Bismillah
Lately aku memang bitter betul dengan one of the team in my working place. Aku dah cuba berdamai dengan situasi, berdamai dengan diri sendiri but bit can't. Masih ada unsolved feelings yang buat aku rasa nak marah. Jahat ke aku?
Aku tahu dalam kerja, ada organisasi dan ada kumpulan. Aku takde masalah dengan kumpulan (team) aku. Aku sayang sangat dengan team members aku dan kami boleh bekerja dengan baik sangat. Tapi seems like that another team is attacking my team now dan at a certain point, mereka ada juga attack personal kami.
Mereka guna pain point kami untuk bunuh motivasi bekerja. Macam aku, pain point aku is family. Aku sentiasa nak balik cepat (on time) aku nak berkejar ambil anak pulak. Tapi mereka cuba cari salah aku dan selalu buruk sangka dengan aku, checking on me kalau-kalau aku ada balik awal. Sampai gigih laa datang tengok aku ada kat tempat ke tak, tengok schedule kerja aku dan tengok clock in clock out aku even waktu lunch aku.
Aku dah start rasa tak selesa sebab kena micromanage. Dulu masa aku ada HOD, tak ada pun semua ni. Now HOD aku pun dah resign (salah satu sebabnya adalah merekalah!) dan kami semua macam bawah kuasa that team. Macam aku cakap sebelum ni, gipang tu lahhhh!
And yes, mereka tak rasa pain aku. Tapi sekali aku buat silap atau jatuh sebab pain point aku tu, merekalah yang paling kuat menyalak cakap aku salah, aku lemah, aku gagal.
Bukan aku tak tahu. Dah ramai colleagues aku yang resign dan bila ditanya kenapa, ramai yang jawab motivasi mereka dibunuh. Team itu membunuh motivasi staff. Got it? Aku harap korang faham.
And the quote above really touch my heart. Betul sangat.
Motivasi aku pun perlahan-lahan sedang dibunuh. Top management dan teammates aku semua ok, sayangnya motivasi aku drop sebab orang lain dan orang tu rasa dia hebat dan berkuasa walhal aku tau je kualiti kerja dia pun hampehhhhhhhh. Eh geram!
Korang, doakan aku dapat fly higher ya. Samada aku boleh grow higher di sini tanpa politik atau sakit hati manusia atau aku terbang ke tempat lain yang lebih baik untuk aku. Doakan juga aku dapat bertahan dan mampu tersenyum di sini sementara aku usahakan takdir aku yang seterusnya.
Dhiya
No comments