Bismillah
Mak-mak, korang stress ke tu?
It's normal ok. Tapi jangan terus-terusan membiarkan diri kau dalam keadaan macam tu. Sayangilah diri sendiri dulu supaya kita boleh saying orang lain selepas itu.
Aku pun macam korang. Ada masa (macam setiap masa je) stress. Hidup kat bandar mana boleh chill-chill weh. Bangun pagi dah kalut macam headless chicken. HR nak kita nampak perfect di tempat kerja, while society expect kita jadi mak yang paling sempurna dalam dunia. Tulah taboo dalam masyarakat kita.
Seek help, especially from your spouse. Find a support group who can lend their ears for you to talk and shoulder to cry.
Korang pernah dengar tentang 'self care'? Self care ni maksudnya kau jaga and heal diri kau dulu, jangan kesahkan orang lain. Orang lain, kendian.
Bunyi macam selfish kan? Eh takkan laa nak makan dulu then biar suami dan anak kelaparan? Eh takkan laa nak baring dulu lepas balik kerja sedangkan dapur, rumah tengah bersepah. Kain baju tak berlipat?
Hey. Tolak semua tu ke tepi. Baringlah, rehatlah. Buat apa yang kau nak buat dulu. Tak salah kau pasangkan tv sekejap untuk anak bagi dia diam. Janji kau rehat.
Kalau kau restless, anak-anak suami akan nampak kau restless. Lepastu kau throw the bad moods to them. Lepastu menyesal. Anak-anak akan nampak bad side kau je. Deorang akan lupa sisi indah kau sebagai seorang ibu, hanya kerana kau restless and stress pastu humban all the tantrum to them. Kesian anak wei.
Sejak aku mengamalkan self care ni, Alhamdulillah aku lebih tenang sedikit. But make sure fahamkan pasangan kau dulu kenapa kau kena apply self care method ni demi kebaikan keluarga.
1. Lower down your expectation
Kau nak rumah kemas, bersih, berkilat -
Kain baju baju siap berlipat-
Anak-anak duduk diam- Itu namanya showroom kat sales gallery.
Ease your mind, don't put too high expectation, don't think too much.
Tak sempat masak? Beli luar
Kain tak berlipat? Lantak. Tunggu weekend nanti. Asalkan basuh dan sidai dah cukup bagus.
2. Bolayankan orang luar
Mulut orang luar biarkan saja di luar. Jangan dibawa masuk ke dalam rumah. Kalau kau dengar apa-apa di luar pun, belajarlah let go dan jangan ambik pusing sangat. Bolayankan je.
Sebab kadang-kadang moral kita drop sebab cakap-cakap, expectation dan assumption orang luar.
Dia senang je. Orang luar taktau struggle keluarga kita so lantak la dia nak menyalak cakap apa-apa pun.
Mula-mula dulu aku memang selalu sedih dengar cakap-cakap orang tentang life aku. Lama juga aku belajar untuk berlapang dada dan let go apa orang cakap. Lama-lama orang tu pun menyampah sebab dia tengok aku macam tak layan dia. Hah aku win di situ.
3. Ambil cuti
Aku bekerja dan ada allocation annual leave. So apa aku buat adalah- aku apply cuti dan duduk je di rumah sendirian sedang suami aku pergi kerja dan anak aku ke sekolah. I just nak silent moment berada di rumah dan buat apa yang aku nak buat. Kadang tu aku ambil cuti just to spend separuh hari baring atas tilam dan scroll phone then tertidur. Lepas zuhur barulah nak mengemas dan memasak untuk dinner sebab mereka akan balik tak lama lepas tu.
Annual leave aku adalah untuk aku.
4. Keluar sendirian / dengan kawan-kawan
Aku jarang ambil cuti dan keluar samada sendiri atau dengan kawan-kawan. Macam aku cakap tadi, aku prefer to be at home bersendirian meraikan me-time aku.
Tapi those yang memang suka nature jumpa orang tu, boleh la ambil cuti dan hilangkan stress di luar. Ada orang suka pergi mall dan shopping, makan-makan dan tengok wayang. ikutlah macam mana self care gaya masing-masing.
5. Find a hobby
Korang suka buat apa? Baca buku? Memasak? Outdoor activities? Yes, those are hobbies.
Aku discovered hobi aku masa 2 tahun lockdown semasa kita semua teruk sangat working from home.
Aku realized yang fine arts buat aku ralit dan leka thus dapat elakkan aku dari banyak berfikir so aku lebih relax.
So apa aku buat? I was accidentally fall in love with sewing and doodling.
Aku sekarang part time crafter in sewing products dan juga sedang melatih diri untuk mahir men-doodle. Aku keluarkan modal membeli 2 buah mesin jahit dan drawing tools for doodling. Gila kan?
Tak. Kalau kau rasa benda tu buat kau happy, recharged dan kurangkan stress.
Buatlah apa saja asalkan kau happy. Sebab apa? Bila kau happy, kau akan bawa the vibe to the whole family and everyone will be happy. Your hugs are warmer and everyone will sense the happiness.
Betullah cakap nenek aku dulu- Happy wife, happy life.
So? Bertindaklah
Dhiya
No comments