Pengalaman Bercuti: Bayou Lagoon Park Resort Melaka


Bismillah

Hujung minggu baru-baru ini, kami ke Melaka. Company suami saya ni memang begitu. Tak payah tunggu nak buat family day besar-besar untuk berkumpul dan beraktiviti. Pakej yang diambil ini pun adalah pakej promosi yang mereka dapatkan semasa Matta Fair baru-baru ini.

Saya dan suami ditugaskan untuk membuat daftar masuk. Kami bertolak awal dan sampai seawal jam 1.30 petang. Sengaja kami cuba-cuba nasib untuk daftar masuk awal. Eh rupanya berjaya. 9 dari 13 bilik yang ditempah dah sedia untuk dimasuki.
Saya belek-belek confirmation letter tu, ada dinyatakan bilik studio with Jacuzzi/ water park view. Fuh...Best! Tapi bila kami confirmkan balik dengan receptionist, dia beritahu yang bilik kami ni adalah bilik biasa sahaja. Bilik studio dengan Jacuzzi/ water park view tu tak boleh guna baucer yang kami dapat waktu Matta Fair dan kalau nak juga, kena tambah duit sebab kadar bilik Jacuzzi/ water park view ni dah lain.

Stranded

Suami saya telefon senior dia. Tanya macam mana. Iyalah~ Dalam confirmation cakap lain, tapi kat kaunter cakap lain. Kami ni malaslah sampai nak panggil-panggil manager nak bersilat bertekak bagai. Abang SE suami saya cakap tunggu dia dan seorang lagi senior sampai untuk bantu daftar masuk.

Jam sudah menunjukkan jam 2.30 petang. Masih belum boleh daftar masuk. Suami saya ajak saya makan tengahari dulu sebab dah lewat sangat ni. Lagipun sudah ada senior yang nak bantu dan mereka tengah tunggu manager hotel turun. Erkkk~!

Kami ke Mydin. Depan Mydin tu kami jumpa satu restoran asam pedas Parit Jawa. Suami saya pun ajak ke sana. Jam 3 petang dan kami menunggu dengan penuh laparnya. Mujurlah masih ada lauknya. Selalunya jam 3 petang, mana ada restoran jamu makan tengahari dah oi~
Balik saja ke bilik, kami diberitahu yang kami dapat 10 bilik studio (tanpa Jacuzzi/ water park view) tapi dapat 1 penthouse dengan 4 bilik mungkin sebagai compliment kut. Saya tak pastilah bagaimana mereka selesaikan isu sampai boleh dapat satu penthouse di tingkat 12 yang ala-ala apartment mewah tu :p
Dalam penthouse :)
Yang menceriakan penthouse :p
Petang selepas solat Asar, kami turun ke taman air. Gelang tangan untuk masuk ke taman air tu kenalah pakai. Saya tanya pada pekerja di kaunter tu. 
"Nanti lepas keluar dari water park, boleh buka ke? Esok boleh guna balik?"
"Boleh buka...(Ada cara bukanya, dia tunjukkan pada saya). Esok boleh pakai balik tak ada masalah"
Saya tanya tu bukan apa, ada beberapa review yang saya baca di blog, Bayou akan gunting gelang tangan tu setiap kali pelanggan keluar. Katanya ada yang keluar nak ambil tuala pun kena potong gelangnya dan terpaksa beli lain.
Tapi mungkin Bayou sudah kemaskini polisi mereka untuk tahun 2016 ni.

Sejam juga kami bermain dalam taman air tu. Boleh tahan berkepak sama naik dengan budak-budak sampai lupa nak ambil gambar di dalam tu sampai ke sudah. Padan muka diri sendiri. Hahahah!
Jam 7, siren dibunyikan. Semua orang kena naik dan kosongkan kolam.

8.15 malam, kami makan malam di luar. Di kedai makan berhampiran dengan Bayou. Makanan sedap apatah lagi dapat makan beramai-ramai sambil bercerita.

10.30 malam, semua berkumpul di penthouse untuk aktiviti suka-suka. Anak-anak ajelah yang suka. Tiup belon, kuiz, teka teki dan macam-macam lagi. Kita yang tua-tua ni tukang gelak saja.

Lewat malam, geng ayah-ayah ni bantai main kad entah sampai pukul berapa. Saya dah pengsan dulu sebab tak larat nak menunggu.

Ahad pagi, kami bersarapan di CC sebelah kiri kaunter daftar masuk. Makanan biasa-biasa saja. Bagi saya tak ada banyak pilihan sangatlah. 6/10 saja :p Lepas makan, kami terjun kolam lagi sampai pukul 11 lebih. Macam yang saya baca review orang lain, kolam mereka masih tak perbaiki lagi. Banyak je tiles yang lekang dan tercabut. Anak SE suami saya luka terkena tiles tu. Ada juga ruang tiles yang tertanggal tu hanya ditampal dengan simen saja, tapi at least selamatlah juga dari terkena serpihan tiles yang tajam-tajam tu kan? Mohon penambahbaikan dari pihak Bayou.

Naik-naik je terus kemas beg dan bersiap untuk daftar keluar. Aaaaaaaa~! Kenapa masa berlalu begitu pantas~!?

Pamphlet Bayou Lagoon Park Resort Melaka untuk rujukan anda
Sebaik daftar keluar, kami ke Magic Art Museum. Seronok juga menggila di dalam tu. Banyak lukisan 3D yang cantik-cantik untuk kita berposing. Kalau ramai orang, memang sesak sikitlah. Kebetulan masa kami pergi masa tu tak ramai orang sangat. Tenang lah sedikit nak bergambar dan bergelak ketawa.
Malangnya saya tak ada gambar untuk saya tampal di dalam DDD ini kerana dah balik rumah baru perasan saya tak ada ambil gambar kosong, semuanya ada muka kamiiii~!
Maaf, ya!

Dalam perjalanan pulang, kami makan asam pedas lagi, beli coconut shake Alai (tak larat nak pergi Klebang sebab ramai orang), dan beli kuih di kedai kuih muih Melayu yang glamour tu. Kami balik ikut jalan lama. Lalu Rembau most wanted yaw.. Sengaja pilih jalan kampung sebab boringlah lalu lebuh raya ni~

Sampai rumah- Masak untuk makan malam- tersadai macam buaya kekenyangan- keletihan- tidur.
Dan hujung minggu kami pun berakhir dengan penuh kenangan. Huuuu~

Terima kasih Melaka

3 comments

  1. seronok bercuti.. art muzeum tu sy pernah juga pergi... best juga la.. byk gambar menarik..

    ReplyDelete
  2. Saya rancang utk melaka dari trengganu..mgkn 28-30 november ni..disini hotel kami menginap..tq 4 sharing info

    ReplyDelete
  3. Nak tanya,kalau dah tempah duduk dekat bilik hotel tu pun , still kena bayar tiket masuk water park ke?

    ReplyDelete