Wedding Review: Budaya Gotong Royong Kampung


Cerita kahwin lagi~!

Malu jugalah sebab dah nak sambut ulangtahun pertama, tapi masih nak cerita kenangan kahwin sendiri.
Ahhhhhh~ Lantakkan!
Kalau bukan saya yang nak cerita, siapa lagi? Kucing?

Kali ini saya nak cerita keunikan kenduri saya di Pahang. Saya tinggal di sebuah desa terancang di negeri Pahang. Emak dan abah berpindah ke sini sejak 30 tahun yang lalu. Jadi tidak mustahillah kalau emak dan abah telah membina hubungan yang sangat baik dengan jiran-jiran serta mempunyai komuniti yang sangat teguh dan rukun.

Sejak saya kecil lagi, saya telah faham yang komuniti di sini mengamalkan gotong royong dalam banyak majlis terutamanya majlis besar seperti kenduri kahwin. Di sini memang ada beberapa badan yang ditubuhkan yang mana ahlinya terdiri daripada penduduk kampung yang akan menjaga kebajikan badan atau koperasi tersebut. Tujuan ditubuhkan beberapa badan itu bukanlah untuk memecahkan ahli, tapi bagi mengelakkan kepenatan. Iyalah...Takkanlah setiap kali kenduri besar, satu koperasi tu saja yang akan bekerja. Teruklah ahlinya kalau kenduri setiap minggu kan~

Emak dan abah menjadi ahli kepada salah satu koperasi di kampung ini sejak dulu lagi. Dua orang kakak saya berkahwin dengan mendapat khidmat gotong royong dari koperasi ini. Konsepnya asas. Ada yuran keahlian, ada sedikit kutipan setiap kali kenduri dan gotong royong akan dijalankan di rumah majlis. Segala kelengkapan majlis (terutamanya alatan memasak) disediakan seperti periuk besar, belanga, sudip, pinggan mangkuk, kanopi dan meja serta alat hidangan. Alah..Macam syarikat katering selalu ada tu~ Ahli akan dapat guna semua alatan itu jika mereka ingin membuat kenduri kendara.
Tong gas sangatlah perlu untuk masak memasak. Ada yang dipinjamkan jiran, ada juga yang dari koperasi dan ada dalam 2 tong milik emak dan abah sendiri. Ini sikit je ni. Kalau tak silap saya, jumlah tong gas untuk majlis saya dulu adalah 10 buah.
Bila dah masak gotong royong, banyak keperluan perlu disediakan sendiri terutamanya kelapa. Kenduri kahwin memang nak kena ada banyak kelapa sebab nak buat gulai kan~ Tapi Alhamdulillah rezeki emak dan abah sangat murah. Ada orang bagi 50 biji, ada yang sedekah 10 biji, hasil dari kebun blok perumahan adalah dalam 80 biji. Ada juga yang abah minta beli dari jiran-jiran tapi apabila hendak diberi duit, ditolak pula. Murah rezeki mereka juga hendaknya.
Jangan tak tahu, sayalah yang mengopek kelapa ini setiap petang beberapa hari sebelum kenduri. Masa tu abah masih lagi di bawah nasihat doktor untuk tidak membuat kerja berat kerana penyakit jantungnya. Jadi siapalah lagi yang nak diharapkan melainkan pengantin sendiri~
Alatan dan kelengkapan kenduri sampai ke rumah seawal seminggu sebelum majlis. Ini adalah pemerah santan. Siapa tak tahu, dia orang bandar. Hahhahah!
Sehari sebelum kenduri.
Sehari sebelum kenduri juga. Gotong royong mengacau 10 kg wajik yang disedekahkan oleh seorang jiran emak.
Gotong royong mengisi goodies. Meriah kan macamni? Inilah yang saya suka. Walaupun macam sesak, dan mungkin bersepah, tapi apalah nilainya kalau nak dibandingkan dengan semangat kejiranan yang ada.
Gotong royong kampung ni sebenarnya lebih kemas. Dalam tak sedar, sifat kepimpinan mereka lebih baik. Mereka ini mungkin tak ada pendidikan tinggi belajar di universiti hingga dapat Masters, tapi tengoklah bagaimana mereka boleh mengawal selia majlis besar ini dengan baik.
Hari majlis. Golongan lelaki sibuk mamasak lauk kenduri. Sambil lepak-lepak tu biasalah~
DJ saya? Orang kampung tu juga. Tak perlu pun panggil artis bagai. Lagu-lagu cool, celotehnya pun menceriakan. Cuma saya agak terkilan sebab abang DJ ni umumkan yang rombongan pengantin lelaki datang dari Nilai. Salah tu bang..Rombongan pengantin lelaki SEMUANYA dari Johor. Bukan Nilai. Nilai tu penuh dengan Pakistan jual karpet je.
Menu kenduri. Saya sendiri pun terkilan sebab tak rasa lauk tetamu. Lauk pengantin tak sama sangat dengan lauk tetamu. Dah setahun pun masih teringat-ingat...uwaaa~!

Cerita meja makan beradab dan menu makan beradab:


Jiran emak adalah seorang bekas guru KEMAS. Dia memang sediakan perkhidmatan hiasan meja makan beradap dan sekali dengan hidangannya. 

Dipendekkan cerita, kami serah semuanya kepada jiran emak tu. Kami hanya beritahu bilangan pax rombongan pengantin, kedudukan meja, warna scallop dan bunga yang dikehendaki serta menu yang dikehendaki.
Bajet? Haruslah ada bajet. Bukan cakap kosong saja kan. Tapi cikgu ini Alhamdulillah mudah orangnya. Meja makan beradap disiapkan sehari sebelum majlis. Di hari majlis, cikgu menjadi 'kepala' masakan pengantin di dapur. Emak keluarkan pinggan mangkuk ekslusifnya sendiri untuk memudahkan cikgu. Cukup jam, pengantin duduk dengan penuh kelaparan dan makan dengan gembiranya. Tak ada isu langsung Alhamdulillah.

Cerita ringkas sahaja sebab majlis saya memang ringkas, cuma nampak grand meletup (lah sangat) sebab kemeriahannya saja :)

Sekian cerita review kahwin. Cerita gotong royong kami orang kampung :)

Dhiya
The pengantin

No comments