahu dustakan.
Nikmat ini
Bukan pada wang ringgit, pangkat dan harta semata-mata
Badan sihat
Hati tenang
Bukankah itu juga sebahagian dari nikmat?
Disebabkan sedikit lapang hari ini, saya berjaya menghabiskan bacaan artikel yang saya jumpa di FB. Memanglah info di FB ni kadang-kadang tidak boleh dipercayai sangat. Tapi dalam konteks ini, saya bersetuju seterusnya membawa kepada ulasan peribadi saya sendiri.
Undur masa.
Itu yang saya minta.
Jikalaulah boleh. Kan?
Gajet dan perkembangan teknologinya di masa kini sangat pantas. Saya bukanlah anti-pemodenan. Bukan sedikit faedah yang kita dapat dari perkembangan teknologi ini. Tapi dari sudut yang lebih kecil, saya melihat gajet sebagai 'pembunuh' kepada nilai sebuah kehidupan.
Anak-anak saudara saya sendiri pun tidak terkecuali. Minat mereka lebih kepada telefon pintar, laptop dan tab. Memang. Boleh. Tapi perlu berpada-pada dan dipantau. Tapi jauh di sudut hati saya, mampukah saya untuk menangani isu ini jika kelak giliran saya menjadi ibu?
Saya termenung jauh.
Mati kata.
Dalam perbualan saya dengan Elis tidak lama dulu, dia ada kongsikan pembacaannya bagaimana seorang anak dalam lingkungan setahun yang diberi tab bagi 'melalaikannya' supaya tidak mengganggu ibu bapa atau tidak menangis. Pada satu masa, anak itu cuba diberikan buku dan perkara paling malang yang berlaku adalah anak itu tidak pandai menyelak helaian kertas melainkan terus menggerakkan jarinya seperti yang dibuatnya pada tab pada buku tersebut.
Sedih.
Banyak sangat artikel yang ditulis berkaitan dengan isu ini. Bacalah. Saya sendiri pun mencuri baca kalau ada masa terluang. Kalau berat badan saja bertambah, ilmu dan pengetahuan tidak, malulah kita~ Saya bukanlah pakar dalam bidang ini. sEBAb itu saya pun menggali ilmu.
Masih teringat, permainan-permainan yang ada pada zaman saya ketika awal tahun 90-an sangat klasik. Tetapi saya dan rakan-rakan seangkatan masih boleh cemerlang mengaji Al Quran dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Kami boleh menjadi manusia walau tanpa teknologi jauh sekali gajet yang macam-macam hari ini.
|
Main nyorok-nyorok~ Main guli~ Main jengket-jengket~ Main cuit duduk halahaiii banyak lagi! |
|
|
Dalam banyak-banyak permainan tradisi di zaman saya membesar, permainan inilah yang paling saya boleh main. Saya ini bukanlah orang yang lasak. Kalau main kejar-kejar tu memang tak minat (mungkin sebab saya dulu gemuk kut~). Jadi permainan yang ada giliran macam inilah yang boleh saya layan :p |
|
Tuju Selipar- Punnn saya tak minat sebab kalau kena baling selipar dan kena di badan, sangat-sangat sakit sampai boleh jadi berbirat dibuatnya. Ini permainan budak lelaki. Saya selalu tengok di tepi padang sahaja. |
|
Main guli- Ini pun 'game orang lelaki' sahaja. Tapi dulu-dulu, ada juga kawan-kawan saya yang perempuan bermain guli. Tapi sungguh nampak tak jelita. |
Ha tak dilupakan, ini satu lagi permainan saya dulu-dulu yang paling saya rindu. Congkak tanah. Rumah abah dan kebanyakan kejiranan kami dulu bertangga. Jadi di bawahnya ada ruang yang kadang-kadang boleh baring, sidai baju malah boleh berkelah kat situ. Mana yang tak mampu untuk ada congkak kayu tu, congkak tanahlah pilihan terbaik dari hanya telan air liur. Saya dan kawan-kawan akan gali tanah sebesar tapak tangan mengikut susunan dan bentuk congkak kayu. Maka bermainlah kami congkak tanah itu yang mana buahnya adalah biji getah. Balik ke rumah, selalu mak akan rotan hujung jari saya sebab kuku dah jadi hitam sebab mencedok tanah semasa bermain congkak tu.
Budak kampung
Dulu-dulu
Tapi saya bangga
Bangga sangat
Sampai terbayangkan
Kalaulah boleh diundur masa
Go out. Get a life!
Dhiya