Bismillah
Sejak balik umrah, rasanya hanya beberapa kali kami bercuti dan check-in hotel atau tempat peranginan. Ini semua gara-gara sibuk dengan rumah baru- menyiapkan pelbagai keperluan untuk masuk dan duduk di situ sampai kami lupa dan ketepikan keperluan emosi kami especially Nuha.
F cakap:"Agaknya ni laa sebab kita macam mentally drained sangat kan? Dah lama tak bercuti rupanya"
Aku admit je sebab memang ada betulnya. Kesian kami sekeluarga. Dah lupa macam mana nak bercuti. Sedih!
So bersempena bulan istimewa ni (nanti aku share kenapa istimewa), kami pilih weekend baru-baru ni untuk pergi bercuti. Dekat je tapi at least it is a different atmosphere over the weekend.
Dan kami memilih Triangle Farm Cottage House di Sekinchan!
Triangle Farm Cottage House
Booking date is 20-21 August 2022 (Saturday-Sunday). Booking was made on 23 July 2022. It was clearly one moth earlier. Kau jangan buat main-main bab booking ni ya. Aku dah try banyak kali nak stay sini tapi inilah kali pertama aku dapat book sebab tempat ni selalu fully booked. They don't use Booking.com or any other booking platform. They have their own website so you have to book from there. So nasihat aku yang pertama; plan your date. Kalau tak, bye!
Harga:
Aku ambil triple room (1 queen bed + 1 single bed). Boleh refer harga kat website mereka sini.
Basically dia ada 2 tempat / stays tau. Satu nama Farmville, satu lagi nama Triangle Farm. Farmville ni aku pernah stay dan dah pernah review. Sebab tu aku beria sangat nak try yang Triangle house ni pulak.
Location: Jalan Ban Kenal, Jalan Parit 5, 45400 Sekinchan Selangor
Ambience:
Terletak persekitaran sawah padi, Sekincan tak pernah mengecewakan aku. Rasanya duduklah mana-mana homestay atau hotel atau cabin stay pun, asal namanya bendang Sekinchan, memang best lagi-lagi kalau musim padi tengah hijau.
Bangun pagi fresh je rasa.
Rating:
I'd like to give 8/10 to this stay sebab firstly, Triangle house ni 100% sebijik sama dengan apa yang korang tengok kat website atau kat media social. Lawa gila!
Second, bilik dia just nice untuk kami tiga beranak. Ada aircond, dan both room and toilet are superclean. Dalam bilik lengkap dengan air masak, cawan, plug, hair dryer, dressing table, hot shower.
Bear in mind, sini tak ada TV ya. Kettle dan iron pun tak disediakan tapi boleh minta. Mereka ada sediakan pantry untuk ambil air panas from Coway machine. Tempat duduk open air untuk makan-makan pun ada tapi aku agak frust sbb ada orang conquer buat macam family day kat situ. Kami nak pergi pantry ambik air pun macam segan-segan. Nasihat aku, common area jangan la buat macam rumah sendiri. Be considerate la pada orang lain. Kalau agak-agak nak private area untuk family day, this is not the righ place. Silakan cari homestay.
Third, Triangle House ni ada facility lain macam karaoke and play room (tapi aku tak masuk pun sbb family yang conquer tulah buat macam tempat dia sendiri). Pool ada tapi basic je. Ada glamping site juga tapi aku tak sure how's the price. Boleh check kat web ya.
Breakfast tak disediakan tapi korang boleh keluar cari makanan sendiri. Banyak gila kedai makan boleh explore.
Basic pool kat Triangle Farm Cottage House |
View and activities:
Kalau dah namanya dekat dengan bendang, apa lagi kalau bukan menikmati pemandangan sawah padi. Kebetulan time kami pergi ni, tengah musim menabur benih. Ada petak-petak yang dah mula Nampak hijau-hijau macam karpet dan ada juga petak yang masih kering dan Nampak tanah hitam je.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan antaranya;
1. Memancing ikan di parit / tali air- Since aku dan F bukan tergolong dalam golongan manusia sabar, kami tak buat la aktiviti ni. Tapi tengok orang memancing dan dapat ikan tu, best la juga.
2. Main layang-layang. Angin kat bendang kan kuat so sangatlah sesuai untuk main layang-layang. Anak pun suka. Kami pernah buat aktiviti ni di sini lama dulu sewaktu PKP. Kami siap bentang tikar dan picnic tepi sawah lagi tau.
3. Jalan-jalan cari makan. Banyak tempat-tempat yang dah viral untuk korang pergi di kawasan ni antaranya Aidil Tebu, Faridah Mentarang dan beberapa pantai yang menarik. Tapi kami tak suka dah tempat-tempat ramai orang macam tu so kami suka explore sendiri. Banyak je gerai-gerai makanan tepi sawah yang tak viral tapi makanan dia semua sedap-sedap belaka. Kami jumpa stall kopi rare yang bukan saja menjual kopi tapi menjual view untuk OOTD. Underdog, takde siapa tahu melainkan korang explore sendiri.
Tempat OOTD kat one of the coffee stall yang agak rare. View dia sangat cantik! |
5. Membeli makanan laut fresh. Actually aku taktau pun kat mana nak beli semua fresh seafood ni. Korang ada tau port jeti mana-mana ke? Meh la share dengan aku. Tapi kami selalu pergi ke Pasar Pasir Penambang dan Pantai Jeram je untuk beli ikan sebab aku dah selesa dengan tempat ni. Lagipun aku bukan beli banyak atau buat stok 8 bulan pun. Kadang dapat ikan 3 ekor pun dah seronok.
So that's our short escape over the weekend. Melupakan sekejap hiruk pikuk bandar dan orang gila di pejabat. Insya Allah September ni kami ada another one trip. Doakan Panjang umur murah rezeki ya.
Pen off,
Dhiya
No comments