Wedding Review: Kek Kahwin


Bismillah

Ini bukan wedding review lah kut. Mari kita namakannya sebagai penghargaan. 

Perkahwinan saya- Saya hanya ada seorang penasihat peribadi sahaja. Namanya Nurul. Entahlah. Saya selalu tukar-tukar namanya. Sekejap Nurul, sekejap Iqa, sekejap kentang atau apa-apa saja yang saya nak panggil dia.

Waktu saya ribut-ribut dengan persiapan kahwin dahulu, saya hampir lupa tentang kek. Walhal kek lah yang berada dalam senarai teratas persiapan kahwin saya. Saya tanya idea Nurul. Banyak juga dia hantar IG tokey kek sekitar Pahang dengan design yang meletup macam mercun.
Tapi saya pilih-pilih  juga sebab saya bermain dengan bajet. Orang cheapskate memang begitu.

Alih-alih, Nurul beritahu saya yang dia willing nak sponsor kek kahwin saya. Saya rasa bersalah. Alamak.
Rasa malu pun ada.

Dipendekkan cerita, persetujuan ringkas dicapai. Saya bilang pada Nurul;
'Terserahlah kek yang bagaimana sebab kau yang payungkan~. Kau suka yang macam mana- Itu kau punya suka. Aku menurut sajalah'
Dia cuma minta saya hantar gambar warna idaman. Saya hantar satu gambar gabungan bunga melalui WA. Itu sahaja.

Kek itu sampai 2 jam sebelum majlis akad nikah. Nurul bawa khas dari jauh. Saya terharu. Apabila dibuka, saya terkejut sebab warna bunga hiasan pada kek tu sama sangat dengan contoh yang saya hantar tempoh hari.
Terus terasa sayang nak dimakan. Mujurlah ini kek untuk majlis potong kek. Kalau jadi kek hantaran, pastinya saya minta balik dari pihak lelaki. Lantaklah kalau buruk siku sekalipun.
Penyeri majlis. Perkara yang saya paling appreciate sekali dalam majlis saya, jauh lebih dari pelamin idaman yang GF pasangkan untuk saya :)
Nurul, aku nangis masa tulis caption ni tauuu!
Masa potong kek ni, makhluk yang paling seronok mestilah budak-budak. Disebabkan kek ni kesayangan pengantin, mendapatlah korang seorang sedikit. Ngengehngehngeh~!
Finishing and detailing kek ni cantik dan kemassssssss sangat. Keknya pun lembut. Krim dia tak muak pun. Memang sedap sampai rasa sayang nak makan.
Rasanya banyak lagi gambar kek ni. Tapi saya tak ingat di mana saya simpan.

Saya nak ucapkan teriam kasih kepada sahabat saya, Nurul yang sudi menyumbang kek ni. Sumpah sayang gilaaaa nak makan dan sayang sangat nak tayang sebab rasa cemburu tengok orang makan (walhal pengantin pun tumpang sekali makan...~!) Buruk betul kekdahnya! 

Terima kasih Nurul

Nanti kita tempah untuk baby shower pula. Kkekekekkeke!

Dhiya

2 comments