Facebook Bukan Cermin Kehidupan Sebenar Seseorang


Dipetik dari FB Dai'e Izzhar
[ Facebook tak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang.]
Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran mewah dengan suami, bahagia bercuti kat luar negara dengan famili. Biasa kan?
Bila tengok, apa kita rasa?
Salah satu sebab kenapa ramai orang stress hari ni adalah bila mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain di media sosial.
Manusia selalunya percaya apa yang mereka nampak di media sosial adalah gambaran sebenar kehidupan sesorang.
Ini pesan sifu saya, Faisal Abdullah.
“Apa yang kita nampak di media sosial tak menggambarkan kehidupan lengkap mereka. Kita cuma nampak apa yang telah dipilih, disusun dan diatur untuk ditunjukkan ke dunia.”
Kadang-kadang, saya rasa bersalah bila orang cakap,
“Kalaulah aku boleh jadi macam Da’i Izzhar, mesti best.”
"Baru 22 tahun, belum habis study dah dapat offer jadi Host MHI!"
Seolah-olah saya ada kehidupan yang sangat sempurna!
Berapa ramai yang tahu selama ini saya ke sri pentas untuk mengacara MHI dengan motor Honda kapcai?
Berapa ramai yang tahu saya pernah solat subuh tepi jalan raya sebab motor rosak dan saya ada 7 minit lagi nak On Air?
Berapa ramai yang tahu lepas habis ceramah waktu malam saya tersadai tepi jalan sampai 3 pagi sebab dah tak larat nak drive balik rumah?
Sebab disebalik apa yang kita nampak, sebenarnya banyak lagi yang kita tak nampak.
Status-status ceria di wall tak semestinya menggambarkan kawan kita itu punyai kehidupan yang bahagia sempurna.
Lambakan gambar kucing comel di wall tak bermaksud mereka tak kisah tentang isu semasa.
Tak perlu salahkan takdir kenapa hidup aku tak best macam orang lain.
Jangan terlalu bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Cerita hidup kita dan mereka tak sama. Kesusahan dan keperitan yang dilalui jauh berbeza.
Sebenarnya, hari ni juga kita boleh mula tulis skrip kehidupan yang kita idamkan. Mulakan dengan syukuri apa kita ada, teruskan usaha untuk tingkatkan kualiti hidup kita.
Chaiyok!
* Sebab itu sudah lama saya private kan FB saya dari tontonan orang termasuklah rakan sendiri. Apa yang ada di wall saya hanyalah perkongsian iklan yang MPC sahaja sebab itu memang kerja saya. Resepi, artikel menarik apatah lagi gambar kahwin- Semuanya saya set only me di wall FB saya. 
Kerana apa? 
Kerana saya tidak mahu orang melihat kehidupan saya sebagai indah belaka tanpa melihat keindahan dan kegembiraan yang ada dalam diri mereka sendiri terlebih dahulu. Saya dahulu begitulah. Setiap kali saya scroll down FB news feed, seperti ada satu perasaan tidak cukup di dalam hati. Menyedari itu adalah simptom sakit, saya memilih untuk menutup diri sejak tahun 2013. FB saya sekarang memang untuk tujuan menyimpan koleksi resepi sahaja. Tidak lagi aktif menulis seperti dahulu.
Saya terus memilih untuk menulis blog kerana saya gembira untuk tidak mempamerkan diri saya sendiri. Biarlah penulisan saya yang menjadi tatapan, bukan wajah dan batang tubuh saya. Kalau ada private sharing pun, saya berkongsi di IG. Tapi itupun sangat jarang dan hanya ada 7 follower saja. Saya gembira begitu, kerana matlamat hidup saya bukan lagi untuk meraih perhatian manusia. 
Justeru maaf kepada sahabat handai yang menghantar mesej bertanya perkembangan diri saya- Yang saya jawab;
"Saya ada, tidak ke mana-mana"
Sombong?
"Tidak. Saya cuma memilih untuk tidak lagi lantang dan kepoh seperti dahulu. Matlamat hidup saya sudah berubah ke arah yang lebih fokus dan matang"
Semoga memberi motivasi
Dhiya

No comments