Bismillah...
Terlalu banyak cerita yang ingin dikongsikan di sini. Namun kesibukan sejak awal Julai lalu sedikit sebanyak membuatkan blog ini sunyi seketika. Ah...alasan klise: sibuk memanjang!
Terlalu banyak cerita yang ingin dikongsikan di sini. Namun kesibukan sejak awal Julai lalu sedikit sebanyak membuatkan blog ini sunyi seketika. Ah...alasan klise: sibuk memanjang!
- Saya sudah tamat kelas di kampus universiti itu. Alhamdulillah, majlis konvokesyen telah diadakan pada 9 Julai 2011. Saya sangat bersyukur dan gembira. Paling tidak, ini pengalaman yang saya dapat yang orang lain tidak berpeluang untuk memilikinya. Bertuahnya saya! Terima kasih Dayah yang menghantar SMS ucapan tahniah. Saya amat menghargainya, cuma tak sempat untuk membalas.
- Sabtu dan Ahad (10 dan 11 Julai) pula bukanlah hari rehat untuk saya. Ada misi peribadi dan masa depan yang perlu diperjuangkan. Akan tetapi, perhimpunan BE***H di Kuala Lumpur itu secara tidak langsung rupanya telah memberi kesan kepada saya. Saya kesal. Saya kecewa. Objektif tak tercapai.
- Saya kini sedang bercuti bersama keluarga. Wajah-wajah yang dirindui kini ada di depan saya. Di sini lebih privasi. Saya betul-betul perlukan rehat minda dan badan.
- Hobi baru saya sudah bermula. Saya gembira kerana otak kanan saya kini 'kembali bekerja' setelah bertahun-tahun asyik otak kiri yang mengerah tenaga. Mungkin dengan keseimbangan ini, saya akan beroleh sesuatu yang lebih baik kelak. Amin.
Untuk rakan-rakan yang membaca, terima kasih. Saya bukanlah seorang blogger yang bagus untuk menulis banyak perkara. Idea dan pengalaman saya masih terhad dan terbatas. Doakan, apabila semuanya stabil nanti, saya akan cuba yang terbaik untuk menulis dan menulis tanpa henti demi memberi manfaat kepada orang lain.
p/s: Dhiya, dah malam! Esok sekolah! Ups~
p/s: Dhiya, dah malam! Esok sekolah! Ups~
No comments