Weekend is Coming! Antara Aktiviti Kami Anak Beranak

Bismillah

Weekend is coming!

Aku ni sejenis mak yang really looking forward for weekends. Lantak la how bad the weekdays because other people is trying to kill your working morale and whatever, my weekend will heal me. 
And satu kepantangan aku adalah bila plan aku over the weekend diganggu oleh orang-orang yang tak ada kena mengena dalam hidup aku.
Let say on Saturday, F want to go for car service and we promise to go out for lunch at somewhere- Tiba-tiba ada tetamu tak diundang atau ada orang cuba ubah plan kami. That is really WRONG for me. 
Contoh minggu ni dah plan nak balik kampung, tiba-tiba ada orang tiba-tiba last minute cakap ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ada kenduri sedara kat sana, kalau tak pergi nanti kena panah petir. It's sooooo annoying. 
Kacau weekend aku dah satu hal.
Jump in last minute nak ubah plan aku tu lagi satu hal.

F pun dah tahu, aku memang akan rancang weekend aku baik-baik. Ada masa kami just stay at home with load of activities, ada masa kami buat aktiviti luar atau pergi bercuti. This is our family and we have rights to control ours.
So apa antara aktiviti kami anak beranak di hujung minggu?

1. F doing DIY while mother and daughter bonding together
Ni selalunya on Saturday morning la. Korang tau kan rumah kami banyak lagi sudut idaman yang belum siap. So mostly DIYed by F and takes sometimes. Aku akan buat sarapan dan kami akan sarapan sama-sama. Lepastu aku akan bawa Nuha pergi taman dekat rumah while F akan pulun DIY certain project rumah kami. Balik je, aku sambung masak untuk tengahari pulak. Nuha akan involve kerja dapur aku samada dia main messy play (pening kepala aku nak mengemas lepas tu), tolong potong sayur ke, kupas bawang ke apalah asalkan dia involved and penat. 
Lepas makan tengahari dan F pun stop DIY (noise-construction work boleh buat sampai 1pm je), kami akan rehat-rehat kadang tu biar je sampai tertidur. Heaven gila wei dapat tidur tengahari di hari mingguuuu!
Bangun je, selalulnya lepas Asar barulah kami keluar jalan-jalan cari minum petang dan melarat ke dinner sekali. Masa nilah selalunya F nak pergi kedai hardware lah, nak pergi speedmart lah, nak pergi pasar malam lah.
Balik malam tinggal lepak-lepak sambal tengok Netflix je. Malam minggu kami selesa di rumah je sekarang. Dah tak minat nak keluar ke bandar tengok lampu ke apa. Entah. Rasa selamat di rumah je. 

2. Stock-up barang dapur
Most of our activities- Nuha akan involved. Yelah. Dialah keutamaan kami. Bila kami beli barang dapur, selalunya dah macam sukaneka dalam mall tu. Mulut dia je bising macam treasure hunt cari barang. Selalunya dia dah tau, dia akan jadi tukang ambil bahan-bahan kering macam bihun, spageti, bawang, buah epal, oren, plastic nak isi ikan dan apa saja yang dikira selamat untuk dia. Biar dia belajar dan kenal sikit barang. Kadang nak suruh scan price pun dia dah reti halakan barcode tu. Nanti dia sebut jelah number yang keluar. Dari situ kita boleh agak dah berapa harga barang tu.

3. Grounding activities & messy play
Grounding activities for Nuha is a must! Kami akan bawa dia pergi taman, main kejar-kejar atas rumput, pergi pantai main pasir atau apa saja aktiviti yang melibatkan motor skills. Kadang-kadang aku bagi je dia main tanah dan air masa aku tengah belai pokok-pokok aku tu. Kotor dan comot- boleh dibasuh. Tapi kalau dah beku, tak ada respond terhadap alam sekeliling, I think I'm a fail mother already. 
Talking about messy play, Nuha membesar dengan one messy play activity yang aku enrol dia sejak berusia 18bulan. Outdoor messy play ni bertempat TTDI. Last kami hantar dia ke situ just before kami pergi umrah last Disember. Kebetulan kami pun dah pindah, so TTDI tu macam dah jauh pulak sekarang haa.

4. Hotel check-in!
Check in hotel adalah antara aktiviti wajib kami sebelum ada Nuha lagi. Kadang tu ada je tempat-tempat rare yang kami terjah dan explore. Bila dah ada Nuha pun, kami selalu je berjalan sampailah dua tahun Covid, kami stop buat aktiviti ni. 
Ni minggu depan baru nak check-in, itu pun selepas 8 bulan sejak kami sangat sibuk menguruskan rumah baru Januari lepas. Kesiaaaaaannn kitorang!

5. Jalan-jalan cari makan
Ni semua salah F lah. dia memang suka makan. Suka explore tempat baru pastu mesti cari tempat makan kat situ. Kami suka explore sendiri, tak follow mana-mana entri yang viral. Kadang tu kami jumpa tempat yang underdog je sebab memang tak suka tempat yang ramai, kena beratur dan berebut ewwwww. Tapi aku berani bagi rating 10/10 sebab everything is perfect for us. Tentang ni, nanti aku share lah review tempat-tempat best untuk makan. Kadang tu ada je cuma lupa. Hhahaha!

Kenapa aku sayang sangat weekend aku dan ada masa-masanya aku tak nak ada orang lain dalam family kecil kami semasa hujung minggu?

1/ Dalam 7 hari, 5 hari kerja teruk. Keluar bulan, balik bulan. Tak nampak matahari. So aku ada dua hari Sabtu dan Ahad je untuk aku really-really functional as a wife and a mom. Aku teringin nak pakai kaftan, buat sarapan, nak tengok pokok-pokok bunga aku dan tengok anak aku main depan mata aku. Aku nak jadi diri aku sendiri.
2/ 5 hari kerja, rumah kami tunggang langgang. So biarlah weekend aku nak pulun mengemas dan puaskan hati sendiri dalam rumah sendiri, lagi-lagi rumah baru kami. Of course ada je kerja nak buat. Takkan sempat nak relax pun.
3/ Kalau tetamu datang, diam tak pe juga. Ini nanti bercakap macam-macam; rumah bersepah la tak memasak la. Ew. Sebab tu aku tak terima tetamu. Aku nak avoid negative talk macam ni lah.
4/ Kalau kami keluar bercuti pun, biarlah. Itu bonding time kami 3 beranak.  
5/ Aku just taknak ada orang luar. Takde alasan lain dah. Aku nak keluarga kecil aku betul-betul berfungsi as a family during the weekend.

Just. Respect. Us
Dhiya

No comments