Allah...
Cepat sungguh masa berlalu. Dalam tak sedar, terlalu banyak perkara yang saya lalui dalam tempoh sepantas itu.
Minggu ini paling mengejutkan. Abah diserang TIA. Saya gagal untuk berfikir panjang. Semua kerja dan tanggungjawab diserah kepada orang lain dan saya terus pulang ke desa. Mak dan abah lebih penting dalam hidup saya. Biar saya kehilangan kerja dan semuanya asal saya dapat menatap wajah mereka.
Banyak lagi cerita lain. Air mata dan keringat yang tumpah ini selalu menjadi teman dan saksi perjuangan saya. Minggu ini terlalu banyak air mata yang tumpah. Iyalah..Mungkin sudah terlalu lama dibendung. Allah sudah takdirkan untuk ia tumpah dalam minggu ini.
Untuk emak dan abah, walau kasih ini jarang terucap...Ketahuilah, Dhiya terlalu sayangkan emak dan abah. Cepat sihat, abah. Dhiya mahu abah yang dulu. Yang ceria dan menjadi tempat sandaran keluarga. Abah, Dhiya sayang abah!
p/s: Doakan abah Dhiya sihat seperti sedia kala. Doakan juga Dhiya ini tabah dan kuat!
dayah..ayah ko mcm mane skg..? riso aku bile dpt tau ayah ko sakit...kite same2 doa utk ayah ko k..ape2 hal,inform taw...love u!
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletekuatkan smangat Dhiya..mge abah Dhiya cepat smbuh k..amin..