-Jumaat-


Alhamdulillah.

Tamat seminggu yang memenatkan! Esok sepatutnya Sabtu Saya Bekerja (SSB). Tapi disebabkan Tahun Baru Cina merupakan perayaan besar di Malaysia, SSB dibatalkan dan saya akan bercuti panjang hingga Rabu depan.

Walaupun keluar dari pejabat seawal 5 petang (tak awal, tak lewat), tetapi kenderaan sudah mula bertali arus di jalanan. Memang agak memberi tekanan. Ditambah pula dengan perangai buli pemilik-pemilik kereta 'gergasi' yang suka menghimpit-himpit kereta kerdil saya ni, adakalanya saya hilang sabar juga~
Mereka ingat, gadis yang memandu kereta kecil ni lemah? Hu. Mungkin, tapi tidak semua...

Setelah 30 minit, saya tiba di depan rumah. Oh. Bangga. Di saat semua isi rumah ini masih berjuang di luar sana, saya sudah melangkah masuk ke dalam rumah. :)

Selesai semuanya, adalah sedikit masa untuk saya membelek Dari Diri Dhiya yang sepi ini. Kasihan DDD, terabai seperti tak ada penjaga. Saya terlalu rindu untuk menulis, cumanya kekangan masa selalu menjadi halangan.

Sekejap lagi saya akan mengemas barang untuk dibawa pulang. Masih ingat emak berpesan ketika cuti saya yang lalu:
" Lepas ni tak payahlah bawa balik beg besar tu. Macam berminggu-minggu Dhiya tak basuh baju."
Oh mak. Jangan tuduh Dhiya macamtu. Dhiya anak yang baik! :P

Insya Allah saya akan bertolak selepas solat Subuh esok. Kalau boleh nak solat Subuh di Bentong atau di mana-mana dalam perjalanan. Ada sebab penting mengapa saya bertindak begitu. Nanti saya akan kongsikan.

Kepulangan saya kali ini juga Insya Allah untuk meraikan kegembiraan berganda kami- Ulangtahun kelahiran Nabiha, saya dan akak yang berturut hari. Ini keunikan keluarga kecil saya. Nabiha dilahirkan sehari sebelum ulangtahun saya yang ke 21 dan saya pula dilahirkan dua hari sebelum ulangtahun kelahiran akak yang ke 12. Masih, anda tetap tak akan dapat meneka umur saya.

Gugup juga sebenarnya untuk memandu sendirian esok. Semoga Allah memelihara perjalanan saya untuk bertemu keluarga tercinta. Rindu. Saya sangat merindui keluarga di desa! Tak sabar rasanya!

p/s: Allah, selamatkan perjalanan saya esok. Amin

No comments